Sunday, February 14, 2010

Balasungkawa 2 Tahun Sebagai Blogger

hari ini (14/2/2010) dah genap 2 tahun aku berblogging. ye lah aku start menulis entry pertama aku pada 14/2/2008. masa tu tak de sape2 ajar aku cara nak buat blog. aku belajar sendiri. blog ini aku buat untuk mencari sedikit pengalaman dalam internet, ala nak cari duit terpijak di internet la koononnya. itu pasal aku namakan ia sebagai izzi-income. ia bermaksud pendapatan mudah atau boleh jugak ditafsikAn pendapatan untuk izman pauzi (izzi).

heh... entry pertama ku memang skema gile, ala nak malu apekan. budak2 baru belajar. ini rupenya entry pertama aku, nak baca korang klik la link2 tu. (http://izzi-income.blogspot.com/2008/02/keperluan-mencari-wang-sampingan.html)

gaja penulisan akupun sebenarnya sering berubah2. dari gaya jiwang, kebapaan, kegatalan, kurang asam punya kata2 dan sebagainya. tengok mood dan cerita apa la.... dari yg aku sendiri perhatikan, entry aku yg paling banyak diulang siaran ialah entry berkaitan cerita hantu dari cameron highland. ini kisah benar aku sekeluarga semasa bercuti di sana. uiihh... seram bulu kaduk woii... (he.he..he...). tak pernah baca, hah... bacalah kat link ini (http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/cerita-hantu-dari-cameron-highland.html)

oh ya, dalam berblog ni secara jujurnya aku tak aktif mana pun, dan sangat sukar aku nak bertemu blogger lainnya. al maklumlah aku ni cuma kerja kilang, apalah standard nak jumpa blogger2 lain yang aku rasa lebih hebat dari aku. ish..ish..ish... dan blogger pertama yg aku jumpa ialah ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com). kemudian diikuti oleh arsaili (http://arsaili.blogspot.com). kemudian diikuti oleh abanglong (http://www.novelman.blogspot.com). dan blogger artis yg aku pernah jumpa ialah novelis terkenal hajjah kamsiah abu @ nekcun (http://www.nekcun.blogspot.com).

dalam berkawan dan dikawani, adalah juga beberapa sahabat yg sudi menjadi follower. dah alhamdulillah setelah mencekik leher beberapa rakan untuk menjadi follower, akhirnya pada 17 september 2009, dapatlah aku berbangga bahawa aku dah ada 100 orang follower. baca kat sini kalau nak tau siapa. sebagai tanda penghargaan aku berikan voucer kfc/pizza hut bernilai rm30.00 kot. cukuplah, ituje termampu. ee... ulang balik, ini link yg aku maksudkan (http://izzi-income.blogspot.com/2009/09/follower-ke-100.html).

dalam berblog, aku juga mencuba nasib dalam pelbagai peraduan seperti karangan lawak dan sebagainya. alhamdulillah setelah mencuba berkali2 akhirnya dapatlah aku menang hadiah pertama peraduan cerita anjuran joegrimjow (http://joegrimjow.blogspot.com). tempat pertama tu, jangan tak percaya! aku dapat sehelai baju MU original dan duit. ini adalah entry yg telah memaksa joe memenangkan aku, jurus tok batin tahap lapan aku bagi joe, mestilah aku menang. ini entry tu (http://izzi-income.blogspot.com/2009/04/suatu-amanah.html). berita kemenangan tu aku hebabkan satu dunia di sini (
http://izzi-income.blogspot.com/2009/06/yahoooooo-aku-menang-baju-mu.html).

lepas tu pun ada jugak beberapa kali lagi aku memang peraduan, tapi saguhati la. okla tu.... aku masuk peraduanpun suka2, saje nak memeriahkan majlis dan tambah kawan baru. memang tu kira bonuslink la..

apa2pun, kepada kawan2 yg membaca blog ini, aku harap korang sedar bahawa blog ini memang bukan tempat untuk rujukan ilmiah nak buat phd. so, gaya bahasa dan kemerapuannya memang begitulah. kepada kawan2 yg mengenali atau tak pernah kenal aku, diberitahu sekali lagi bahawa kebanyakan kisah dan watak di blog ini bersifat merapu. may be 90% dari kisah2 dan watak2 yg diceritakan adalah merapu dan dongen semata2. so, jangan perasanlah! dan akupun saje nak perasan sorang, macam hebat je!

dan sekali lagi aku ucapkan TERIMA KASIH pada semua kerana sudi membaca entry2 aku saban hari. koranglah buat aku bersemangat berkarya (dan mengarut). cuma kalau aku dah over tu, tinggalkanlah sikit komen. aku ni kadang2 lupa diri sikit.

harapan? aku harap aku masih boleh berblog sampai aku tua. dan aku berharap korang terus sokong aku. sekali lagi TERIMA KASIH!



IZZI ADVERTIZING-----------------------------

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

8 comments:

sonata anak kancil said...

suka kawan dengan awak...suka baca cite2 awak ( jika berkesempatan ) ...ok nanti kita baca yang lama2 tu...sebab nak gi kenduri kawen ni weh...

wanita mutalib said...

dah 2 tahun dah eh..
lama saya tak jenguk bang man..

arsaili said...

salam..tahniah bro..sudah 2 tahun lorrr

pB said...

cuti lama , tak kemana mana ker??


moga blog ini akan terus maju dan maju

Anonymous said...

jom buat makan2
ko belanja

Relevan said...

Tahniah izman..tentu dah menjadi jadi income izzi-income ni..

sha said...

Tahniah...teruskan berblog 20 tahun lagi..selagi x nyanyuk..

Mak Su said...

tahniah, dah 2 tahun dah :)

maksu tunggu nak gi makan sedap2 kat tempat yang selalu hang letak kat dalam blog.... hehehe