Tuesday, April 26, 2011

Budak Hostel : Ubat Kurap

takde kerja, aku belek2 album2 lama. mecam2 peristiwa mengimbau dalam memori chip kepala otak aku. peristiwa manis, pahit, masam, manis dan sebagainya. pengalaman mengajar dan mendewasakan kita semua.

duduk hostel masa form 4 dan form 5 di asrama putera sekolah menengah padang saujana, jerantut paling sukar aku lupakan. ye, sebab itu kali pertama aku tinggal diasrama. dari geng2 damak, diasrama berkawan dengan geng2 dari sekolah lain. yang rapat masa tu ialah noranor, sham bert, mat bomba, mat nazri, mahadir mohamad, mahadir jaafar, badang, dan ahmad suhiamin. geng2 nilah yang selalu lepak studi sama (ha.ha..ha... nampak sangat tipu budak asrama kuat studi).

kalau nak diceritakan memang banyak pengalaman dengan kawan2 asrama ni. aku cuba cerita satu-satu nanti. diasrama, benda yang baik kami belajar. yang kurang baikpun, kena belajar (opss!).

diasrama, rata2 kawan2. jadi kegiatan meminjam baju adalah lumrah. pinjam baju sebab pakaian terendam tapi lupa basuh. pinjam baju sebab ada dating kat bandar jerantut. secara tak langsung, peminjaman baju ini juga menyebabkan wabak kekurapan menular. ada yang takde kurap dan panau, tapi bila asyik suka pakai baju lembab atau terus mandi lepas berpeluh, dikatakan menularnya panau dan kurap. heh... teori budak2 asrama.

bila ada panau kurap, tentulah tak selesa. lagi2 kalau kurap, heh.... cam beruk mat yeh kalau menggarunya. so, ada panau kurap maka adalah ubat panau kurap. aku ada seorang kawan yang kerap sangat kekurapan dan kepanauan ini. so, loker dia selalu ada ubat kurap cap kaki tiga. aku ingat lagi, sebab kami kawan baik, kami inilah yang selalu menyapu ubat panau kurap kat belakang dia. bahagian lain dia sapu sendiri la. dalam dok menyapu ubat kurap yang kuat tu, timbullah idea2 bernas.

kami sapu ubat kurap dengan membentuk huruf2 seperti ejaan nama sendiri dan juga nama makwe. sesiapa yang masih blur tentang kehebatan ubat kurap, meh aku ceritakan. budak2 asrama yang berpanau tu akan menyapu ubat kurap cap kaki tiga, warna merah. bahagian yang disapu ubat akan mati sel kulitnya dan berubah jadi warna gelap(hitam). kulit mati ini lama kelamaan akan tertanggal den kult baru akan tumbuh. dalam proses kulit mati dan kulit baru tumbuh, bahagian yang disapu ubat akan meninggalkan kesan. jadi, jika ukir nama. maka jadilah nama yang selepas beberapa hari akan ketara kesannya. kalau diukir nama awek, masa main bola petang2 ramai2 tanggal baju. saje tayang nama awek kat orang ramai.

even ada jugak warden yang marah dengan gejala ukiran nama dengan ubat kurap ni, tapi ia terkawal sebab dalam masa 2 minggu kebiasaannya ia akan hilang.

2 comments:

Anonymous said...

mcm tatu sementara ler tu kan?
malu seh awek sebab org baca

Unknown said...

terbaik...