kejab lagi aku akan bertolak balik pahang dan meramaikan umat manusia atas jalan raya. rasanya memang jam, tapi harap trafik berjalan. kalau jam langsung tak gerak, itu yang risaun. harap2 semuanya berjalan lancar dan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi.
tahun ni aku beraya di pahang ( err... macam la tahun2 lain beraya negeri lain). inilah untungnya isteri tinggal sekampung. tak payah pening nak berebut raya rumah sape.
persiapan raya semua dah siap, dan aku yang terakhir membeli baju sebenarnya. lelaki senang; dapat baju sehelai dua, cari seluar, songkok dan sehelai kain pelekat cap duduk dah lengkap persiapan. orang pompuan? dah la 5 bulan sebelum raya dah tempah baju dan kuih; malam raya pun masih belum siap2 persiapannya.
kawan2 rapat tentu dah tau kereta aku kena major operation. spare part punya la payah nak dapat dan tersangat la mahal. setelah dua kali bertukar pomen, akhirnya kereta siap pada selasa malam rabu. itupun selepas peraabis lebih rm5000. ingat dah lega, sebab test drive dengan pomen dan seorang kawan pada malam rabu tu memang memuaskan. kami lenjan sampai awan besar, dan pukul 3 pagi baru balik rumah.
hari rabu aku dah start cuti, ingat lepas basuh kereta nak balik kampung. tapi, brek jammed. kalau tekan brek lama2 ia akan keras. kalau brek jammed camana nak balik kampung yang sememangnya jammed. aku pulak kereta kia auto. call balik mekanik yang repair, dia dah on the way balik kampung. panggil kawan mekanik aku datang rumah, katanya satu wayar dipasang terbalik.
since adik aku hanya balik berdua, aku sekeluarga tumpang je. senang. boleh gilir2 drive dan save minyak dan tol. nak raya nanti even 'patah kaki' sebab kereta takde, aku kena redha je. kereta adik-adik aku ada. paling senang kereta akak aku. heh.. biasanyapun kereta akak aku jadi mangsa kalau kami keluar ziarah saudara mara.
aku dah janji dengan mak aku nak balik awal, tapi dengan kereta bermasalah janji tinggal janji. aku sebenarnya dah dapat cuti raya dari selasa petang hingga jumaat minggu depan. dah balik dengan adik aku, rasanya awal la aku balik klang. adik aku raya sampai ahad je sebab isnin dia dah kerja, banyak tempahan catering raya.
kawan2 yang tinggal atau tersampai ke area jerantut, pahang tu kalau senang2 singgahlah rumah ayah aku di kampung batu balai. malam raya pertama kami buat sate. yang nak beraya rumah aku di klang, selangor tunggulah aku balik. ingat nak buat mini rumah terbuka tahun ni, tarikh nanti aku bagitau. yang confirm cuma hari sabtu.
oklah, aku tak pasti boleh berbroadband atau tidak di kampung sebab line dia memang tahap kambing. jangan kata kat kampung, minggu lepas hampir seminggu aku tak beronline sebab internet kaput. bila call '123' macam2 diorang advice suruh buat, tapi line takde jugak. menyampah dengan service, aku ke maxis bukit tinggi. mula2 dia kata kad rosak. tukar kad baru. test pun takde line. kemudian dia kata modem aku rosak. since aku pakai modem sendiri, dicadangkan tukar modem maxis. dah tukar modem, dinasihatkan tukar kad baru sekali lagi. yelah, aku tukar kad baru dan modem maxis. melayang rm100 hengget. kata servis akan ok dalam 24 jam, tapi beberapa hari baru boleh online. itupun selepas aku buat aduan dan kata nak tukar rangkaian lain. servis cam cipan afrika betul! aku malas nak tukar line lain sebab senang sebab bil sekali dengan bil telefon aku. alhamdulillah semua dah ok. kalau tak ok jugak, memang confirm aku tukar line celcom.
oklah, nak solat dan bersiap untuk balik. adik aku katanya nak datang jam 4pm, harap2 cepat. lagi lambat, lagi membebel mak aku karang. berbuka memang sah dalam kereta hari ni.
kepada semua sahabat beragama Islam sama ada kenal aku secara peribadi, kenal di alam blog, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Moga hari raya ini mendatangkan seribu kebahagiaan buat kita semua. aku doakan semuanya berjalan lancar seperti diharapkan. berhati2 dijalan raya, semoga kita semua selamat tiba.
1 comment:
Selamat hari Raya to u & family
Post a Comment