Monday, March 3, 2014

MEE UDANG @ Warung Warisan Bonda Katering, Sek.6, KD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
puh..puh..... bersawang blog aku ni sbb lama tak update.

ok... aku mengaku salah aku tak update, aku mengaku aku ambik duit buta2 tapi tak buat kerja. ye lah, duit iklan asyik masuk, tapi tak buat entry baru.

ok, kalau aku, biasalah..... cerita pasal makan yg utama. sebab lama dahaktif, aku pelan2 dulu. buat yang tak panjang. entry pemanas badan kata orang.

28/2/14 baru ni aku ada makan kat warung di area seksyen 6 kota damansara. kebetulan ia tak jauh dari opis aku. area sini actually banyak yang sedap2 seperti nasi ayam warisan, coconut shake tanjung minyak dan sebangainya. aku cerita pasal mee udang dulu.

ha.... ni dia gambar mee udangnya.




nampak menyelerakan. 

ya betul..... memang sedap. kalau makanan berkuah ni, kita just rasa kuah dia dulu. kalau sedap kuahnya. Insyaallah sedaplah semuanya.

Kuah cukup rasa. ramuan cukup. 4 ekor udang juga besar2 dan fresh. tapi aku rasa mee yang tak cukup. rasanya baru suap 6 kali dah abis. he he he.. sebab sedap la tu. 

harga? tak mahal. semangkuk cuma RM7.00 sahaja.

kat mana ?

WARISAN BONDA KATERING
Seksyen 6, Kota Damansara
(Berhadapan 7-11 Seksyen 6, bersebelahan Nasi Ayam Warisan)







2 comments:

marinahunny said...

Arghhh sedapnyeeer. .. Nt p kl mau cari lah

izman said...

marinahunny :
kalau kebetulan ko dtg sini, aku belanja ko dan en somi ko tu.