sebut je pasal sampah ni ramai yg mencebik. ye lah.... sampah tu kotor, busuk, jijik dan seangkatan dengannya. tak hairanlah ramai yang memandang hina akan sampah ni, kadang2 tu yang terlebih eksen tu, lalu je pekerja alam flora atau mengurus sampah, terus ditutup hidung mereka. ish.ish..ish.... sampah tu memang kotor, tapi pekerja yang mengurus sampah jangan dihina sebegitu rupa. mereka juga seperti kita ingin mencari rejeki yang halal.
dalam pada ramai meminggirkan atau tidak menhiraukan pasal sampah ni, sebenarnya ada golongan yang kaya raya berkaitan sampah. heh! tokey syarikat kutip sampah tok sah cerita la kaya. aku cuma nak berkongsi cerita mengenai orang macam kita yang mencari pendapatan melalui cara mengutip sampah terbuang.
entry2 aku sebelum ni macam2 aku cerita pasal sampah, ada masa yang aku rasa tak nak kumpul lagi sampah kitar semula pasal ianya tidak berbaloi hinggalah duit kutipan sampah domestik rumah aku yang dikumpul mendatangkan sedikit duit untuk tabung aay anak2 aku setiap dua minggu. ye, tak banyak... tapi dalam mengajar anak aku tentang mencintai alam, mengitar semula, dapat jugaklah sedikit duit.
berapa? setiap 2 minggu dapat la dalam rm10 hengget. ia duit sampah yang dikumpul anak2 di stor belakang rumah. ia sekadar kertas surat khabar, tin minuman berkarbonat, botol air 100 plus yg aku main badminton setiap minggu, botol plastik air yakult dan vitagen, sarang telur dan seangkatan dengannya. minggu lepas, sambil2 nak gi pasaraya aku bawa barangan kitar semula. dapat rm9.80. plastik dan tin aluminium dah naik harga. air tin minuman dikira 0.50 sen setin.
di syarikat sekarang ramai dah mula mewujudkan tong kitar semula untuk menjana duit dari kutipan sampah. besi buruk tu tok sah cerita la memang company akan jual balik.
aku ada kawan yang hari minggunya dia suka bawak motor jalan2 keliling taman berdekatan. kalau didepan rumah yang dilalui ada sampah seperti sofa rosak, almari buruk, dan seangkatan dengannya dia akan minta izin dari tuan rumah untuk ambik. tuan rumah biasanya akan bersetuju sebab barang2 besar yang nak dilupuskan biasanya kena charge. kawan tadi akan call lori suruh ambik dan dibaikpulih. hasilnya jadilah prabot terpakai dengan value added yang besar. di kampung aku di batu balai pun ada orang kampung yang kaya raya sebab jual barangan terpakai dari sampah ni.
heh... aku secara peribadi ada cerita yang ak pernah buat duit dari jualan penutup tin minuman beberapa tahun lepas. ada orang kata ianya cuma mitos. tapi ikhlas aku cakap ianya memang wujud suatu masa dahulu. setiap kilo 'aluminium tap' tu berharga ratusan ringgit. nantilah aku cerita lain.
rahsia untuk mendapat sedikit info mencari duit dari sampah ni ramai yang tak tau sebab ramai yang mendapat hasil dari sampah ni enggan memberitahu kepada kita. so, berkawanlah dengan orang yang pakar termasuk pengutip2 sampah dan bacalah ebook dibawah (ewwwaah, iklan pulak!).
1 comment:
kami kat opis siap jual kertas tu pastu boli kfc..mkn ramai2..hehehhehe
Post a Comment