memang blog aku ni kalau tak cerita bab makan memang tak sah, tu kena keluar 2 entry tu. sebelum tu aku ucapkan TERIMA KASIH kepada tuan/puan yang sudi singgah. sebelum ni pengunjung dah tahap 20-30 orang sehari kerana lamaaaaa tak update, sekarang Alhamdulillah dah lebih 200 orang sehari. even tak banyak, tapi ada la jugak yang masuk menjenguk blog aku walaupun sebenarnya secara tak sengaja. tak kenal makan tak cinta, ye idak?
untuk petang aku nak cerita pasal makan makanan petang saje la atau setakat kudapan/makanan ringan. sebenarnya balik dari kerja luar tadi aku singgah makan laksa jitra dan cendol, pastu ada kawan mintak belanja goreng pisang. lalu gerai goreng pisang ternampak gerai kuih akok, terasa nak makan tapi perut dah sendat dan aku baru beli goreng pisang rm5, sape nak makan pulak.
even tak makan sempat makan akok kota damansara, aku cerita pasal kesedapan 'Akok Panas Kak Tie' di bentong pahang. kebetulan minggu lepas aku balik kampung ziarah keluarga, memang itulah tempat singgahan wajib aku selain nasi ayam. nasi ayam tu anak aku luqman punya feveret. kalau lalu tak singgah, muncung boleh diikat la dia.
Gerai Akok Panas Kak Tie ni terletak berhadapan dengan kilang getah Lee Rubber di Bentong, Pahang. aroma akok panas ni memang sedap, even ada sedikit bau2bauan getah sekerap dari kilang getah dan lori getah yang lalu lalang, emmm aku tetap makan akok tu.
akok brader kelate ni dibuat menggunakan telur itik. kemudian dibakar secara tradisional menggunakan acuan yang dibakar menggunakan arang dan sabut kelapa atas dan bawah. aku seronok layan abe ni berborak, sambil2 tu dia suka usik anak2 aku yang tak reti nak kecek kelate. aku memang boleh kecek kelate walaupun kadang2 macam bunyi siam. sambil2 tunggu akok masak tu, memang ada yg dah masak, tapi aku suka tunggu yang baru masak. dan akupun selalu beli banyak. tak le banyak bebenor, dalam RM15-20 hengget la jugak. sikit nak makan dalam kereta dan sikit lagi nak bawa balik kampung. dalam masa yang sama akupun suka beli nangka madu kat sini sebab lebih murah dengan skill kecek kelate aku tu, lagipun pelanggan biasa. nak beli sebiji nangka madu tu memang tak abis makan, biasanya aku beli separuh la. rasanya Rm4 sekilo kot. akok panas tu pulak RM0.50 sebiji.
inilah rupanya akok panas kak tie. akok ni makanan orang kelate, memang manis sangat. dari segi rasa? mmm... aku beli dah berpuluh2 kali, rasanya tetap maintain sedap. dengan lembut dan gebu, dengan rasanya yang cukup bahan dan yang paling berbaloi harga dia memang murah giler bab! mana nak dapat 50 sen lagi, cikedes anak aku makan yang ada 2-3 ulas tupun 60 sen. sape warga pahang atau kelate yg lalu bentong tu, singgahlah gerai akok panas kak tie berhadapan kilang getah lee rubber. kalau dari KL menghala Raub, ia selepas kem askar wataniah.
Gerai Akok Panas Kak Tie
Berhadapan Kilang Getah Lee Rubber
Jalan Tras, Bentong, Pahang
No comments:
Post a Comment