hari ni sakit kepala buat payroll dah abis, tapi kena attend audit dari auditor luar pulak. since aku jaga payroll, kena menjawab jugak le esok. yang penat sebab kena jawab untuk 5 company, dan payroll sepanjang tahun 2009. since, kerja aku rasanya takde masalah, tak perlu nak stress apa2 la. diorang tanya, aku jawab.
tapi, since audit esok aku dah awal2 mintak senarai apa yg diorang nak dari department aku. so, dalam jam 545pm; sepatutnya waktu kerja dah abis tapi aku fikir nak stay kejab. siapkan dokumen yg diperlukan. tapi perut pulak cam lapar je (cam ne aku nak diet ni). since ada subahat (sahabat yg sama-sama bersubahat), aku ajak mengeteh dulu. otak akan bekerja lebih baik kalau disi kenyang perut.
kami pergi 4 orang. kebetulan masing2 ada komitmen kerja jugak dan may be kena stay. salah sorang tu kata dia may be stay sampai 11pm kerana dia kena selia mesin yg tengah direpair (nampak sangat kami kerja melihat je. heh!). oklah, masing2 kena komited pada kerja. dalam perjalanan nak pergi minum tu tiba2 henset kawan aku tu berbunyi. dah berbunyi, dia jawab la... sekali wife dia daa....
sebab dia guna volume suara yg kuat, kami dapat dengar apa yg dia dan wife dia perkatakan. aku malas cakap la pasal wife dia suruh dia singgah kedai beli lauk. kami tergelak pasal satu kod rahsia yang digunakan oleh para suami isteri yang nak cakap dia dah bersih.
bersih? woi arion! tak kan aku kena cakap lagi jelas kot? aduyai.... standard darjah 3 anggur la korang ni, itupun tak faham. bersih..... ala bersih dari haid la. korang ni buat aku malu la nak cakap menda2 sensitif orang perempuan ni. err... tapi pompuan sekarang ni aku nampak dah tak malu pun nak cerita menda2 sensitif ni even di tivi. dulu semua tu taboo; kini dah open je. ye lah... iklan ubat ketiak dah buleh tunjuk ketiak, iklan tuala wanita pun dah boleh tunjuk ...... err... tunjuk tuala wanita la. heh! gila ape nak tunjuk part tu, nak mampos! malah penyanyi kesayangan aku, yuna pun tanpa segan silu beriklan mengenai tuala wanita dan betapa selesanya dia dengan tuala wanita yang diberikan percuma oleh sponsornya (mesti lumayan tu).
err... apa dah lari tajuk? ok, mari kita kembali ke jalan yang benar. maksud aku ke jalan cerita yg aku cerita tadi. cerita ape? ala kalau itupun dah lupa, ini tentu korang dah banyak minum air ada semut ni. rujuk je kat atas, malas aku nak cerita balik.
kawan aku dan isterinya bercakap dalam bahasa kod rumahtangga. aku yakin mereka gunakan kod sebab mereka berborak dalam lingkungan kawan2. nak borak diam2 atau jauh2 tak boleh sebab dalam kereta. jadi pilihan yg ada ialah gunakan bahasa kod rumahtangga. ini antara kata2 mereka yg kami dengar. kami bukan curi dengar ye sebab memang dia memang cakap kuat dan guna volume yg kuat.
isteri kawan aku: abang lewat balik ke malam ni?
kawan lelaki aku : lewat sikit la yang, ada mesin nak kena repair. kena siap malam ni jugak.
isteri kawan aku : abis balik pukul berapa?
kawan lelaki aku : entahlah, pukul 11 malam kot.
isteri kawan aku : oklah, kerja elok2. kalau dapat balik awal lagi bagus, ayang dah boleh ajar anak2 mengaji dah.
kawan lelaki aku : ye ke, dah boleh ajar anak2 mengaji la ni. nanti abang cuba balik awal sikit. ok, Assalamulaikum!
isteri kawan aku : waalaikumsalam.
kami kemudiannya pekena air dan sedikit makanan. kawan aku tu aku tengok macam gelisah je. lepas makan dan kami mula sambung kerja. ingat kami yg balik awal, tapi dia yang packing balik dulu. heh... biasalah isteri dah boleh ajar anak mengaji.
5 comments:
ala...cakap je nak ajak somi solat berimam. hehehe...
seriesss aku tak tahu kod rahsia tu Izman!!! Ishhh... tak saboX2...hek elehh..
Tapi kan Izman, aku rase kes cam tur maybe utk wife yg dok umah jer! coz kami yg `working mum' nie.. mcm tak kisah jer... ade ker tak! (rase.. tak dpt lagi baik kott coz bulih REST hehehe)
Salam singgah,
menarik..
wakakakakaka
ghau ghau.. ahaks
Post a Comment