Sunday, September 19, 2010

Jamuan Aidil Fitri 2010

semalam (18/9/2010)aku telah mengadakan sedikit jamuan aidul fitri buat rakan2. kecil2an sahaja. secara ikhlas inilah majlis jamuan hari raya yg paling besar pernah aku buat untuk kawan2. biasanya mana2 kawan nak datang, aku setkan masa dan masak sedikit makanan untuk mereka selain menjamu kuih muih raya.

aku sebenarnya nak buat 25/9/2010 sebab ingat nak ajak akak aku datang tolong. tapi kawan2 jenis tak sabar nak datang rumah. biasalah bergossip. ala, sebelum menahan dari mencaci dan megutuk orang, nak datang ajak aku buat dosa la tu. insaflah sahabat, tolong jangan jumpa aku mengata orang. berdosa.

Plan awal ingat nak buat rumah terbuka dari jam 10am hingga 6pm. tapi terpaksa delayed. jam 12 tengahari baru pintu pagar rumah dibuka. biasalah hanya satu tukang masak, iaitu isteri kesayangan yang buat semua. aku hanya tolong yang mana patut je seperti menyusun kerusi, potong2 dan sebagainya. bersengkang mata isteri aku memasak, jam 3pagi baru siap memasak. lepas subuh sambung memasak sampai pagi. aku? macam aku cakap, aku tolong mana patut la, biasalah suami mithali.

kalau diikutkan hati memang banyak nak dibuat untuk jamuan raya tu. tapi budget ciput, kederat jugak terhad; buat mana mampu je. ada kawan2 yang mintak nasi biryani, kambing panggang, sate, lontong dan sebagainya. tapi aku cuma cakapkan pada mereka " korang nak gaji tak bulan ni?". semua akur dan terpaksa berpuas hati dengan apa2 hidangan yang aku buat. korang ingat rumah aku rumah ahli politik ke nak buat semua.

macam aku bagitau tadi, jamuan ala kadar je. wife masakkan laksa penang,dan mee bandung muar sebagai hidangan utama. untuk tidak menghampakan rakan2 yg suka sate, aku minta wife sediakan kuah kacang dan nasi impit. ada niat nak tempah sate, tapi janda muda tokey sate tu masih beraya sakan. sate janda muda tu pada aku the best in port klang, some say in klang too. sate dia cukup rempah, cukup manis dan cukup berisi. berisi? aku cakap pasal sate la, bukan pasal tokey sate.






majlis bermula jam 12 tengahari dengan terjahan rakan2 sekilang. ada yang bekerja hari tu datang tengahari. adaa juga rakan2 lama yang dah bekerja di tempat berhampiran juga datang. terima kasih. yang kelakar, ada kawan cina sebelum mereka datang rumah, sempat call aku tanya kena bawak apa2 tak. err.... kalau majlis kawin tu biasanya kena la bawa hadiah atau 'salam berisi'. ini jamuan raya, aku hanya ajak makan. eat dan go. menurut kawan ini, inilah kali pertama dia dijemput ke majlis hari raya orang Islam. heh... nampak sangat konsep 1Malaysia memang kureng dalam diri kita semua.

ramai ke jemputan? tak ramai. dalam 50 orang je. ada yang kata aku ajak2 ayam dalam facebook. bukan ajak2 ayam, aku dah tulis siapa nak datang kena sms atau call. aku bukan artis nak ajak semua orang datang. lagipun dalam fb tu rata2 tinggal jauh dan rata2 masih beraya di kampung. dan syukur dari 50 orang (keluarga) yang dijemput 47 datang. 3 tidak datang kerana kenduri kahwin dan masih dikampung.

secara jujur aku tak terasa hatipun pada kawan2 yg tak datang ke rumah aku. masing2 ada komitment (atau mengelak ke rumah aku?). tak rugipun. kalau tak datang, lagi aku tak terasa terhutang budi. kalau yang datang tu, ada la sedikit belas kasihan dan semangat persahabatan. kalau2 ada majlis, nak tak nak aku memang kena hadirkan diri. yang culas datang rumah aku tu, sendiri mau ingat la. ha. ha.ha.... (sambil gelak gaya orang jahat).

macam aku cakap, kita cuma plan tapi Allah menentukannya. jamuan makan raya tu didatangi tetamu bersilih ganti. masa tamat dilanjutkan ke malam kerana ada tetamu yang minta datang selepas maghrib kerana berpuasa enam. ada yang datang lewat kerana ada majlis jamuan raya ditempat lain dahulu. ok, even lewat tapi korang sanggup datang; aku hargainya.

memandangkan makanan aku tak masak sekaligus, bila dah kurang, isteri akan celurkan mee dan laksa dan buat kuah baru. senang sebab semua dah disediakan lebih awal. dan syukur tetamu aku tak dihidangkan makanan dari pagi.

even badan agak penat, isteri yang terlebih2 penat(nanti abang urutkan ye...), aku cuba buat dan layan tetamu dengan layanan terbaik. dan akhirnya, majlis berakhir setelah tetamu terakhir dan keluarga balik dalam jam 11.45pm. bila tetamu balik, kena kemaskan balik meja kerusi. bawa masuk barang2 dalam rumah, kemaskan, basuh yang mana sempat. yang besar2 tu aku letak tepi dulu, basuh pagi esok. penat la.



kepada semua sahabat yang datang ke rumah, TERIMA KASIH kami sekeluarga ucapkan. yang tak hadir tu, may be tahun depan boleh datang. mana yang terkurang manis, atau terlebih masin tu kami minta ribuan ampun dan maaf.

2 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

Tahniah... murah rezeki wooo wat jamuan cenggini utk tetamu. Aku x penah buat sbb malas tapi kalo pikir-kn pahala & berkat tur... wallahu Allam. (takde kederat woo...bkn kedekut!)

Dh urut bini? sian.. penat die taw!

Anonymous said...

salam..selamat hari raya...walaupun ala kadar tapi nampak mewah jugak tu...kat pakistan yang banjir tu barulah dikira ala kadar..hehe