Wednesday, April 27, 2011
Nostalgia Marrybrown
saje letak gambar sebagai heading entry kali ni.
pagi tadi (27/4/2011), aku dan khairul ke lcct atas urusan kerja. ada pekerja asing baru masuk, dari myanmar. ini kali pertama kami ambik dari myanmar dan kali pertama yang datang melalui lcct. kalau takat klia, aku just bagi khairul pergi sorang je. dah rutin dia dengan pekerja asing ni. aku ni setakat membantu meramaikan majlis je.
paling menyampah dalam penerimaan warga asing ialah mereka suka sangat datang sikit2. kalau datang ramai2 kan senang. aku boleh carter bas je. ini sampai 3 orang, heh... berkereta je la. since 3 orang, urusan di lcct dan imigresen aku setakat bagi kta khairul. aku menghabiskan masa dengan kerja yang lebih berfaedah di lcct iaitu membaca surat khabar sambil makan di restoran makanan segera marrybrown.
tidak adil? adil ke menda, ini bukan soal poligami nak adil ke tidak adil. ini pasal kerja. sebab khairul ada surat kuning imigresen, dan pihak airport nasihatkan hanya satu orang majikan masuk, aku serah je la kat khairul. bagi boss masuk, aku hari ni setakat jadi supir (pemandu) je. kebetulan nak baca surat khabar tempat pebuh, aku bacalah di marrybrown. ingat nak lepak kat mc donalds, tapi aku dalam diet (ciss... uweek).
aku sebenarnya tergerak hati nak makan kat marrybrown ni secara tiba2. dah lama benor tak makan di marrybrown ni. may be dah lebih 10 tahun. ye lah, kali terakhir makan MB ialah masa kat uum sintok dulu. kat uum mana ada kfc, mc D dan sebagainya. ulu banat tu. kedai francais yang ada hanyalah nelson (jagung rebus) dan kemudian marrybrown. budak2 kolej aku di kolej eon tak panggil marrybrown, mereka melayukan sebagai mariam perang. heh....
marrybrown ni memang nostalgia bagi aku. dulu2 la. itulah tempat dating dengan awek2 aku dulu (aweks2... opsss!). aku lelaki budiman, seorang satu negeri cukup (suara latar : woi... toksah perasan la ada awek dulu).
ok, ok.... aku tak cerita kisah aku di uum dulu. aku cerita pasal marrybrown lcct.
aku makan ala2 kadar je. tengok gambar tu, secukup kadar je. khairul bekerja didalam, apakah tega aku berseronok2 makan ayam diluar. eeemmmm.... sanggup! pun begitu, sebab fikirkan dia kawan baik, sebelum makan, aku mms kan gambar tu kat khairul dengan ucapan "Emmmmm.... sedapnya ayam". khairul tak balas mms tu, diam tanda setuju.
di marrybrown lcct, rata2 pemakan (tak kan pengunjung kot)adalah orang filipina. pergh... filipino ni memang lawa2 betul, pangako sayo betul. sambil2 makan tu, adalah jeling sikit2, sambil tayang baca surat khabar orang puteh. eksyen la konon. haram, sekor pun tak menjeling aku, woii.. ko inngat aku heran orang filipina, orang malaysia 13 kali lagi lawa la.
sedang aku asyik makan ayam goreng, si khairul datang mengetuk cermin tepi meja aku. dia diluar restoran bersama 3 myanmar. aku tengok si myanmar tu cam bulat je mata tengok ayam yang aku pegang. dalam hati terdetik, dah makan ke si myanmar tu, mereka actually sampai jam 11.10 malam sebelumnya. since ada mis comunication seperti kata usof wilca, kami terpaksa datang pagi ni. agak2 aku ada la 12 jam dia di airport sebelum kami bawa keluar. tak pasti ada tak orang airport dan imigresen bagi makan. dengan hati sayu, aku memberi isyarat tangan kepada khairul suruh dia tunggu tempat lain. dan aku sambung makan sampai habis.
aku kijam? taklah... aku tak nak membazir. lagipun aku bayar guna duit aku, dan masa makan aku. budak2 myanmar tu mana reti makan kat marrybrown. untuk mereka sebenarnya aku dah plan awal2 nak bagi makan nasi. dah siap tapau dan tunggu makan je kat hostel mereka. hari pertama sampai, tak kan dah kena masak. sebelum tu, aku dah belikan mereka roti dan air kotak sebagai alas perut. kiranya tak kijam sangat la aku ni.
kenapa aku kata mereka tak reti makan kat fast food sebab mereka datang dari ulu pedalaman myanmar. itu ejen mereka kata, sangat2 mundur. dah la sepatah haram bahasa inggeris tak faham, bahasa isyarat pun failed. yang aku hampir tergelak (gelak besar sebenarnya) ialah masa masuk kereta, aku suruh mereka pakai tali pinggang keledar. mereka ikat tali pinggang keledar pada leher mereka. ketawa tak ingat aku dalam hati. masa si khairul beri mereka roti dan air kotak sebab aku memandu, aku gelak bila mereka tak reti langsung nak minum air kotak tu. macam2 mereka buat; tonggeng kotak, bukak pelipat kotak, malah menggoncang2 kotak. kesian, aku hentikan kereta suruh khairul ajar minum air kotak. memang luculah, nak ceritapun susah sebab susah nak bayangkan bagaimana reaksi mereka cuba buat.
sampai hostel, kami bagi mereka nasi bungkus dan air sirap. si khairul yang uruskan hostel. aku balik opis. dalam sejam kemudian, aku ke hostel. heh.... tidur tak ingat mereka. may be mereka tak tidur semalaman sebab tunggu majikan yg tak kunjung tiba, atau memikirkan mereka dah ditipu datang ke sini tapi tiada majikan menjemput. dalam doq melihat2 apa lagi keperluan mereka dihostel selain peralatan memasak, dan sebagainya... alah seorang dari mereka terjaga dan cepat2 nak berjumpa dengan aku. dalam bahasa isyarat, aku suruh dia sambung tidur. esok masih ada, mereka ada 3 tahun kontrak kerja dengan kami.
sebelum beredar, aku minta khairul atau mana2 staf dia buat overtime. buat mana yang patut dan yang penting ajar mereka guna dapur gas. jangan gelak... sebab ada vietnam yang sampai june tahun 2010 tak reti guna dapur gas. orang dah beli dapur gas dan gasnya sekali, mereka memasak guna unggun api. hangin satu badan aku, aku tak risau peralatan jadi hitam, aku takut ada harta benda musnah dan nyawa melayang.
chopp.... mana part yang bercerita tentang 'nostalgia marrybrown?'. dah nostalgia, biarlah dalam hati dan memori aku je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mcm2 warga dah ko jumpa
mesti mcm2 bahasa isyarat dah ko terer
nanti ajar member2 bahasa isyarat (bergambar). haha
ntah apeapentah ko nie.... mmg takde citer pun psl Nostalgia MB tur! sapai abih aku bc... takde pun! hehehe.. tp takpe, aku tetap berkunjung sini whn FREE time!
Nk komen sket psl apa takde org dtg blog kite!(means.. ko & aku lbh krg sama jer...) ko jwb kt kwn ko tur... ADA AKU KISAH??? :) OR dlm bhs lembut... aku suke menulis (sama ngan menaip), so.. org singgah ker tak... I DONT CARE! setuju tak Bro???
Post a Comment