aku tau bahawa sebagai ibubapa kita tidak boleh diskriminasi dalam memberi kasih sayang kepada anak2. mereka mesti diberi kasih sayang yang sama tanpa mengira jantina. semuanya anak2 kita.
tapi, sudah menjadi hukum alam bahawa sedikit sebanyak didapati seoraang ibu akan lebih memberi perhatian kepada anak lelaki, dan si ayah pula cenderung memberi perhatian kepada anak perempuan. salahkah? entahlah..... pada aku as long tidak terabai kasih ayang kepada anak2 lain dan sekeluarga bahagia, why not!
aku tak nak cerita kenapa anak lelaki cenderung kepada ibunya, aku tak tau sebab sebab aku lelaki. aku ayah. kenyataan ini bukanlah kajian ilmian untuk pelajar master atau doktor falsafah, ianya sekadar berkongsi cerita sebab aku dah tak boleh tidur selepas terjaga tadi. sekarangpun, anak bongsu perempuan aku yang terjaga leka menemani aku berblog. bila dia nak susu nanti aku bawakan je kat ummi dia. susu free.
kenapa ayah lebih cenderung memberi perhatian kepada anak perempuan?
masa aku belajar psikologi di uum dulu, kecenderungan ini digambarkan sebagai 'p*nis envy'. masa tu aku rasa teori tu mengarut. dan sampai sekarangpun aku masih rasa ia teori mengarut. ini pula teori versi pengalaman aku sebagai bapa.
sebagai ibubapa yang memiliki anak2 kecil memang kita suka cium mereka. hari2 kita cium mereka. mereka suka. tapi bila usia makin meningkat, kita dapati anak lelaki tidak suka ayah mereka mencium mereka terutama dihadapan ramai. malu, itulah jawapan bila ditanya anak aku luqman kenapa. tapi anak perempuan lain halnya, mereka lebih suka dicium, even dikhalayak ramai.
anak perempuan lebih spontan. lelaki memang suka sesuatu yang spontan. anak perempuan lebih spontan. kadang2 masa aku tengok tivi atau asyik menghadap komputer, tiba2 dia datang cium dipipi. bila ditanya kenapa cium ayah, dia cakap rindu kat ayah.
manja adalah elemen utama anak perempuan. kadang2 bila kita tengah serabut, kita tengah sibuk, tiba2 datang anak perempuan memeluk dan duduk diriba. hilang segala serabut dan sibuk. anak lelaki saje2 nak datang bermanja dengan ayah? susah sikit beb! kalau anak2 nak sesuatupun, luqman mesti gunakan pika untuk minta dari aku. datang bermanja2, kemudian cakap nak jalan2. cair hati dengan telatah anak2 ni.
rajuk. anak lelaki bila dimarah akan sembunyikan diri dibilik. tiada inisiatif nak membeli balik hati ayah yang marah. kadang2 tu buat tak tau dengan ayah seharian. bila kita di ruang tamu tengok tivi, dia akan masuk bilik main games. bila aku buat2 lepak dalam bilik, dia akan keluar main komputer. heh.... anak perempuan? sikit je kita marah, menangisnya macam nak kiamat dunia. pastu asyik minta maaf. tangis dan suara minta maaf buat hati jadi rapuh, menitis air mata. sesekali tu kena jugak keraskan hati, aku pulak yang lari ke bilik.
anak perempuan meneman setia ayah. anak lelaki kalau aku tukar channel kartun dia ke channel aku, cepat je dia cari masuk bilik main games atau main komputer. ye lah, aku suka layan cerita house dan csi, budak2 mana la nak masyuk cerita2 camtu. anak perempuan even tak suka dan tak faham akan setia menemankan si ayah. kalau aku tengok sambil bersila, dia akan baring di riba. kalau aku tengok sambil baring, dia akan baring disebelah sambil peluk aku. sebagai balasan bila anak perempuan layan kartun sampai lewat malam, akupun temankan dia. anak lelaki kena tidur awal sebab nak sekolah.
oklah, itu sedikit info yang aku nak kongsi cerita. banyak lagi faktor sebenarnya (aku dah tak boleh fikir apa faktor lagi sebenarnya).
kepada anak2 ayah.tak kira lelaki atau perempuan semuanya ayah sayang. memang tak mampu ayah nak bagi kamu kasih sayang yang 100% sama, mesti ada yang sedikit terkurang dan sedikit terlebih. prinsip dia sama, ayah sayang kamu semua 100%.
6 comments:
anak pompuan pandai beli jiwa ayah wooooooooooooo....
kdg2 kalaupon yg sulung, anak bongsu yg lelaki pon kalah
anak IM semua lelaki. So, no komen....
anak aku semua pompuan.... semua rapat dgn mak dia jeee
salam penghujung syawal bro...yea ada benarnya pengalaman yang di kongsikan....itu la berlakunya 'chain reaction', anak lelaki kemudian akan menjadi 'bapa' kemudiannya akan lebih bersifat kurang expressive dalam menyatakan kasih sayang...sebab bila tengok segelintir orang putih...mereka lebih berani mengucapkan...I love you son...I love you dad..sambil peluk2....saya ni yg dah besar ni..nak ckp i love you dad pun tak terkeluar...tapi beberapa tahun lepas, kuatkan semangat, at least masa hari jadi, fathers day...akan hug n kiss beliau..nak buat time lain kang dikata buang tabiat..at least ada occassion cam tu tak awkward sangat...walaupun tak sepatutnya rasa begitu...
betul betul betul..
anak kitorg 3-3 perempuan...
bila tanya hsbd teringin anak laki x dia jwab xde rezeki pun xkisah...dia suka anak pempuan sbb manja...
apa yg anak ko buat sama sebijik cam anak aku buat
hihihi
anak saya semuanya pompuan. semua rapat dgn sy, esp yg tengah tu. ni kes pilih kasih la ni. yg bongsu rapat dgn mak tiri mereka. yg sulung x kisah...siapa2 buleh...sbb dia dah besar.
Post a Comment