Alhamdulillah, setelah diperjuangkan sekian lama oleh beberapa pihak, akhirnya HARI MALAYSIA telah direalisasikan. 16 September 1963, itulah tarikh keramat apabila Sabah, Sarawak bersatu dengan Persekutuan TAnah Melayu membentuk GAgasan Malaysia.
Sebelum ini tarikh penyatuan ini tidak kita endahkan kerana kita lebih mengagungkan tarikh keramat 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. bila sabah dan sarawak bergadung dengan Tanah Melayu, tarikh penyatuan tersebut seolah tidak penting kepada kita. Alhamdulillah setelah lama terleka, akhirnya PM kita telah membuat langkah bijak dengan memashurkan tarikh keramat penyatuan itu sebagai Hari Malaysia dan sebagai cuti umum yang patut diraikan.
dalam membentuk negara Malaysia ini kita terlepas Brunei yang tidak mahu bersama2 membentuk Malaysia. Singapura pula akhirnya disingkirkan dari gagasan Malaysia kerana terlalu keras kecinaan dan mahu hak istimewa orang Melayu dihapuskan. biarlah, kedua2 negara tersebutpun sudah berjaya.
dalam membentuk negara Malaysia ini terutama melibatkan sabah dan sarawak, kita tidak boleh tidak menganggap mereka juga setaraf dengan kita. semenanjung tidak boleh kata mereka lebih berkuasa dari sabah dan sarawak, even kerajaan Malaysia berpusat di semenanjung. heh.... bayangkan kalau sabah dan sarawak dikuasai parti selain BN, confirm kerajaan pusat akan dikuasai oleh pihak satu lagi. oleh itu aku mengharapkan lebih perhatian diberi kepada kemajuan dan kebajikan sabah dan sarawak. jika kita sambil lewa, takut2 kes2 lampau yang menggugat kerajaan pusat seperti hasrat keluar dari Malaysia akan berlaku lagi. dengan sumber bumi dan keluasan yang besar, tak mustahil ia berlaku jika kerajaan pusat buat endah tak endah.
dalam pada itu, aku rasa sampai masanya penduduk sabah dan sarawak juga patut memansuhkan peraturan lama yang menghalang integrasi antara semenanjung dan sabah dan sarawak. sesiapa ke sabah dan sarawak pasti tau bahawa kita dari semenanjung bukan sebahagian dari mereka. kita seperti orang bangla yang datang ke malaysia. kena isi declaration, tak boleh overstay, tertakluk kepada ordinan2 tertentu seperti perburuhan dan sebagainya. selaras dengan konsep 1Malaysia, perkara2 yang menghalang penyatuan semenanjung dan sabah sarawak hendaklah dikaji semula.
dalam menyambut hari malaysia pada hari ini, hati aku tiba2 rasa kurang senang bila terbaca blog kawan2 yang menceritakan bahawa nama "MALAYSIA" ini diasaskan oleh YAhudi Freemason. katanya penubuhan Malaysia ini telah dirancang oleh amerika sejak tahun 1889 lagi dengan terjumpanya pelbagai dokumen. malas aku nak ulas, siapa nak baca tu korang google je 'agenda disebalik penubuhan malaysia'. dalam isu yahudi ni aku tak mau komen lebih2 sebab even negara mereka sebesar tungau, kekuatan mereka ada diseluruh dunia.
kepada semua warganegara MAlaysia, selamat HARI MALAYSIA. marilah sama2 kita memelihara hari penyatuan ini dengan penuh rasa syukur kepada Allah. dan berusaha memelihara kesepakatan ini sehingga kiamat.
3 comments:
Aku bangga menjadi Rakyat Malaysia !
ya!!bangga menjadi anak malaysia!
rays aka razman,
syukurlah, ko ngaku org malaysia. aku ingat dah jadi orang ....... he.he.he..
Post a Comment