Sunday, January 17, 2010

Marah yang Dibayar

hari ni aku bangun pagi sangat awal, lepas solat subuh, ingat nak peram tidur sampai tengahari tapi mata tak mau lelap. so, bukak2 laptop menjelajah blog kawan2 yg ada juga dah lama aku tak singgah. buat kawan2 yg ada menghantar mesej dan email kenapa aku lama tak menjengah blog mereka, maaflah.... orang HR macam aku ni hujung tahun dan awal tahun memang tersangat bizi. kerja tu nama je 5 hari seminggu dan dari jam 8am - 545pm, tapi bila tersangat bizi terpaksa jugak stay. nak kentut pun terpaksa pikir 2-3 kali.

kalau nak ikutkan kerja memanglah boleh dirancang, tapi pada sebelah pagi belum sempat nak tengok kerja yg menimbun, dah kena buat interview orang. ada juga masa kena orientation pekerja baru masuk. attend meeting yg biasanya berjam2. pusing2 kawasan, jumpa orang yg ada masalah disiplin. tahun ni rasanya aku nak lebih tegas bab2 disiplin, selalunya aku banyak toleransi. tahun lepas target aku nak hentikan gelaja absent tercapai. tahun ni aku nak hentikan wabak lewat pulak. geng2 ponteng rasanya dah serik sebab ada dah kena dengan aku. sori beb, even hari cuti tapi my evil eyes ada di kilang. so, watch out!

dan alhamdulillah even dengan kesibukan aku, keluarga aku rasanya memang tak terabai. pejabat dengan rumah aku cuma jaraknya 5 minit. tengaharipun biasanya aku makan kat rumah. dikelapangan waktu, aku bawa mereka jalan2. even dengan budget ciput, setahun 3 kali aku peruntukan mereka bercuti dan menginap dimana2 hotel/chalet. tahun ni rasanya nak ke langkawi. dah berapa kali dah delay sebab kesibukan waktu, tapi aku akan usahakan jugak. langkawi ni pun dah lama aku tak jejak lepas tinggalkan uum dulu. uum tu bolehlah pergi sebab dekat, ni jauh. kos pun mahal, tak de duit poket dalam rm1000 baik tok sah pergi bercuti langkawi. luqman dan pika asyik sebut nak naik kereta kabel lagi. tak puas agaknya naik kereta kabel kat sentosa island singapore dan genting highland dulu. jangan risau, nanti kita pergi ye sayang!

err... hari ni nak kemana yer? wife ajak gi shah alam. nak beli ikan emas. aku ulang, ikan emas, bukannya beli emas. koleksi ikan2 emas kami belum ada warna merah. dah jenuh kami cari area sini tak de yg secantik di akuarium shah alam tu. tenang hati bila tengok ikan2 emas yg buntal2 perutnya itu berenang2 dengan riang. nak pegi pagi2 ni tak leh sebab anak pompuan kedua aku tu belum bangun. bangun pagi tadi dia tengok aku tak de kat sebelah dia, tu cari aku kat bilik studi, dan sambung tidur sebelah aku. manja sungguh anak pompuan aku sorang ni.

pada aku dengan memberi kasih sayang pada keluarga dan memanjakan diri dengan bercuti dan berhobi dapat meneutralkan stress kerja. apatah lagi dengan kerja semacam aku yg menghendaki aku bermain perasaan marah. aku baik sebenarnya, kalau pekerja yg asyik2 buat salah mestilah aku marah. tapi marah aku sangat2 bertempat. aku kalau boleh malas nak marah2 atau buang pekerja yg tak berdisplin ni, tapi dah aku dibayar untuk itu, aku marah la. marah aku dibayar tau. itulah bestnya jadi oleh minyak ni, opss... orang HR (sumber manusia) ni.



