Friday, May 28, 2010

Bukan Melayu Kalau Tak Hasad Dengki

Hari ni aku ada urusan luar bersama si saiful. urusan dia sebenarnya, tapi aku kena turut serta sebab tandatangan aku diperlukan. heh.. cam artis pulak. bezanya artis tandatangan autograf, aku takat tandatangan form je. ok la tu...

sambil2 melihat saiful membuat kerjanya, aku berbual2 dengan seorang pengawal keselamatan disitu. saje borak2 kosong. dia tanya aku kerja mana, aku jawab je lah. bila dia tau aku kerja kilang cina, di guard tu dengan sini bertanya "cina tokey abang tu ok ker?". aku cakap ok jer, lagipun aku cerita kat dia aku dah ikut tokey to dah lebih 6 tahun. dia cakap baguslah tapi kena hati2 sebab pada dia semua cina kuat menipu. paling syiok aku tertarik dengan frasa atau bidalan dia untuk merujuk sikap bangsa di malaysia.

begini katanya;
Tak Cina Kalau Tak menipu Kerjanya,
Tak India kalau tak mabuk Tabiatnya,
Tak Melayu Kalau Tak Hasad dengki sifatnya.


err... aku malas nak komen panjang. aku secara jujur tak pernah kerja dengan melayu. dan tabiat menipu, mabuk dan hasad dengki ni adalah sifat universal. tak ada kaitan dengan bangsa. kalau nak kata pemabuk tu india je, memang tak tepat la sebab melayu muslim pun ramai yg kaki langgak. bagaimanapun aku setuju yang orang india kalau mabuk memang sadis. kat kampung aku dulu orang india yg rata2 dari estet mabuk di kedai2 cina memang biasa kami tengok. padahal bukan minum sebotol todi pun, takat segelas dua je. sampaikan ada dibuat bidalan untuk menerangkan betapa berlebih2nya mereka itu iaitu "Minum secawan, mabuk sebotol".

bab2 menipu ni semua bangsa sama je. yg bukan Islam tu lantak pi dia lah. yang aku heran ialah orang Islam pun kuat jugak menipu. bukan takat individu, bank kita pun kuat jugak menipu. nama je Islamik tapi caj macam2. tulislah macam2 nama arab untuk menghalalkan komisen, riba dan sebagainya. cakap Yahudi riba, korang pun sama je.

ha... yang last tu aku setuju. melayu memang tak leh dari hasad dengki. kawan naik pangkat dengki. anak jiran masuk universiti dengki. orang berniaga berjaya pun dengki. memang sifat tu sesuai untuk bangsa melayu. betullah cakap brader guard tu "Tak Melayu Bangsanya kalau tak hasad dengki sifatnya".

7 comments:

Relevan said...

yer..Tak Melayu hilang di dunia..

Terkini : http://relevansokmo.blogspot.com/2010/05/senyum-dipagi-hari-jumaat-bola.html

Ms.Lilies said...

correct!!
skrg ni makin menjadi2 pulak

Nur a.k.a admansyah said...

sama-lahh... aku pun keja di hr cuti nie.

aku mmg tak penah keja ngan sykt M, jadi aku takde kena mengena dgn citer ko nih! hehehe

eeeda said...

Tambah satu lagi...org ramai kwn pun dengki...tahu lah sebab keja dikelilingi kwn2 melayu...bos pun melayu...

Sally said...

Hmmm..setuju..setuju.. dan setuju.

ckLah @xiiinam said...

Hmmm, ckLah pernah menjadi mangsa dengki orang...hampir dua tahun menderita sakit, dan merata rata mencari medium penyembuhan.


...apa-apapun, ckLah JAwa!

Mak Su said...

susahnyer ek nak maju, asik dengki jer