hari sabtu ahad adalah hari2 melayan anak2 dirumah. macam2 kerenah. hari isnin hingga jumaat? layan anak2 juga, tapi masa dalah terhad kerena anak2 ke sekolah dan malam sibuk dengan kerja rumah yg menimbun dan mentelaah pelajaran.
dah fitrah budak2, suka bermain dan meneroka. meneroka pengalaman baru la, kat bandar ni nak teroka apa, mana ada hutan (kecuali hutan rekreasi). masa aku membesar di pekan damak (jerantut) dulu hutan banat masih tebal. disekitar rumah pun masih banyak belukar untuk bermain dan meneroka. even masih kecik, mak ayah tak risau nak lepaskan anak2 bermain bebas. siapa nak culik atau kacau.
paling aku suka ialah bermain 'bedil rocok' atau senapang buluh. senjata yang digunakan untuk berperang ialah senapang yang dibuat dari batang buluh halus yang dah di modified. untuk peluru aku lebih senang gunakan gumpalan kertas yang dah dicelup dalam air. gumpal atau gentel kecik2 dan sumbat dalam bedil. hentakkan gunakan batang peledak bedil, jolokkan buluh bedil tu. biasanya anda akan dengar sound peluru dah standby nak keluar. then, apa lagi, mari bedil orang la. sakit? mana ada sakit.
eemmm.... biasanya masa main tak le rasa sakit sebab masing2 seronok menembak orang dan melarikan diri dari ditembak. yang sakit bila balik rumah. masa mandi mulalah rasa badan berbintat sebab kena peluru atau melanggar segala mak nenek pokok2. lagi sakit bila mak ayah bedal (rotan). tapi, aku yakin sakit sekejab je, esok kami main lagi.
tamat flash back.
anak2 sekarang dah manja, bukan salah mereka. kita ibubapa yang manjakan mereka. protect mereka sampai ruang lingkup mereka dikawal sepenuhnya. anak2 aku contohnya, sekadar bermain dalam halaman rumah. pagar depan memang berkunci dan berantai. mengongkong? memanglah, tapi naluri ibubapa yang berusaha menyediakan persekitaran selamat untuk anak2. orang sekarang bukan tunggu kaya raya bila nak culik.
anak2 sekarangpun ada main bedil, tapi bedil power rangers. bila tekan picu, keluarlah cahaya lampu dimuncung senapang. siap ada bunyi lagi. sakit? heh.... kalau anak2 main malam2, sakit hati adalah.
aku kecik2 setakat nak ikan sepilar nak buat berlaga, cari kat lopak air tepi2 rumah je. jangan kata ikan sepilar yang jumpa; ikan keli, ikan limbat, silap2 biawak riang2 pun boleh dapat tangkap. biawak tu masak tiga rasa pon sodap (cis... sungguh kurang sopan melawak pasal biawak disini).
apa2pun, zaman berubah. keperluan persekitaran permainan anak2 dah berubah. bak kata cerdik pandai, pengalaman masa berudu tidak sama bila dah jadi katak. heh... perumpamaan dari komik mana ni aku dah lupa. maklumlah kuat membaca (baca komik la..). anak2 sekarang patut sedar bahawa ibubapa mana tak sayang anak. mereka bukan mengongkong sebenarnya, mereka mengawal. bila anak2 dah besar, berkeluarga..... mereka tentukan sendiri cara mendidik anak2 mereka pula.
2 comments:
mainan di kampung IM masa malam di bulan puasa...
oh sana nama bedil rocok. tempat aku tak tau plak nama dia. main tau lah
Post a Comment