IZZI ADVERTIZING--------------------------------

Friday, January 15, 2010

Bersama Tokmat : Belajar Tanam Ubi Kayu

macam agak ramai yg dah tau, aku baru seminggu daftar facebook. biasalah lewat sikit, pentium 3 lagi. dan alhamdulillah dalam seminggu je dah 103 kawan dah berjaya dikumpulkan. ia termasuklah rakan sekelas masa sekolah, universitas, sekampung, setempat kerja, rakan2 blogger dan kawan2 baru. terima kasih.

sebut pasal ramainya rakan sekerja, bekas rakan sekerja dan ramai juga pekerja dah add aku sebagai rakan fb, akupun rasa malu. rupanya dah lama mereka join. bila mereka sebut farmville la, itu lah, inilah.... memang aku tak faham, aku failed la. lagi best, hari ni aku main sms dengan akak aku dan aku mintak akaun fb salah seorang kawan lama aku yg kerja setempat dengan akak aku, aku aku bagi dan suruh aku add nama dia sekali. errr... aku siap tanya "akak ada akaun facebook ke?". selamba akak aku jawab "ye la.. ko ingat aku dah ketinggalan zaman ke. aku dah lama ada la..". fuyyoh.... hebat la akak aku berbanding adik dia ni yg siang malam menghadap komputer ni.

bercerita kisah akak aku, teringat pulak dah lama aku tak buat kisah bersama tok mat. kisahnya banyak lagi, kadang2 malas nak start menaip. aku freshkan memori balik, aku buat kisah pendek je dulu....

masa kecik, aku tinggal di kampung. dan sebagai budak kampung dan tinggal dengan datuk nenek, banyaklah aku kena tolong mereka. dari jaga lembu, menebas, kutip getah buku setiap hari minggu hinggalah berkebun. aku akui, aku memang malas betul berkebun, terutama mencangkul dan bercucuk tanam.

tanah tokmat luas. dipenuhi dengan lebih 10 pokok kelapa yg tinggi melangit, serta pokok buah2an. bila kelapangan waktu, tokmat tak suka aku dan anak cucunya yg lain duduk goyang kaki, ade je nak disuruh itu dan ini. ala datuk aku ni, aku nak layan mareo attact pun kacau.

suatu petang, datuk suruh aku dan adik aku bercucuk tanam. aduii.... bosannya! datuk ajar kami buat batas, gemburkan tanah dan menanam ubi kayu. aku dan adik aku si imran tu memang suka makan ubi kayu. kalau ubi kayu dalam tanah datuk aku dah habis, ubi kayu jiran sebelahpun kami sebat. err... bukan curi, tapi ambik. tuan tanah tu duduk jauh, so aku tolong tengok2kan kebun dia. ubi kayu diapun aku tolong tengok2kan. dah besar tu, aku tolong cabut la. kalau lama2 tak cabut, nanti ubi kayu jadi kayu kayan pulak. err.. aku anggap hasil yg aku ambik tu sebagai upah la. boleh gitu?? tapi jangan salah sangka aku makan makanan haram pulak. ustaz sekolah aku dulu cakap ubi kayu tu adalah makanan halal. nak goreng ubi kayu tu, aku gunakan serbuk kunyit yg ada cop halal. garam halus pun ada tanda halal aku tengok. yg menggorengnyapun muslim, aku dan adik aku la. yg penting bila tuan tanah tu datang melawat kebun dia 3-4 bulan sekali, aku akan mintak nenek aku minta halalkan anakcucu dia makan hasil kebun tu. tuan kebun tu pun ustaz, dia halalkan. malam dia selalu pesan suruh ambik je mana berkenan, dari rosak baik jadi pahala untuk beri makan kat jiran tetangga.

opss! jauh tersasar dari jalan cerita yg lurus ni. kita sambung balik. datuk aku dengan tekun mengajar cucunya yg memang tidak berminat ini. aku nampak la agak rajin,manakala imran dan esam nampak sangat bosannya. lepas datuk ajar, kami disuruh menanam ubi kayu. benih atau keratan batang ubi kayu dah datuk sediakan, cuma buat batas dan pacak je. sebab mereka tak tumpukan perhatian masa datuk ajar, mereka tak sedar bahawa nak cacak batang ubi kayu ada caranya sebab kena perhati arah mata tunas. kedua2 adik aku tu main cucuk tanam je sesuka hati, dan arahnya menghala ke pelbagai arah. datuk aku memerhati dengan wajah bengis dan .......


pap! pap! kena sedas seorang adik2 aku tu dek libasan batang kayu yg tah dari mana dicapai oleh datuk. mencanak mereka lari. akupun lari juga, kalau tunggu, akupun kena nanti. datuk aku ni bukan buleh caya.

biarpun datuk aku garang, tapi apa yg diajar kami selama ini memang berguna. mengajar mengaji, bercucuk tanah, berdisiplin dan sebagainya menjadikan aku manusia yg berguna. Al fatihah buat datuk aku. nanti suatu hari nak jugak aku selidiki salur galur keluarga sebelah datuk yg berasal dari tanah palembang, indonesia. mana tau ada sedara mara sana yg comel2 macam bawang merah bawang putih. errr....


