Bunga telang
Pokok bunga telang atau bunga nasi kerabu ini adalah pokok yang senang tumbuh. Di rumah saya ia tumbuh dan mendominasi pagar belakang setelah tersebar dari rumah jiran.
Ia diguna sebagai pewarna biru semulajadi untuk nasi kerabu, air, dan kuih.
Antara khasiat bunga telang ialah :-
1. Kurangkan panas badan.
2. Kuatkan ingatan.
3. Mencerah dan menyubati sakit mata merah.
4. Menghitam dan melebatkan rambut.
5. Melawaskan kencing.
6. Menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan jerawat.
7. Melancarkan haid.
8. Menambah kesuburan lelaki dan wanita.
9. Mempercepat kematangan bisul dengan meletak gumpalan daun telang di atas bisul.

Cara menanamnya ialah dengan biji benih. Ia sejenis tumbuhan menjalar. Jika ingin biji benihnya, boleh pm saya. Kos sampul dan setem anda kena tanggung.
Nota : khasiat ini diambil daripada pelbagai sumber. Semua gambar milik peribadi saya.
No comments:
Post a Comment