Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
kali ni kita lupakan makan2 dulu, kita cerita hal kekeluargaan. aku cerita, korang baca je lah. minggu lepas lagi sebenarnya cerita ni, pasal anak aku luqman hakim. luqman dah darjah 3 sekarang.
dalam proses membina keluarga dan pembesaran anak2, aku memang sangat takut kalau anak2 aku menghadapi kesusahan dalam hidupnya. rasa bimbang ini kadang2 memang agak keterlaluan sampai kalau boleh aku nak mereka sentiasa ada dan dalam suasana selesa di depan mata aku. even terjaga malam atu pagi, aku akan segera menjenguk anak2.
luqman anak sulung. biasalah anak sulung ni memang dimanjakan sangat oleh umminya. mungkin kerana itu luqman lebih selesa bercakap apa saja dengan umminya berbanding aku. pun begitu tanggungjawab dan menegur sebagai ayah memang aku laksanakan. mungkin aku garang kot. tapi anak2 pompuan, memang lebih selesa dengan ayah. itu sebenarnya konsep 'p*nis envy' yang aku belajar kat uum dulu dalam kelas psikologi. aku memang tak suka subjek ni dulu, mengarut. tapi bila dah kerja dan berkeluarga, banyak yg belajar tu boleh diaplikasikan dalam kerjaya dan kehidupan.
berbalik pada cerita luqman. pada mata aku, luqman anak yang sangat manja. sentiasa ingin keperluannya dipenuhi, kalau tidak dia akan merajuk sepanjang hari. malah di usia 9 tahun pun sangat murah menangis kalau ditegur atau dimarahi. malah untuk meminta sesuatu dari aku even untuk keperluan sekolahnya seperti membeli kertas lukisanpun, luqman akan meminta melalui umminya untuk disampaikan kepada aku. padahal kalau hari sabtu dan ahad, hampir sepanjang masa dia akan bersama aku dikedai, berdua.
hari jumaat 2 minggu lepas, bila isteri menyatakan luqman dilantik jadi pengawas sekolah agama, aku macam baut tak endah. takkan anak manja aku tu jadi pengawas dan berani menegur orang yg melakukan kesalahan. bila isteri kata kena beli kasut hitam dan sampin maron, aku buat endah tak endah. ikhlas aku tak percaya!. bila hari ahad petang dan menda dipesan tak beli, luqman mula merajuk dan macam biasalah ummi dia mula membebel kata aku. dalam hujan dan hati tak ikhlas, aku redah hujan membeli sampin meron dan kasut hitam.
sebelum ke sekolah pagi tu aku siap pesan luqman suruh bawa sampin hijau dan kat putih dia dalam beg takut2 dia tersilap dengar yg dia jadi pengawas sekolah. bila blik sekolah agama dalam pukul 11am, luqman menelefon aku bagitau memang betul dia jadi pengawas dan dah dapat surat pertantikan. aku kagum dalam tak percaya. balik je rumah, belum tanggalkan baju luqman dah suakan surat perlantikan pengawas. sah! anak aku jadi pengawas sekolah. aku memeluk dan mencium dahi luqman. baguslah sebab anak ayah dah mula mengenal potensi diri dan dah ada orang yang nampak. ye lah bukan semua orang boleh dipilih jadi pengawas, hanya beberapa kerat je. dan aku setuju bukan semua orang nak jadi pengawas. tapi pada aku, aku bangga anak aku dah tunjukkan kepimpinannya. aku cakap kat isteri, nanti aku nak kedai cina buat frame surat perlantikan pengawas anak aku tu.
minggu lepas isteri cakap luqman masuk pertandingan bercerita di sekolah kebangsaan. aku lagi tak percaya. nak cakap dengan aku pun kena melalui ummi dia. bila aku soal sikit dah tergagap2, ni nak bertanding depan perhimpunan sekolah. oh man!
dalam tak percaya aku panggil luqman
ayah : ayah dengar ummi kata, luqman masuk pertandingan bercerita?
anak : ye ayah.
ayah : cikgu paksa luqman masuk ke?
anak : tak. luqman sendiri nak masuk.
ayah : cikgu pujuk luqman ke?
anak : takkkkkk! cikgu cakap ada pertandingan bercerita. satu kelas kena wakil 2 orang. sorang lelaki, sorang perempuan. sape nak masuk angkat tangan.
ayah : pastu, luqman angkat tangan?
anak : ye lah, luqman nak masuk.
ayah : luqman tak takut ke cakap depan orang ramai?
anak : takut jugak, tapi luqman nak cuba.
ayah : dapat hadiah besar ke?
anak : taklah. tapi luqman nak cabar diri luqman bercakap kat depan perhimpunan.
ayah : tak takut kalah?
anak : nak takut apa. biasalah kalah menang tu.
ayah : baguslah macam tu. kalau menang 1,2 atau 3, ayah bagi RM50. kalau kalah ayah belanja kfc.
anak : setuju.
pertandingan tu khamis ni, so malam ni aku dah janji dengan luqman nak saksikan dia bercerita depan aku tanpa tengok teks. mmm.... entahlah!
No comments:
Post a Comment