Saturday, May 22, 2010

Kopitiam Pak Li (Bandar Bukit Tinggi, Klang)

hari ni (22/5/10) atas alasan kerja mendesak aku ke pejabat, biasalah jam 11 pagi baru aku pegi. itupun selepas membeli sarapan untuk keluarga. pegi pejabat, kawan2 sepejabat ramai yg datang kerja. biasalah hujung bulan, banyak report yang kena siapkan. kalau ikut official, kami kerja 5 hari seminggu je. tengah syiok kerja, dah rehat makan tengahari. kawan2 ajak gi makan kat luar. ako on je. lagipun ada banyak menda nak borak. kami ke Kopitiam Pak Li.

Kopitiam Pak Li terletak di bandar bukit tinggi klang. ini kunjungan ke tah berapa puluh bagi aku, kali kedua bagi azmir dan kali pertama bagi saiful. ish.ish.ish.... ulu betul saiful ni. aku cam biasa dapatkan cendol durian. err.. itu untuk perbuka selera je. untuk menjadi alas perut aku hainanese chicken chop with fries. ini kali pertama aku makan menda ni sebab aku lebih sukakan black pepper chicken chop dia. aku tak pilih sebab ada nasi. aku dalam diet, so jadual aku hari ni tiada nasi (err... nampak sangat menipu aku ada jadual diet). untuk menghilangkan dahaga, aku pilih tembikai ais. dah bosanlah bedal cappucino dan mocha.



si azmir pilih hainanese chicken chop dengan nasi. dan saiful makan mee udang. sebab dia tembolok besar cam aku jugak, dia turut makan set tuna toast. kedua2 mereka pilih soursop juice. aku takat durian belanda ni tak heran langsung, kecik2 dulu bukan setakan makan tak habis2 sebab makcik aku ada pokok ni, tapi siap guna buah durian belanda ni buat baling kambing jiran. yang lagi kelakar, si saiful tu buah durian belanda pun tak kenal. nampak sangat dulu datang malaysia naik sampan dari kepulauan malbari.


apa2pun, pada aku menu di kopitiam pak li tidak menghampakan. that's why aku jika ada duit lebih akan datang sini. hari ni hati aku gembira, so aku kena makanlah lebih sikit. kenapa gembira? ADALAH!



oh ya... kenapa yang berminat nak cuba, ini alamatnya :-

Pak Li Kopitiam
42-A-0l; Lorong Batu Nilam 3A
Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

2 comments:

ILA said...

selang 5,6 langkah OFIS BARU AKUU OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!seminggu 2,3 kali kita orang lepak kat sinii..syodapppp!!

Nur a.k.a admansyah said...

bestt... mcm JJCM ler ko nie!!! kalo serena ridzhuwan beranak nanti, boleh ler ko isi kekosongan jawatan tur yea? hehehe