Saturday, August 1, 2009

Anakku Warehouse Sale (31/07/09 - 02/08/09)

hari ni (01/08/09), aku sekeluarga ke anakku warehouse sale di kilang mereka di kampung jawa. ala dalam 7 minit je dari rumah aku. diorang buat sale gila baban hebatnya bagi menghabiskan stok (stok lama). since akupun nak berjimat dan wife akupun perlukan pakaian untuk baby yg akan lahir pertengahan bulan 9 nanti, inilah masa bershoping sambil berjimat.

masa aku pergi, manusia punya la ramai. parking penuh sesak. tapi dapat gak la aku parking walaupun jauh. wife dan anak2 biasalah aku dropkan dekat gudang, tak kan nak dera diorangan jalan kaki jauh pulak. berbeza tahun lepas, tahun ni diorang tak de bagi pelekat kereta anakku (Anakku baby on board).

punya la meriah orang yg datang, majoriti ibu2. kaum bapa mcm aku, kebanyakkannya kena jaga anak. untuk pilih pakaian baby, aku serah kat wife aku je. kalau aku pilih, nanti timbul isu matching pulak. aku cuma bawak dua2 anak pegi pilih botol susu dan .... (itu je). pastu aku bersila ngan anak2 atas lantai kat kawasan lapang dalam warehouse tu bersama2 beberapa orang kaum bapa menanti kaum ibu yg bershopping.

secara kesimpulannya, harga barangan adalah murah. lebih 50% lebih murah dari di pasaran. tapi stok lama la... tah berapa belas pasang pakaian baby dirembatnya. semuanya dalam budget. dengan comforter set, beg bersalin, beg pika, pakaian baby, pakaian pika, pakaian luqman, pakaian wife, set kebersihan (wet tissue, minyak hangat, syampu, bedak, cream, lotion, ect); tak sampai rm300. tunjuk resit, diorang bagi 5 kupon main games kat luar warehouse. ok lah...

ini antara shoot di warehouse sale tu, aku tak bawak camera sebab payah dengan anak (alasan). aku pakai henpon cap ayam je.





yang aku paling puas hati disitu ialah harga baby comforter set. masa gi jusco baru2 ni wife merengek2 nak beli. kat sini harganya turun dari rm89.90 kepada rm30 sahaja. berebut orang beli, termasuk aku la...



rata2 aku tengok ramai yg beli pakaian baby, dan beli katil baby serta kereta sorong baby. memang berbaloi. katil aku tak perlukan, dan stroller aku dah ada. dalam sejarah kedua2 anak2 aku, stroller tu hanya dua kali digunakan. aku lebih suka dokong anak2 aku. diorang jantung hati aku, biarlah aku dokong mereka, dan mereka akan lebih selamat didalam denyutan jantung bapa mereka (ayat bapa mithali. sape ada award bapa mithali tolong bagi aku). baby walker? aku tak pernah beli, biarlah mereka berjalan sendiri. anak kedua aku dulu lambat berjalan, dalam setahun setengah baru boleh berjalan, aku biarkan. malas aku manjakan mereka dengan walker. tanpa walker, aku tengok mereka lagi gigih belajar bangun dan berjalan. anak kedua aku, pika aku sampai bawa jumpa pakar sebab masih belum jalan di usia setahun lebih. since doktor kata normal, aku hanya bagi galakan dan bimbingan agar dia belajar berjalan. Alhamdulillah, berjalan dia biarpun lambat.

kaum hawa aku lihat paling seronok shopping. dengan pakaian anak, pakaian sendiri; semuanya disebat. pakaian dalam wanitapun ada. murah2, semurah rm5 untuk dua mangkuk (satu coli ada 2 mangkukkan?). sambil tunggu wife aku beli barang, banyak kali jugaklah terpandang mereka2 yg bukan kaum sejenis aku memilih pakaian dalam. ada yg jenis tak pemalu tu selamba je siap pakai depan khalayak ramai dan membetulkan kedudukan bukit pelanduk masing2 (diluar pakaian mereka pakai, bukan naked). aku yg ternampak pulak yg kemalu-maluan. nak buat macam mana, tempat kaum bapa menunggu mmg betul2 mengadap booth mereka. layan je lah!, rejeki jangan ditolak (rejeki kepala hotak engkau!).

dah selesai, baliklah. wife dan anak2 tersenyum irang dapat barang yg dihajati. aku? pun masih tersenyum, tapi senyum kelat sebab banyak duit abis. tak pelah, untuk keluarga, itu adalah tanggungjawab aku memberi mereka makan pakai. since ia murah, memang menepatilah keadaan status dompet aku.

6 comments:

Jard The Great said...

ahahaha... bapa mithali la hang...

RM300.. kira murah tu...

Kak Azzah said...

WOW...mmg bapa mithali betul!

izman said...

jard the great,
dalam proses jd bapa mithali la...

murah.

izman said...

kak azzah,
he.3x... (hidung dah kembang)

Caare said...

Alamak best nyer.. maklumlah pompuan.. Nape x joint minat (bershoppping).. kan lg best.. sekurg2nyer, bg pdpt.. Heheheh

izman said...

caare,
sorang minat dah la.... dua2 minat shopping, lagi banyak abis duit.