membeli selesa.
pagi ini saya meneliti senarai nama untuk potongan gaji pekerja yang telah melepas had tanggungan perubatan. sejujurnya memotong gaji bukanlah sesuatu yang saya suka buat kerana setiap sen gaji tersebut adalah keringat pekerja dan di situ juga terkandung komitmen menanggung diri dan keluarga mereka.
jadi, saya meneliti satu persatu bagi memberi pertimbangan sama ada memotong gajian mereka secara terus atau secara bulanan. ia bukanlah keputusan yang senang kerana saya juga bertanggungjawab terhadap amanah jawatan saya. malah saya berdepan 'inquiry' daripada jabatan kewangan dan pihak pengurusan jika tidak melaksanakan tugasan saya dengan cekap dan amanah.
bagi hemat saya, kebanyakan kos perubatan ini boleh dielak jika pekerja tidak taksud memilih klinik/hospital. mereka lebih suka mendapatkan rawatan di klinik/hospital swasta berbanding milik kerajaan kerana beranggapan ia lebih memberi perkhidmatan dan ubatan terbaik. secara peribadi saya tidak setuju, kerana saya dan keluarga sering mengutamakan klinik/hospital kerajaan berbanding swasta kerana mereka lebih teliti dalam mendiagnos penyakit dan memberi ubatan.
ya, biarpun saya mempunyai jawatan dan kemudahan perubatan, saya dan keluarga suka ke klinik/hospital kerajaan sebagai opsyen pertama. tiada istilah kedekut, cuma saya tidak mahu membazir dan mahu dirawat secara berhati-hati.
pada hari ahad lepas, anak ketiga saya, mira demam. ia hari kelima jika dikira berdasarkan hari pertama ia mulai demam. dia demam, saya dapatkan rawatan, sembuh. namun masih ada demam semasa hari kelima. saya tidak pasti ia dikira demam hari kelima atau demam semula selepas sembuh.
jadi saya berpendapat lebih elok saya bawa mira untuk pemeriksaan darah bagi melihat sama ada dia dijangkiti demam denggi. pada hari ahad di kejiranan saya, tiada klinik kerajaan mahupun swasta yang menyediakan khidmat pemeriksaan darah, pilihan saya cuma hospital kerajaan yang terletak kira-kira 7km atau hospital swasta yang terletak kira-kira 5km. saya memilih ke hospital kerajaan.
hanya saya dan mira yang pergi, kerana saya masak benar dengan kesesakan dan masa menunggu yang lama di klinik/hospital kerajaan.
akhirnya proses rawatan untuk mira selesai dalam masa tiga jam. ia adalah satu proses menunggu dan rawatan yang berbaloi bukan kerana saya sekadar membayar rm1.00, tetapi anak saya diperiksa secara komprehensif oleh doktor pakar kanak-kanak.
bukankah proses untuk mendapatkan rawatan memang membosankan?.
jika itu soalan yang anda tanya, saya tidak merasa begitu kerana saya datang dengan 'mindset' untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk anak saya, jadi saya anggap ia satu pelaburan masa, melabur untuk kesihatan. saya ada duit untuk rawatan swasta jika itu keperluan mendesaknya, tetapi keadaan demam yang sudah kebah dan anak yang masih aktif membuat saya memilih untuk bersabar dan menunggu. dan ia berbaloi. belum tentu mira akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak jika ke hospital swasta kerana ia hari ahad.
jika itu soalan yang anda tanya, saya tidak merasa begitu kerana saya datang dengan 'mindset' untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk anak saya, jadi saya anggap ia satu pelaburan masa, melabur untuk kesihatan. saya ada duit untuk rawatan swasta jika itu keperluan mendesaknya, tetapi keadaan demam yang sudah kebah dan anak yang masih aktif membuat saya memilih untuk bersabar dan menunggu. dan ia berbaloi. belum tentu mira akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak jika ke hospital swasta kerana ia hari ahad.
dalam tiga jam itu, saya dan mira tidak kebosanan kerana kami ada satu sama lain dan mira sentiasa di ribaan saya. suasana orang yang bersesak membuat saya tidak tega berebut duduk di bangku. saya sekadar duduk di ceruk lantai dengan selesa dan mira duduk di pangku saya. tiga jam menzahirkan kasih sayang kepada mira adalah saat terindah yang sudah lama saya tidak lakukan berdua. jika dia sihat dan berada di rumah, mira lebih suka menonton tv dan bermain manakala saya sibuk menulis, bermain telefon pintar atau bersama mereka menonton kartun.
berada di situ juga saya dapat bergaul dan berbual dengan ramai orang. si sakit, si waris, si pekerja hospital dan si penyibuk. macam-macam cerita suka dan sedih telah saya rakamkan di dalam kepala dan akan bercerita mengenainya nanti. boleh jadi ia sebahagian tajuk untuk buku saya seterusnya.
jadi, saya beranggapan bahawa tindakan saya ke hospital kerajaan adalah tindakan dan pilihan tepat kerana dengan rm1.00 saya dapat kesembuhan anak saya yang sebenarnya tidak perlu untuk diperiksa darah dan di wadkan. saya juga dapat puluhan cerita, dapat juga peluang membuat pahala akan datang dengan melihat ramainya orang marhaen yang tidak berduit untuk makan dan penginapan, sekadar menumpang tidur di kaki lima dan surau hospital (nota : Abang Long projek ini saya nilai berdasarkan cerita fb abang tempoh hari).
ya, mata saya bersaksi bahawa hati kita berlumba-lumba mengarah nafsu membazir untuk sesuatu yang bukan keperluan. di kala poket kita berisi, hati kita buta memilih antara keperluan dan kehendak. kita juga lalai memberi simpati kepada insan-insan lain yang lebih memerlukan jariah kita.
antara keperluan dan kehendak untuk rawatan perubatan anak saya itu, saya memilih untuk rawatan di hospital kerajaan walaupun terpaksa berlama-lama dan bersesak. saya tahu dan sedar bahawa jika saya ke hospital swasta, saya memang akan di layan dengan cepat dan suasana selesa kerana saya sebenarnya nanti akan dicaj bayaran tinggi untuk membeli suasana selesa.
alhamdulillah, malam itu mira tidur dengan nyenyak. begitu juga tiga anak saya yang lain. saya dan isteri lega melihatnya. saya pandang isteri, isteri pandang saya. senyum.
No comments:
Post a Comment