IZZI ADVERTIZING-------------------------------



Monday, January 11, 2010

Kenapa Kena Tukar Nama?

cuti adalah hari yg ditunggu oleh anak2. mereka tau ayah mereka akan bawa mereka gi shopping dan jalan2. ayah mereka biasanya akan mengikut sahaja apa permintaan mereka. biarlah, selagi termampu, ikut je lah. anak2kan harta benda yg paling bernilai.

luqman dan pika memang berlainan karekter. luqman lebih pendiam dan pemalu. ikut aku barangkali, pendiam dan pemalu, baik hati, setia, mudah senyum dan sebagainya (jangan muntah ye). manakala pika lebih cerewet, banyak bercakap dan terlalu aktif. kedua2 mereka ni selalunya sangat rapat bermain sama2, tapi bila ada yg tak kena.... mulalah bergaduh dan akhirnya ada yg menangis. kadang2 tu aku aje biarkan mereka bergaduh. gaduh kejab je, lepas tu berbaik2 semula. budak2. itulah bagusnya budak2, bergaduh macam nak kiamat dunia, tapi kejab je berbaik. malah pergaduhan sebelumnya seolah2 tidak pernah berlaku. tapi bergaduh orang dewasa? gaduh sikit je, kadang2 tu sebab berebut jantan je, tapi bergaduh sampai 3 keturunan.

cuma yg belum berjaya aku lakukan ialah menjadikan panggilan along atau abang luqman oleh pika. asyik2 dipanggilnya si abang sebagai 'luqman' sahaja. susah betul nak lekat panggilan along atau abang luqman. may be salah kami jugak sebab tak panggil luqman dengan panggilan yg sesuai menyebabkan pika pun memanggilnya begiitu juga. malah masa kami mengajarnya memanggil abangnya sebagai along atau abang luqman, kedua2nya pelik. malah luqman siap bertanya "kenapa luqman kena tukar nama pulak?".

apa2pun, aku sentiasa bangga dan sayang anak2 aku. ayah sayang kamu semua.




IZZI ADVERTIZING-----------------------------------

Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah Allah

Dimana2 sekarang orang bercakap pasal penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg menimbulkan kemarahan umat Islam di malaysia. akupun sama, aku menganggap penggunaan kalimat Allah adalah ekslusif kepada umat islam. lantaklah apa sejarah dulu yg menyatakan bahawa kalimah Allah dah didigunakan pihak gereja beratus tahun lamanya. negara indonesia juga dikatakan menggunakan istilah Allah dikalangan ahli gereja, lantaklah. tapi di malaysia ni, aku seperti yg lain2 umat islam, tidak sekali kali merelakannya.

pun begitu, aku mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan kekerasan dalam menangani isu ini. jangan sekali2 menggunaan kekerasan terhadap penganut agama lain atau membakar rumah ibadat mereka. itu ditentang oleh Allah.

dalam menilai isu ini, aku melihat ahli2 politik kita terlalu lembab. takut mengguris hati pengundi dan takut kehilangan undi di pilihanraya barangkali. ahli2 agama juga aku lihat terlalu lesu. itulah natijahnya bila ahli agama lebih sayangkan jawatan dari sayangkan agama. mereka lebih takut hilang kerja dari takutnya hilang iman. entahlah.

aku juga hormati mahkamah. aku tidak mempertikaikan keputusan hakim. yg arif hakim tersebut dibatasi dengan fakta dan salur galur perlembagaan. tak kisahlah agama apapun hakim tersebut, beliau terpaksa mematuhinya berdasarkan hujah. tapi menggunakan mahkamah sepanjang masa agak mengambil masa. hari ni gereja menang, islam merayu. may be islam menang, dan gereja merayu pulak. makan tahun la... tak kisahlah jika untuk kebaikan. cuma kes2 seperti pembakaran gereja, masjid, demonstrasi, ketidakharmonian akan terus berlaku dan memuncak.

aku harap penyelesaiannya ccepat. ahli2 politik ni bukannya boleh pakai sangat. banyak berfikir dari buat kerja. macam yg lain2 harapkan, aku berhadap campurtangan YDP Agong. Tuanku boleh menitahkan agar kalimah itu hanya untuk orang Islam. kenapa tidak? Baginda adalah ketua negara, ketua agama Islam dan baginda berada diatas perundangan. aku rasa jika dititahkan ia hanya untuk umat Islam, apalah yg merugikan masyarakat lain? orang hindu, buddha, singh aku rasa mereka tak kisah langsung siapa yg nak pakai istilah tu. merekapun tak rela nak pakai kalimah Allah sebagai ganti gautama buddha, dewa ganesh, dan lain2 tuhan mereka. jika tuanku yg beri dekri diraja, aku yakin kita akan hidap aman kembali.

kepada yg susah2 nak gunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, aku suka sebenarnya. ia pengiktirafan bahawa tuhan sebenar ialah Allah. cuma, gunalah dengan betul dan sebagai penganut yg betul, jadilah penganut Islam.




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------
TurnkeyNation

Thursday, January 7, 2010

Jumpa Kawan di Facebook

Alhamdulillah, masuk tahun baru ni ramai kawan2 lama yg dah bertahun2 terpisah dapat bertaut kembali. mau tak ye, ada yg dah lebih 10 tahun aku tak bertanya khabar sejak tamat sekolah dulu.

ini gara2 aku daftar facebook beberapa hari lepas. dari saje2 klik selepas dah hampir 30 invite yg aku terima. tak sampai seminggu, rasanya dah lebih 80 orang sahabat lama dan baru aku dah kumpul. kawan2 baru aku alu2kan untuk bersahabat. kepada yg wanita, terutama anak2 dara comel tu aku dah gariskan satu sempadan. aku dah berkeluarga, so batasan keluarga perlu jelas. jangan kerana gila cinta fb, keluarga tah kemana. aku sayang keluarga aku.

yg syoknya fb ni, ramai kawan2 baik masa sekolah menengah damak, sekolah menengah padang saujana, sekolah menengah jerantut dan kat universiti utara malaysia dapat jumpa balik. yg syoknya dulu semua kurus keding, sekarang dah macam kuih pau. opss... termasuk aku la tu. he.he.he....

untuk memastikan aku jelas dan rakan2 fb aku jelas, aku sedia terima sape je kawan baru dan lama untuk berhubung. tapi kalau hari2 penuhkan fb aku dengan iklan pelbagai, aku akan reject keluar je. dah akaun aku, suka hati akula nak terima dan reject. ha.ha.ha.....



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------

Tuesday, January 5, 2010

Ala.... Dua Puluh Sen Je...!

sekarang ni disana sini orang bercerita pasal kenaikan harga gula bermula 01 januari 2010. rata2 juga kita dengar dalam tivi ramai orang yg ditemubual kata "ala dua posen je, masih mampu beli gula", "harga gula dimalaysia ni masih murah berbanding di uganda selatan", " memang wajar harga gula dinaikan lagi sebab ia memudaratkan, buleh kencing manis" dan banyak komen lagilah.

pada aku 20 sen juga adalah suatu nilai yg agak besar kesannya. pedulikan apa orang gomen cakap bagi menyokong boss mereka naikkan harga gula. kalau takut ramai rakyat kena kencing manis sebab gula murah, naikkanlah harga gula sampai rm20 sekilo.takat 20 sen apalah sangat, lagipun ramai yg suka minum manis2 ni pun jenis yang banyak duit, taruk gula dalam teh mau 3-4 sudu. orang miskin minum teh o' kurang manis je.

dalam kenaikan harga gula aku tak salahkan gomen sebenarnya. nak salahkan umno dan bn lagilah aku tak fikir sebegitu kijam. pada aku harga gula dan semua barang ditetapkan oleh pasaran kapitalis ( dan sebahagiannya oleh kuasa monopoli). kalau pas, dap atau keadilan memerintahpun, akan ada harga barang yg akan naik. letaklah apa saje nama untuk merialisasikan kenaikan harga seperti harga indek pengguna meningkat, kadar inflasi, bekalan bahan mentah dunia merosot, faktor cuaca dan sebagainya; apa aku ia adalah suatu alasan untuk menaikan harga. lagi aku benci ialah ada pihak yg selalu katakan bahawa walaupun harga dinaikkan, ia masih terlalu rendah berbanding harga barangan sama di negara lain. bandingkan harga, dan bandingkan gaji jugak la wei...! ni mesti ekonomi asas tingkatan enam anggur dulu failed!

