aku yakin ramai masuk blog aku sekarang nk tengok ruangan makan2. ye lah, isu lain dah makin kurang, so makan2 je lah.
kali ni dekat 2 jugak iaitu di seksyen 5 Kota Damansara. tempatnya ialah "Dangau Rumbia Seafood & Western Food".
kalau ikut kamus kampung aku dangau ni ialah tempat berteduh tepi sawah padi atau tali air. rumbia pulak pokok rumbia yg orang buat atap rumah dulu2. seafood pulak ialah.... woi... tu pun nak kena explain ke.
kesimpulannya ialah dangau rumbia ialah tempat makan yang menyediakan tempat makan berpangkin dengan atap rumbia. cam salah je penerangan aku ni. argh... lantaklah. blog aku, aku punya suka la.
inilah rupa restoran dangau rumbia seafood yang aku maksudkan.
restoran ni dari segi hiasannya sangat menarik, ala2 kampung. ada bangak dangau untuk makan sambil bersila. yang tak reti nak bersila atau stokin busuk tu, meja makan biasa pun banyak. pilihan lauk dan sayur memang banyak. dalam 20-30 jenis ada. memang rambang mata lah.
dah pilih makanan, kami saje duduk di dangau rumbia yang disediakan. aku tengok majoriti pelanggan yang datang berkumpulan akan makan di dangau rumbia ini. mungkin kerana nak kekalkan macam dikampung atau tak diselenggara, papan diapun dah macam2 bunyi. risau jugak patah. nasib baik aku dah kurus sikit sebab on diet (heh.heh). cam biasa sesi bergambar masa makan. kali ni aku pergi bersama saiful dan hadi.
ok, kita kasi close up sikit makanan aku ambik. sebenarnya kami kesini nak makan western foods. tapi diberitahu western ada petang dan malam sahaja. sebab dah parking, tu yang makan makanan malaysia je. aku ambik gulai kawah dan telur ayam masak merah dan sedikit sayur kacang panjang. cam biasa teh o ais limau. harga? memang murah iaitu RM5.90 je.
emm... kita komen rasa dia. untuk telur masak merah tu memang terasa telurnya. heh... cam lahanat pulak komennya. telur takkan rasa daging burung kasawari pulak. kita ulang semula. bab telur masak merah aku rasa menarik. telur masak sekata, sambal sedap dan pekat. gulai kawah (daging lembu) pada aku biasa2 je. agak liat dan kuah dia kurang rempah. sayur2 tu oklah. kesimpullannya ialah ia sepadan dengan harganya yang murah.
jadi, aku syorkan pada yang minat makanan dengan harga berpatutan datang sini. aku memang akan datang lagi sebab nak rasa western food dan lain2 makanan.
opss... lupa alamat :-
Dangau Rumbia Seafood & Western Food
91-G, Jalan Teknologi 3/9
Bistari De Kota, Kota Damansara PJU 5
47810 Petaling Jaya, Selangor
013-3317717
2 comments:
Puchong ke Kota Damansaraa
jauhhhhhhhhhhh
pB :
nak seribu daya.... he.he..he....
Post a Comment