heh... agak bersawang blog aku seminggu ni. biasalah, kerja sebagai kuli ni. kekadang bizi manjang. kekadang agak lega. sepanjang minggu lepas aku bizi ngan gaji dan budget 2011. gaji mmg kena siap cepat la sebab kang ada yg kereta kena bakar. tapi perancangan budget 2011 untuk department aku masih belum siap. deadline rabu depan, masih ada masa.
kalau takat buat budget lebih kurang memang senang, copy dan edit tahun lepas je. tapi terdapat banyak perubahan dari struktur organisasi dan lain2 faktor menyebabkan perlu ketelitian. lagi nak teliti sebab department aku ni dianggap department asyik perabiskan duit syarikat je. ye lah, kena bayar gaji, elaun, overtime, kos perubatan, insurans, keselamatan, asrama, pakaian seragam, training & development, dan segala mak nenek lagi. kadang2 kos menda tu nampak kecik je macam calendar, diari, kasut, derma, dan seangkatan dengannya, tapi bila dicampur2, heh.... puluh-puluh ribu hengget beb!
ok lupakan pasal kerja. terima kasih pada kawan2 yg bertanya kabar melalui telefon dan email mengenai aku yg sunyi dari berblog. even sms tu sekadar 'hidup lagi ke bro?". aku menganggap ianya suatu tanda kewujudan aku dihargai. terima kasih. macam aku bagitau, aku tak sakit, cuma kebizian. even kemudahan beronline ditangan, kecamukan melanda dan memalaskan aku. aku malas bukak mail, dan facebook.... lagilah aku malas. menda yg aku suka cuma beremail dan berblog.
banyak menda aku nak cerita, tapi hari ni aku cerita kisah ringkas je.
begini, semasa beratur hendak membayar sedikit barang keperluan dapur di sebuah pasar mini, tiba-tiba ada seorang perempuan memotong barisan dan mula menyusun barangannya untuk membayar. kalau dia potong belakang aku oklah, ini betul2 depan aku. ini telah menimbulkan marah.
lelaki : kak, kenapa potong barisan. orang lain semua beratur.
perempuan : eh.eh... orang nak cepat la. nak balik masak.
lelaki : semua orang nak cepat kak tapi kena la beratur. saya tak masakpun, nak balik cepat jugak.
perempuan : eh.eh... kurang adab la kamu ni, tegur orang lebih tua.
lelaki : saya tegur tu dah kira baik kak, dah beradap. akak tu yang tak de adab.
perempuan : (terkejut, dan terpaku)
lelaki : (orang cam aku memang suka kutuk orang sampai otak dia biol) saya tegur baik2, akak kata saya kurang adab. sebanarnya akak ni dah la kurang adab potong barisan. kalau emergencypun cakapla "minta maaf, nak cepat, bagilah akak bayar dulu. saya rasa semua orang tak kisah. ini, masuk semberono je, jangan kata mintak maaf, senyum pun tak. itu bukan saje kurang adab, kurang ajar pun ada.
perempuan : (masam mencuka, memasukkan kembali barang dalam raga dan beratur dibelakang sekali)
lelaki : (mengeluarkan barang untuk membayar dan berlalu tanpa rasa bersalah).
moral of the story?
1) siapa yg tiada adab dlm kisah ini? lelaki atau pompuan? kalau korang kata lelaki tu iaitu aku, aku akan blacklisted korang untuk masuk kerja kilang aku kerja (siapa hingin).
2) lelaki tersebut sepatutnya membenarkan perempuan tu membayar dahulu setelah mengutuk dan mengata perempuan itu sehingga dia menangis kehibaan didalam hati.
3) siapa tak suka masuk barisan (barisan nasional), dia buleh masuk pakatan (pakatan rakyat). woi samdul, apa kena mengena dengan kisah ni. err... sebab pilihanraya galas kot?
4 comments:
salam
kakak tu yang kurang adapnya
Salam Izman... bagi nekcun, tak kiralah lelaki atau perempuan, tetapi kalau dia buat macam apa yang 'akak' tu buat, memang nekcun pun akan naik angin gak!..
nak tegur salah.. tak tegur salah.. jadi semua serba salah.... errr... lirik lagu siapa ye, tak ingat la pulak
hiks....angin tgh tak baik la tu dua2..agaknyer klu ank dara cun melecun, ko mesti suh bayor dulu..ahhahahaaaa...sori encik, gurau jer...
mcm2 org dlm dunia ni..
Post a Comment