Monday, September 6, 2010

Genap 7 Tahun Berkahwin

Alhamdulillah, hari ini (06/09/2010) genap usia perkahwinan aku TUJUH tahun. Syukurlah atas usia perkahwinan yang makin hari makin bahagia ini.

ye, apalah sangat 7 tahun berbanding 17 tahun atau 27 tahun atau 177 tahun perkahwinan. aku setuju, tapi buat aku, usia perkahwinan ini sangat sentimental dan patut dibanggakan. ala korangpun jangan kutuk aku lebey2, ramai antara kita pun bukan takat ingat berapa tahun kawin, ulang tahun bercouple pun dok counting dalam blog dan facebook. anyhow, pada aku ia suatu yang positif.

Syukur, dalam perkahwinan aku ini, aku telah dikurniakan TIGA anak; 1 putera dan 2 puteri. 3 cukup? rasanya tak cukup lagi, ingat kurang-kurang nak LIMA anak. isteri tu biarlah SATU cukup.

dalam berumahtangga, tok sah dok tipu kalau tak ada bermasam muka. aku pun sama, apatah lagi karekter aku dah isteri sangat2 berbeza. syukurlah isteri sangat2 memahami aku, yang aku sendiri rasa banyak kerenah ini. di awal perkahwinan, disebabkan kami tidak mengalami proses bercinta, tengok wayang, dan sebagainya, memang kami tidak mengenali hati budi masing2. dalam masa pertunangan 6 bulan, rasanya 2-3 tiga kali sahaja kami berjumpa. itupun kakak aku temankan. ala, akukan pemalu (apsal aku nak muntah ni. tolong jangan muntah, nanti batal puasa).

jadi pada 5 september 2003, kami diijabkabulkan. majlis pada 06/09/2003. err... aku lebih selesa anggap usia perkahwinan bermula 6/9/2003 sebab pada 05/09/2003 tu cuma akad nikah mengesahkan perhubungan, lepas akad nikah kena balik tidur sorang2 jugak. kehidupan berumahtangga bermula pada 06/09/03.

aku ingin rakamkan perhargaan TERIMA KASIH yang tak terhingga pada isteri, Nik Nor Faizar yang terus-menerus menyayangi aku. aku tak malu menyatakan bahawa zaman bujangku banyak scandal. bercinta dengan budak sekolah, kerani, toll gate girl, bini orang, pekerja kilang, kawan seopis, dan sebagainya (razman, tolong jangan buat pendedahan lebih2). so what! dah namapun orang bujang, lantak akulah nak bercinta dan berskandal dengan sape2 pun.

bila menamatkan alam bujang, sedikit sebanyak ada aku terbandingkan dengan isteri. akupun manusia normal. tapi, sedikit demi sedikit aku ubahkan diri. dan isteri tetap tabah melayan karenah aku. satu yang aku tak boleh lupa dan rasa bersalah pada isteri ialah pasal makan. disebabkan kami tak pernah bercinta, dan isteri tidak dapat rentak memilih dan memasak makanan kesukaan aku (akupun tak crita), aku pernah meninggikan suara pada isteri.

situasi 1 :

suami : "Ni, lauk ada 3-4 jenis ni; ayam goreng, ikan masak merah, sotong goreng petai, telur goreng. sayur kangkung belacan, sayur campur lagi. telur masin, ikan kering. ingat abang ni pegawai daerah ke nak makan banyak2 ni"
isteri : (hanya diam, dan air mata berlinangan)

situasi 2 :

suami : "ni, lauk ayam goreng dengan telor goreng. sayur pucuk paku. ikan kering. ingat abang ni peminta sedekah ke nak makan macam ni".
isteri : (hanya diam, dan air mata berlinangan).

sesungguhnya, usia perkahwinan mematangkan hubungan. syukurlah juga Allah hanya menyurniakan zuriat setelah usia perkahwinan kami 6 bulan. rahsia Allah barangkali yang ingin kami hidup lebih akrab dan saling berkomunikasi sebelum menyurniakan kami anak. dan, dalam usia itu, aku sebenarnya cuba menjadi suami yang baik. aku kata aku cuba sebab sebelum itu aku tak pernah bernikah, ini perkahwinan pertama bagi kami. semuanya melalui pengalaman hidup bersama.

syukur, diawal perkahwinan, dengan niat mencari keserasian jitu, hampir saban bulan kami akan bercuti bersama, even sekadar ke genting highland dan port dickson. dan hari ke sehari, perkahwinan bertambah rukun. dan, alhamdulillah bila isteri disahkan mengandung, kami sebenarnya telah telah menjadi satu keluarga yang sangat utuh.

entry ini bukan niat untuk mendabik dada menunjukkan aku lelaki baik atau hebat, atau suami yang terbaik. ia sekadar rakaman sebuah perhargaan kepada isteri yang banyak berusaha membantu aku membina ikatan perkahwinan ini. aku tak malu cerita sebab ia sudah berlaku, dan aku harap ia menjadi suatu teladan kepada kawan2 yang baru nak mendirikan rumahtangga.

dan, aku sangat2 bersyukur dan mampu mendabik dada bahawa diusia perkahwinan ini, aku BELUM pernah curang (dan berharap tidak akan curang).

moral of the story :
1) sayangilah suami/ieteri anda seadanya.
2) Hubungan perkahwinan dibina oleh kedua2 pihak.
3) Jangan curang dalam perkahwinan, kalau gatal nak menikah lagi, minta ijin isteri (he.3x).

10 comments:

Ms.Lilies said...

hepi eniverseri to both of u....jgn nakal2 ahaks!

nurayunni said...

tahniah..semoga bhagia hingga hujung hayat...

Unknown said...

wahhh.. tahniah...


7 tahun itu satu pencapaian... :)




hepi eniberseri

crayonhijau said...

Hepi anniveseri...
blh jadi panduan untuk org bujang cam saya ni..
heheh

Cheritera Kami said...

wah..byk skandal ye bang...pape pun moga perkahwinan abg n kakak senantiasa dlm rahmat dan lindungan Allah...amin...

adie said...

hepi aniberseri bro. tarikh akad nikah dan tarikh bersanding bro sama ngan kita lah. kami pun 7 tahun jugak.

Rayz said...

Wei... asal cite pasal sekendal jer ko sebut nama aku... asal sekendel jer ada nama aku...

Ko kena bersyukur banyak2x sbb dapat jodoh kat Faiza...

Nasib baik pak ko bijak... Kalau ikut selera ko ... aku x leh fikir 'ending' jadi macam mana.

suriani said...

hepi anniversary to you..
semoga kekal ke akhir hayat..

Abam Kie said...

Tahniah! selamat hari raya, maaf zahir batin. saya baru nak kahwin raya ke3 nanti..ada petua ke utk mengekalkan kerukunan rumahtangga? share with me, pls..TQ.

E-na Zarina said...

congrate! happy 7th anniversary to both of u...semoga sihat selalu, lebih tabah menghadapi ranjau duri kehidupan berumahtangga dan bahagia selamanya..amin.

psstt : sorry flight delay tu yg lambat wish...;-p