Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
ari ni di opis kerja macam bukit, so mood pun takde nak update panjang2. so, aku cuma nak cerita pasal satu kopitiam di kota damansara. sebenarnya aku cuba kopitiam ni selepas terasa nak makan chicken chop. kopitiam Killiney Road ni terletak dalam bangunan pasaraya giant kota damansara. ia berdepan dengan kedai buku dan pejabat pos.
inilah rupanya chicken chop yang aku order. emmm... dari segi saiz chic chop tu memang besar. dari segi rasa?.... pada aku sekadar boleh tahan. not bad actually. may be sebab aku tak suka sos dia.
tapi air barli lemon dia memang terbaik. sedap sangat. setakat segelas memang tak cukup la, nasib baik mahal kalau tak aku order satu jug.
secara kesimpulannya, aku cuma berpuas hati dengan air barli lemon je. untuk chic chop tu comfirn tiada singgahan kali kedua.
alamat?
tak payah nak beria2 cari kopitiam ni. kurang seminggu lepas aku pergi, kopitiam ni tutup. dah bukak kafe lain dah kat situ. tapi macam pengurusan sama je sebab perabot, design kedai dan pelayan semua sama. mmm.... nanti aku cuba ada lain tak. heh!
No comments:
Post a Comment