masih terpengaruh dengan produk permata hijrah, aku jadi tak kesabaran dan akhirnya aku dan saiful mengambil keputusan membeli spek pengurut mata (permata terapi)dan ubat mata (penawar terapi siang malam) satu set seorang. nak kongsi2 tak mainlah, he.3x... dah start guna, kita tunggulah hasilnya. kalau dapat tak perlu pakai cermin mata lagi baik, tapi kalau tak dapat, at least dapat kurangkan power spek ke tahap paling minimapun dah Ok.
aku dari sabtu kat kuantan, pahang. bercuti. entah sejak kebelakangan ni asyik nak cuti je, minggu lepas dah balik jerantut dan ke lanchang tengok gajah. tak pe, budget murah je. malam semalam hasrat ke east coast mall terbantut, jammed packed. aku malas nak menunggu, dan akhirnya aku dibawa adik aku si imran ke pasar malam di jalan gambut. argh,... rindu jugak kat kehidupan di kuantan ni. dulu2, selain kuala terengganu, disinilah aku membujang. banyak kenangan di kuantan ni.
pagi ni ingat nak gi bukit gambang water park. kena tengok cuaca dulu, ok kalu boleh pegilah. hujan kalu, sendri mau ingat la...
oklah. hari ni adalah 16 MEI 2010. HARI GURU. kepada semua guru yang pernah mengajar aku dari tadika damak, sekolah menengah damak, sekolah menengah padang saujana, sekolah menengah jerantut hingga universiti utara malaysia; aku ucapkan jutaan terima kasih. budi dan jasa anda tidak terbayar dan tidak terbayar wahai guruku. apa yang mampu aku mengenang cikgu2 ialah dengan mendoakan kesejahteraan anda di dunia dan diakhirat.
kepada rakan2 sekolah dulu yang majoritinya dah menjadi warga pendidik seperti mahadir jaafar, napisah sidek, sabrihidin man, tok mat, raja zarina (dah berhenti cikgu dan ikut suami belajar ke jepun), rosli nor (nix) dan ramai lagilah. dulu, ngata cikgu garang, sekarang dah jadi cikgu ni macam mana rasanya.
apapun, kepada semua warga pendidik "Selamat Hari Guru"
2 comments:
Jasa GURU terlalu banyak. Dan ramai yang menumpahkan air mata kerana murid
selamat hari guru buat semua yang sedang membaca blog izman
Post a Comment