ada kawan aku yg cakap "ala 20 je je". tapi lepas beberapa hari dia yg mengeluh. apa taknya, kuih muih dah naik harga dari 40 sen sebiji ke 45 sen sebiji. teh kat kedai mamak dah naik seposen. nasi lemak kosong naik lagi 20 sen. pengasuh anak mintak naikkan upah mengasuh lagi rm50 sebulan. isteri mula kata apek jual ikan dengan van dah jual ikan agak mahal walaupun nampak dah ikan pecah perut. sewa rumah tuan rumah berkira2 nak naikan sewa.

lagi best dah ada pekerja yg tanya ada tak company nak naikkan gaji sebab harga barang dah naik. dengar2 harga petrol akan naik lagi 15/01/2010 (ye ke?). lagi hebat kat merata2 dah kedengarkan juak2 bukan bn menjaja nasihat untuk menolak gomen pada pilihanraya akan datang. tapi tak terkejut ke nanti kerana 20 sen kerajaan tumbang? aku? aku bukan ahli mana2 parti, aku akan pangkah siapa yg aku suka dan rasa akan membawa kemajuan kepada masyarakat. melayu cina india asli atau negrito calonnya aku tak heran, asal membawa suara masyarakat ke parlimen atau dun dah kira baik. isu2 tu biarlah bertempat, ni bising2 pasal kopi janda dan potong; tapi alih2 menikah muda.


IZZI ADVERTIZING--------------------------------

Sunday, January 3, 2010

Blue Lagoon

Pada 02/01/2010 (sabtu), setelah balik last minit shooping kat bandar klang untuk pakaian anak2 (untuk anak sekolah aku cuma belikan stoken je). saje nak ramaikan majlis dan menyesakkan lalulintas.

tengahari, aku pergi jemput sepupu aku yang baru balik dari bercuti ke china. company trip. bestnya! dah lama aku tak dapat company trip ke oversea selepas tinggalkan kerja kat apm. aku jemput dia kat komuter port klang je, sebab dia balik ngan geng2 dia dan dari kl sentral datang ke port klang.

lepas makan tengahari, takde menda nak buat. so, kami ramai2 ke putrajaya sebab sepupu aku tu nak jumpa sepupu kami yg duduk kat putrajaya. sampai sana, tak de menda nak buat tiba2 je terpacul nak gi port dickson. so, port dickson la.

kat teluk kemang sgt pack, mak aih ramainya manusia. so, kami rasa nak naik ataih lagi. dan akhirnya kami sampai kat pantai tanjung biru atau turut dikenali juga dengan blue lagoon. tanpa pakaian mandi, kami beli je seluar dan baju kat situ untuk bermandi manda. err... spender tak jual ke? tapi betullah, blue lagoon tu memang cantik dan sangat tak crowded macam kat teluk kemang yg airnya dah macam teh susu tu. tak caya kecantikan blue lagoon, tengoklah...






untuk kenangan, aku abadikan gambar sekeluarga kat situ.


Gambar : aku dan keluarga berlatarbelakangkan pantai blue lagoon, port dickson.

sebelum sempat anak2 main pasir, aku dan sepupu2 aku aina dan faizal main laut dulu. kami naik banana boat. seronok jugak sesekali kena humban dari banana tu. 3-4 gelas jugak aku tertelan air laut tu kot. enjoy siot! lepas main banana, aku layan anak2 main pasir sementara sepupu2 aku tu melayan main kayak.








anak2 sekejab je main pasir. then aku dan sepupu2 sambung main air laut. isteri setia melayan anak2. apatah lagi sempat juga isteri beramah mesra dengan isteri2 orang lain yg berkelah disebelah kami. sampai malam lah kami berendam di laut tu. dah semua kecut barulah kami naik, mandi2 air tawar dan bertolak balik. opss... sebelum tu atas rekomen pemandu bot kami, kami berhenti makan kat nasreen seafood kat telok kemang. alhamdulillah, memang sedap dan harganya sangat berpatutan.

then, hantar balik sepupu aku faizal ke putrajaya dan kami balik ke port klang. masing2 bungkang dalam kereta, letih bangat barangkali. aku takleh bungkang lah sebab aku jadi driver. dalam pada itu kami sepakat untuk datang lagi bersama sepupu2 yg lain dan bermalam di blue lagoon. best!



IZZI ADVERTIZING--------------------------------