sebab aku masih dalam mood temuduga, aku nak cerita kisah temuduga lagi. err... bukan aku ke temuduga kerja di syarikat lain yer (err... ada syarikat lain nak ambik aku ke?). tapi tadi aku mewakili syarikat untuk temuduga pengambilan pekerja asing di kementerian dalam negeri (kdn) putrajaya.
kat syarikat sekarang ini kali kedua buat aku. dulu bagi cawangan lain, kali ni untuk cawangan lain. dan alhamdulillah, kami dapat 100% daripada jumlah pekerja yang kami mohon. syukurlah! ia sedikit sebanyak dari persiapan awal dan dokumen2 yang dibawa adalah lengkap.
bagi kawan2 yg bukan HR yg tak tau kisah ni ujung pangkal, biasanya dalam interview kdn untuk mendapatkan pekerja asing, kdn agak sukar meluluskan jumlah yang diminta atau yang telah dirujukkan oleh jabatan tenaga kerja. contohnya, syarikat dapat kelulusan 50 orang daripada jabatan tenaga kerja, tapi kdn cuma luluskan 5 orang je. tu biasa sebab kdn yg berkuasa atas budi bicara mereka dan merujuk penjelasan dan bukti dari majikan.
dalam kes aku, kami minta 40 orang aje, dan alhamdulillah setelah menerangkan kepentingan tenaga kerja asing kepada kami yg berorintasikan eksport dan kekurangan tenaga kerja tempatan, kami dapat 40 orang. entahlah, aku tengah fikir nak ambik vietnam, myanmar atau nepal. susah2 sangat ambik je dari pelbagai negara sumber, ia dibolehkan. tukang jahit aku nampak vietnam the best. tukang kimpal yg lebih lasak, myanmar lebih sesuai. nak loyal kepada syarikat nepal ok, tapi kalau dapat orang moist yg pro komunis nayalah syarikat.
ok berbalik cerita temuduga. aku bukan nak cerita sangat pasal aku temuduga tu, aku nak cerita dan nasihat kepada para pencari kerja diluar sana agar tidak lupa bersedia dan menyediakan dokumen untuk membantu anda mendapat kerja dan gaji lebih baik.
aku setuju bahawa rata2 orang melayu akan cakap gaji mereka lebih rendah berbanding rakan setaraf mereka yang berketurunan cina atau india. aku setuju. sebab? orang melayu sambil lewa (itu bahasa lebih sopan, aku sebenarnya nak cakap orang melayu sebenarnya bodoh). sambil lewa maksud aku tidak prepared, last minit punya planning, atau ambik mudah, atau memang jenis tak peduli.
kenapa aku cakap begitu? sebab dah tau nak cari kerja, tapi cuma bawa telur. langsung tak bawa dokumen berkaitan. masa interview bila ditanya jawapan standard mereka:
1) tak bawa la, ada kat kampung.
2) dah hilang masa pindah rumah dulu.
3) Oo... saya tak tau pulak kena tunjuk sijil.
4) ala sijil tak penting, saya yakin saya boleh jadi pekerja yang bagus nanti.
aduii.... tak bawa dokumen penting camane pihak syarikat nak bincang gaji lebih baik. ada yg tulis gaji masa kerja di sykt sebelumnya beribu ringgit, tapi tak tunjuk rekod langsung sebab cuma bawa telur, korang sendiri fikirlah ada ke orang2 HR nak pertimbangkan gaji tinggi. kalau aku dapat jenis macam ni aku bagi gaji basic je.
lagi satu tabiat yg aku benci ialah bawa dokumen tapi tak bawa salinan. ye, kami tengok original, tapi kami juga kuli macam anda, kami rekomenkan anda jawatan dan gaji tapi kami kena beri sebab untuk justifikasi kami. kalau ada salinan sijil tu senanglah kami dapatkan anda gaji lebih baik. tak kan kami pulak kena photostatkan sijil2 tu untuk anda. kalau dapat HR baik cam aku (uweekkk) sesekali tu aku tolonglah, tapi kalau jenis yang cerewet, aku yakin borang anda akan dibakulsampahkan. percayalah, HR juga manusia macam anda, ada temper tersendiri (ego?).
pun begitu, aku juga setuju bahawa kriteria gaji juga disesetengah syarikat bergantung kepada warna kulit, hubungan persaudaraan, ada orang hubungan, kecantikan, kesolidan body dan bentuk fizikal. aku tidak menyokong diskriminasi, dan aku harap anda juga begitu.
4 comments:
payah gaks nak fikirkan ni.... tak per ler, saya fikir cemana cara nak menjadi taukeh pulaklah... hihihi, verangan
betui sgt kata2 u ni...
mana majikan nak amik pekerja yg ala2 je semuanya, kan?
Izman, itu belum lagi cerita bila buat ceramah kerjaya!.. kita boleh tengok reaksi yang berbeza dari pelajar berkulit sawo matang dengan pelajar berkulit cerah & gelap.
Pelajar kulit sawo matang buat endah tak endah sajer nasihat atau tips yang kita beri. Macam datang ceramah pun sebab terpaksa!.. tapi sikulit cerah & gelap siap tanya tips macam-macam lagi!...
Itulah yang kekadang nekcun rasa sedih. Niat hati nak tolong anak bangsaku kerana kalau bukan kita yang tolong, sape lagi nak tolong... nak harap sicerah dan sigelap, belum tentu mereka sanggup nak tolong... tapi bila anak bangsaku sendiri tidak mahu membantu diri mereka sendiri, macam mana?... eeeemmmm...entahlah!...
Sangat bersetuju !
Sebab Abang Long dah ada pengalaman temuduga di hampir 200 buah syarikat.
Post a Comment