Sebelum aku sambung entry berkaitan kenangan aku kat restoran makanan segera tu, ijinkan mendabik dada sekejab sebab dapat award (tak baik riak, sebab tu aku mendabik dada sekejab je.) award ni datangnya dari sabahat senegeri kawan iaitu negeri Pahang Darul Makmur. sape? dia adalah blogger yg memakai pakaian, maksud aku memakai nick name ima shhs ( http://ima-shhs.blogspot.com ) ni ropenye award yg dia beri kat aku, sungguh aku terharu. rasanya dah dekat setengah tahun aku tak dapat award, terharunya!
secara peribadi aku tak le kenal mane dengan ima ni. aku kenal dia di alam maya jugak. belum pernah jumpa lagi (tapi Insyaallah, kalau aku ada kelapangan aku akan jumpa dia dengan family aku). dah bersuami dan ada sorang anak (tak kan sorang je??).
tentang aku? ala aku pun dah kawin, anak 2 (nak masuk 3), wife tetap sorang. tambah anak2 dah la... aku orang jerantut. hobi aku mengumpul duit2 syiling pelbagai negara. suka melancong (kalau ada duit), suka baca novel dan majalah kartun. peminat setia dragon balls. ABIS.
aku sambung bab kenangan kat restoran fast food balik yer:
Cerita 3 :
ini adalah lawak biasa aku bila kat fast food restaurant, saje nak hiburkan hati adik2 pompuan kat kaunter tu. kalau jantan, tak kuasa aku nak melayannya.
staff kfc : selamat pagi. encik nak makan sini atau take away?
aku : boleh makan kat sini ke?
staff kfc : er.. boleh encik.
aku : saya tak pernah tengok orang makan kat sini la.
staff kfc : ada encik. tu yang ramai2 tu semua makan kat sinilah. kalau encik nak bungkus makan kat rumah pun boleh jugak.
aku : saya tak pernah makan kat sini. tapi betulke boleh makan sini?
staff kfc : betul encik.
aku : ok, kalau macam tu bagi saya satu set snack plate. spicy. saya nak makan sini. bawak kerusi satu ye.
staff kfc : kerusi?
aku : dah nak makan kat depan kaunter ni, mestilah kena bagi saya kerusi. tak kan saya nak makan sambil berdiri.
staff kfc : (sedar dah terkena. kena sabar sebab manager ada kat belakang) encik ni, orang betul2 dia main2 pulak. (sambil senyum manja)
aku : ala guraupun tak boleh. (membayar dan berlalu) bye. jumpa lagi.
cerita 4 :
kat a&w restaurant, KL. aku sedang menikmati makanan tengahari bersama seorang awek (jaman bujang la..). aku ambik air root beer dan ayam. si dia ambik root beer dan onion rings. since dia tau aku tak makan bawang, si dia cuba goda aku..
si dia : izz, izz tak makan bawangkan?
aku : ermm (sambil ayam penuh dalam mulut)
si dia : kalau makan tak matikan?
aku : tak (sambil kunyah lagi)
si dia : izz...... (sambil menggoda)
aku : (terangsang) kenapa sayang?
si dia : orang kata, kalau kita sayangkan kekasih kita, kita sanggup buat apa saje.
aku : ye.. sayang.
si dia : I dengar ada orang sanggup ada yg sanggup renangi lautan api
aku : ye.
si dia : ada I dengar sanggup belah dada mereka.
aku : ye..
si dia : izz, kalau izz sayang kat I, sayang makan onion rings ni. satupun jadilah.
aku : you ni dah tak sayang izz ke? kalau nak bunuh izz bancuh jelah air sirap campur racun tikus. ini nak suruh makan bawang. no way. kalau you cakap sekali lagi pasal izz kena makan bawang, kita putus!
si dia : ok2x... I mintak maaf. Sumpah, I takkan ulang lagi pasal makan bawang tu. tolong jangan tinggalkan I (sambil menangis tersedu2)
aku : (tau takut. berani paksa aku makan bawang ye)dah, sambung makan. tak elok membazir makanan.
12 comments:
eleh menyampah.. minta makan bawang sekali pon nak mintak putus..nak manja manja pon tak boleh..
hahahahhha.....ganass bang...sebab bawang leh putus ek....cayalah...
Ketawa saya pagi ni..
i'm not a blogger.. but berminat baca story org lain.. teruskan usaha anda..
buleh lagi ko sambung makan, memang hati batu,kekekekkee.
Bersetuju dengan 'secangkir madu merah'
Mengada - ngada betul ... lain kali nak kumpul gangster nak sumbat mulut dengan bawang goreng Pakistan ...
secangkir madu merah,
bawang tu, ia boleh mendatangkan marah. saya mmg elergik bawang la kak.
-o-,
kena ganas sikit, baru macho. (konon)
caare,
syukurlah anda suka.
teruslah datang, tegur2lah kalau ada salah silap tu.
julietchun,
bukan hati batu, tapi tak nak membazir. org yg membazir saudara syaitan.
lagipun aku yg bayar tu, mahal wooo!
abang long,
jgn la cam tu... kesihanalah daku yg keturunan bawang putih, bawang merah, dan bawang besar ini. pantang makan saudara sendiri tau.
tima kasih sudi trima award tuh...:))
Post a Comment