Thursday, February 21, 2013

Fire Drill

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

stop dulu publish makan2, kita cerita psl tajuk yg serius sikit. makan tu penting, tapi kerja juga penting. keselamatn ditempat kerja lagiiiii penting. untuk kali ni aku nak stori sikit pasal 'fire drill' atau latihan menghadapi kebakaran di tempat kerja/bangunan. 

fire drill ni nampak macam remeh dan menyusahkan. ye lah, bunyi siren tapi kilang tak terbakar pun, pastu lari keluar ramai2, berkumpul dan taklimat. pastu mesti berpeluh2 sampai spender pun basah. tak suka la...

pada aku itu takrifan sempit sebelum nyawa tergadai dek api. dalam kebanyakkan kes kebakaran di kilang/pejabat, ramai yg mati bukan kerana api tapi asap. ini semua terjadi kerana sikap. 

disebabkan kami baru berpindah ke tempat baru di kota damansara dan kat sini belum lagi buat fire drill, kesempatan latihan fire drill dengan kerjasama cawangan2 cawangan lain dalam Wawasan TKH Group tidak dilepaskan. selepas beberapa mesyuarat jawatankuasa pelaksana yang dianggotai oleh syarikat Greatpac Sdn Bhd, Wawasan TKH Holdings Bhd, Wawasan TKH Sdn Bhd, Associated Kaolin Industries Sdn Bhd, Xixili Intime Sdn Bhd dan syarikat aku kerja iaitu TKH Automotive Group (TKH Manufacturing Sdn Bhd, TKH Auto Part Sdn Bhd, Automotive Seats Assembly Sdn Bhd, Automotive Design Services Sdn Bhd dan Avantplus Sdn Bhd.). 

sebab ada 2 lot kawasan kilang, kami pecahkan ke dua tarikh iaitu 19/2/13 dan 20/2/13. syarikat aku kena dua2 tarikh sebab ada operasi di dua lot berkenaan. Lot 6 bagi kami untuk pemasangan kereta dan Lot 10 untuk pemasangan seats dan air cond serta pejabat. aku tumpukan cerita ni pada Lot 10 je ye.

untuk lebih real, fire drill ni semua tau tarikh tapi tak tau masa. hanya 2-3 orang la tau sebab ajk pelaksana. kalau semua orang tak tau sape pulak nak trigger alarm untuk bunyi siren. pada jam 9.33 pagi (20/2/13) siren dibunyikan dan berduyun2lah pekerja keluar dari kilang mengikut pelan keselamatan yang telah ditaklimatkan. saiful selaku safety officer dah tunggu luar kilang manakala aku memerhati dan mengambil gambara dan laporan dari pandangan atas (dari opis aku da....). gambar2 semasa larian tidak dapat disiarkan kerana faktor keselamatan dan kepentingan kilang.

ini adalah antara perkara2 penting dalam sesuatu fire drill :-
1) Siren dibunyikan. pekerja lari ke 'assembly point' mengikut laluan ditetapkan. safety commitee bhgn fire fighting/evacuation akan memainkan peranan menunjukkan jalan keluar ke assembly point. pasukan ini juga akan membantu memadam kebakaran sebelum ketibaan bomba.

2) di assembly point, pekerja berbaris mengikut jabatan masing2 untuk proses head count bagi mengenalpasti jika ada mangsa terperangkap dalam bangunan. biasanya safety officer/HR yg akan melakukan headcount. jika ada mangsa terperangkap, evacuation team akan membantu mencari (jika api tidak besar). team leader akan memaklumkan kepada bomba ttg jumlah headcount dan mangsa terperangkap. team leader juga akan maklumkan pada bomba jenis kebakaran, kawasan terlibat dan risiko2 lain termasuk tempat simpanan minyak, gas dan sebagainya.

Gambar : Safety officer (saiful) membuat headcount)


memandangkan tiada mangsa terperangkap, dan fire drill berjaya dibuat dalam masa kurang 2 minit, aku anggap ia sesuatu yang bagus dan boleh ditingkatkan. 


Gambar : HR Dept (aku la tu) membuat kesimpulan dari latihan fire drill.

memandangkan pekerja dan bersusah payah berlari untuk fire drill, aku dan saiful sengaja membuat sedikit taklimat keselamatan dan cara menggunakan fire extinguisher. ye lah, ramai pekerja sekarang yang muka2 baru. ada yang baru lepas sekolah. biar mereka tau cara guna alat pemadam kebakaran tu.

Gambar : Safety officer sedang demo cara guna alat pemadam kebakaran.

Gambar : Beberapa pekerja turut diberi peluang menggunakan alat pemadam kebakaran.


Gambar (dari kiri) : safety officer, safety chairman (GM) & HR  
memberi ucapan akhir sebelum bersurai.

pada aku, objektif fire drill ni berjaya. pekerja tau cara respon kepada bunyi alarm dan berlari menyelamatkan diri. kali ni kami tak libatkan bomba secara terus, untuk masa akan datang kami nak bomba datang dan tiba dilokasi untuk tau berapa masa yang diambil. 

Kita buat flashback sikit.
suatu masa dulu aku pernah buat fire drill tanpa beritahu pejabat bomba. Salah! apa yang salah. aku pernah buat dulu. kami buat fire drill tanpa maklumkan bomba. tapi sebelum tu kami adalah buat kerjasama dengan pegawai atasan bomba. semua orang tak tau termasuk yg bertugas menjaga balai bomba berkenaan. semasa training tu, pegawai bomba datang dan aku duduk dan trigger fire alarm. bila operator bomba call melalui talian sistem keselamatan bomba, kami maklumkan ada kebakaran. pergh..... tak sampai 5 minit bomba dah sampai, 2 buah kereta bomba pulak tu. pegawai bomba dan aku menyorok, team leader maklumkan ada 2 orang terperangkap dalam bangunan. 

keadaan memang real sebab kami buat banyak asap. suasana sangat tegang kerana bomba berusaha mencari mangsa terperangkap. dalam masa kurang 2 minit mangsa dikeluarkan dengan selamat. dah semua ok, baru pegawai bomba dan aku keluar dan berjumpa team leader bomba (sarjan bomba). terkejut dia tengok boss dia. dengan cara tu kami tau bomba memang serius menjalankan tugas memastikan keselamatan nyawa dan harta benda. selepas ahli2 bomba siap pack dan kemas barang2 dia, dan kembali ke balai, aku dan beberapa pegawai bomba dan sarjan bertugas menikmati nescafe ais dan karipap untuk menyejukkan badan sambil berbincang post mortem dan training bersama bomba pada masa depan.
tamat flashback.

apa sebenarnya kita nak tengok dari fire drill?
1) respon pekerja panik, bersedia atau buat tak tau.
2) siren kecemasan berfungsi atau tidak
3) arah aliran melarikan diri sesuai atau tidak.
4) adakah terdapat halangan pada laluan melarikan diri
5) adakah safety committee bersedia untuk kecemasan
6) adakah ahli pasukan kecemasan (fire fighting/evacuation) bersedia dan tau tugas masing2
7) adakah bomba segera respon kepada panggilan kecemasan, berapa minit.
8) adakah assembly point sesuai
9) adakah HR/syarikat tau bilangan pekerja semasa di dalam kilang

oklah, setakat ni dulu info ringkas pasal fire drill. harap sedikit sebanyak membantu. memang la ia tak lengkap, tapi ada la guna sikit2. kang aku tulis analisis fire drill, jadi tesis Phd pulak.








No comments: