seorang sahabat pernah bertanya aku, kenapa aku sanggup add bekas kekasih aku kat facebook. aku kata why not?
persepsi ramai ialah bila putus perkasihan, kena putus segalanya. tiada berita, tiada cerita dan tiada lagi sesuatu daripadanya sampai mati.
pada aku, yang lepas tu lepaslah. sahabat aku yang rapat tentu tau yang mana antara kawan facebook aku yang dahulunya pernah menjadi kekasih hati pengarang jantung dan paru2 aku. menda dah lepas, lepaslah. dulu berkasih, memang benar2 kasih. tapi dah tiada jodoh, kenapa nak bermusuh. aku tak nak kata ada berapa orang bekas kekasih aku disitu, may be ada 3-4, 1-2, atau may be aku temberang je. yg kenal je tau. rata2 yang kenal adalah rakan masa sekolah dulu, dah namapun kekasih masa sekolah.
aku tak nak kata cinta monyet, sebab aku tak le teruk macam monyet. aku dulu berkasih, memang aku benar2 kasih. tak main2 (cayalah!). aku memang ada cita-cita nak berumahtangga dengan mereka (cita-cita tu apa pekerjaan nak jadi masa besar la samdol). masalahnya ialah berapa orang yang boleh dipilih untuk merialisasikan cita-cita murni itu. even banyak kali percintaan putus kerana kantoi ada hubungan dengan awek lain. mmm... nak buat camne, tak de rejeki mereka la.
aku tak nafikan masa mula2 putus, rasa sakit hati tu wujud. kalau boleh biar je bekas kekasih yang reject kita tu mati kena langgar lori sampah je. tak kan sekali tertangkap aku hantar surat pada awek tingkatan 3 dah mintak clash. logik la sikit, bagilah peluang 3-4 kali ke, peluang bela diri ke? buat domestic inquiry ke? perempuan ni banyak yang kijam! kesian lelaki cam aku yang beberapa hari hidup tertekan dan terpaksa cari awek baru untuk elak kena kutuk dengan kawan2 sebab kena reject dengan awek.
tapi lepas sekolah, dah kerja, dah berumahtangga, perasaan benci, sakit hati, dengki, permusuhan dah hilang. may be hilang sebab dah tua untuk ingat semua tu, atau may be lupa sebab dah tua dan dah jadi pelupa. aku sendiri pernah jugak masa tengok album, tunjuk kat anak2 "kalau ayah tak kawin dengan ummi, mungkin ummi luqman dan pika ni ummi lain". ada jugak aku melawak cakap "kalau ayah kawin dengan ummi ni, hari raya mesti kita balik kedah". anak2 cuma gelak, isteri sambil sengih sempat lagi berleter. kata isteri "ni mesti ada ingat makwe lama ni?"
secara jujur, memang aku ingat. semuanya ada dalam memori otak. memori otak bukan macam memori komputer yg kalau tak suka kita boleh padam. kalau serabut sangat, kita format je. memori otak akan secara spontan akan ingatkan kita bila ada menda yang pernah dibuat dulu. tapi ia sekadar ingat dan terkenang. bukan bermaksud ingin rujuk kembali atau masih sayangkan sidia. yang lepas, lepas. sekadar kenangan.
pun begitu, aku tak nafikan ada jugak bekas kekasih yang aku tak pernah approve even sidia beberapa kali 'add'. no way! kau bukan manusia (adakah aku bercinta dengan binatang dulu???). may be kau dah lupa apa yang pernah kau buat pada aku dulu. kau perkosa aku dan kau tinggalkan aku terkapai2 tanpa kasih sayang (apa kau merepek ni setan). itu lawak je... he.he.he.... aku ulang balik.... may be kau lupa apa kau pernah buat pada aku, tapi aku tak lupa. apa yang kau buat sangat melampau, dan sukar untuk aku lupakan. maaf may be, tapi untuk membenarkan kau wujud dalam garisan hidup aku, memang tak boleh. tak mungkin sampai kiamat.
heh... nampak macam aku keterlaluan. yup, ini hidup aku. hidup yang aku bina setelah harapan aku musnah. ye, kau banyak tolong aku. dan aku juga banyak tolong kau dulu. aku tau, kau buat begitu kerana terlalu sayangkan aku, tapi ianya melampau. ilmu perbomohan untuk membuat pasangan setia bukan cara aku, dan itu yang kau buat. aku tak tuduh melulu, dan kau tidak mahu menidakkannya. heh.... biarlah kita bawa haluan sendiri. aku tak peduli kau nak jadi apa, jangan kau peduli tentang aku dan keluarga aku.
moral of the story :
1) nak add ke tidak dalam facebook itu masing2 punya suka. nak add bekas kekasih ke, bekas ketua darjah ke, bekas ketua kampung ke, sendiri suka la.
2) woi yop, kau ni memeningkan la. sekejab kata dah tua tak nak bermusuh, tapi peranggan2 terakhir tu cam lahanat je tone bahasa dia. jangan marah orang, cepat tua.
3) banyak2 beristigfar ye..... dah macam panas tu, bawak2 la pekena sirap laici ais. biar cool. ala saje gempak je tu, bekas makwe tu pun dah tak peduli sidia wujud ke tidak. ingat hebat sangat ke nak kenang2 kau tu. ha.ha.ha....
4 comments:
hehe
ex-gf aku pun ada dalam fb
awek yg aku minat gila2 dulu pon ada dalam fb
dua2 dah kawen. skang ni kami masih tegur2 dalam fb... yg lepas biarlah kan
ada jugak minah main bomoh... nasib baik ko tak kena... kalau kena nampanya hidup di bawah ketiak bini ler ko skang. haha
Mcm kate ko.. terpulang pd diri msg2! Aku? org request.. aku add jer. Hr pun dpt wish dr ex.... sblm aku jwb, dah ade geng2 lama yg ehemm.. ehem.. kt kami. Aku ok jer! aku bahagia, die pun bahagaia... Allah maha penyayang, ye idokkk? thanks 4 d wish bro..
aku siap approve ex-wife lagi...x de masalah pun!...kami lebih selesa menjadi kwn daripada suami isteri...
oh itu ke sebab ex bf xapprove kita??
tp sy tak bomohkan dia pun
sy cuma saje 'main2' unfriend waktu gaduh2 biasa then dia dah xapprove fren, so sy tarik balik
xmahu add dia dah huuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Post a Comment