ukuran berjaya
pagi ini saya bersarapan roti canai dengan kuah kari kambing. petang semalam pun menu yang sama.
sambil makan, mata saya meliar memerhati sekeliling mencari kelibat jika ada sahabat yang boleh makan bersama. malangnya tiada.
di hadapan meja saya ada sekumpulan 8 anak muda melayu sedang makan, berbual dan menonton siaran ulangan acara lumba basikal yang anak malaysia memenangi pingat gangsa di olimpik rio. tahniah!
saya perasan, sambil-sambil bersorak mereka turut memerhati dan mengata pelanggan lain yang menuju ke kereta masing-masing.
"woi.. ko tengok tu, pakai 'tie' macam 'manager' bank, tapi pakai kancil. ni mesti kerani 'office' lulusan spm je ni. baik aku, pakai honda", kata salah seorang daripada mereka. yang lainnya pakat bersorak dan ketawa. saya sejujurnya tidak sanggup mendengar percakapan mereka seterusnya.
saya rasa sedih dengan bangsa saya, menilai kejayaan berdasarkan kereta atau harta yang dipunyai. saya tidak pernah melilai mereka tidak berjaya biarpun saya yakin kesemuanya adalah pekerja bawahan berdasarkan pakaian seragam syarikat berorientasikan 3D (baca : dangerous, difficult and dirty) yang dipakainya. saya yakin mereka juga berjaya dalam meneroka dan mengurus hidup mereka sendiri selaras dengan kemampuan dan peluang yang mereka ada.
saya yakin, jika mereka berpeluang melihat mendiang tauke syarikat saya tanpa mengetahui siapa dia, mereka akan turut mentertawakannya. ialah, melihat cara berpakaian dan kereta yang dinaikinya, sudah tentu anak-anak muda itu menyatakan dia tidak lebih daripada apek penjual sayur, sedangkan dia sebenarnya adalah pemilik dan pengerusi ratusan syarikat multinasional dan 3 syarikat induk yang tersenarai sahamnya.
jika membaca kesimpulan anak-anak muda itu, mendiang tauke saya adalah jauh dari berjaya kerana terlalu biasa-biasa keretanya.
saya berdoa agar mereka cepat-cepat makan dan beredar agar mereka tidak menilai saya juga.
No comments:
Post a Comment