Saturday, July 25, 2009

Kecemasan & Medical Card

semalam (24/07/09) balik kerja, anak2 merengek nak makan kfc. siap cakap bulan ni belum makan kfc lagi. oh ya.. utk keluarga aku, aku cuma mampu berbelanja kfc sebulan sekali je. nak makan ayam kfc jugak hari2, beli ayam suruh ummi dia goreng dengan tepung kentucky je. tapi aku muskil, pegi genti tu baru 2 minggu lepas, masih dalam bulan julai, cakap belum makan kfc. budak2 ni....

sebab duit masih bersisa sementara menunggu gaji hujung bulan, aku cakap ok. anak2 ukan main happy. ala berapa sen sangat belanja kfc. biasanya tak sampai rm50 hengget. anak2 bukan nak makan apa sangat, cuma nak suasana dan dah terbiasa dari kecik. kami ke tesco klang, tapi kfc tutup untuk renovation. aku pujuk anak2 nak beli sedikit barang kat tesco sebelum cari kfc tempat lain. semua tarik muncung. nak ke kfc giant, parking gerenti penuh sebab disitu ada fun fair. so, kami ke kfc di aeon bukit tinggi klang (jusco).

lepas makan, wife ajak jalan2 tengok pakaian baby. jalan2 la.. cantik2 gak, wife berkenan kat pakaian anakku, aku cakap nanti kita pegi kedai anakku, lagi banyak pilihan. tambahan pulak aku dengar ada warehouse anakku di kilang dia dalam masa terdekat ni. biasalah, kena pegi sebab dekat je dengan rumah, dan bolehlah berjimat sebab tawaran dia memang menarik.

hari ni, aku ajak saiful melawat salah sorang pekerja syarikat yg kemalangan dan terlantar di hospital. kena la ajak si saiful sebab dia safety officer. pekerja tu accident masa balik kerja, dah beberapa hari kena tapi aku tak sempat nak ziarah, cuba kerap bertanya perkembangan dia dengan phone je.

lepas dapatkan sedikit buah tangan di econsave, aku ke sentosa medical centre kat taman sentosa klang. hospital kecik je, pekerja ni kemalangan dan kena minor operation. nasib baik dia ada ambik medical card, kalau tak banyak jugak kena kena bayar dulu bil hospital. syarikat kami tak sediakan GL sebab kami tak nak limitkan nak stay kat hospital mana. jadi masuk wad kena bayar dulu, dan company akan reimburse segera.

cakap pasal medical card, aku ada sedikit pengalaman. masa aku kerja first company dulu, agak lauya la... company kecik. semua kena bayar sendiri. kebetulan salah seorang supervisor kilang tu yg kami jadi best friend asyik2 promote medical card insurans dia. masa tu aku dah ada dua insurans peribadi. malas la nak pikir kena keluar duit lagi nak ambik medical card. tapi hari2 kempen, aku jadi bosan dan aku setuju ambik medical card. masa tu dalam rm300 hengget je.

dah beberapa bulan ambik medical card tu, dengan takdir Allah, aku mengalami sakit perut yang dahsyat. suspek keracunan makanan, masa tu aku baru balik dari port dickson. biasalah aku ni pantang jumpa gerai, asyik nak cuba je. aku gagahkan diri ke pejabat, aku jumpa kawan tu dan aku cakap boleh tak aku nak gunakan medical card untuk admit ke specialist. dia cakap "confirm boleh. kalau tak boleh, aku potong card tu depan ko, dan aku bayar balik duit ko tu". aku cakap "fair enough".

aku dan dia ke selangor medical centre (sekarang nama kpj hospital rasanya). daftar diri, dan terus aku dimasukkan air. doktor beritahu kalau lewat sejam aku datang, may be aku akan pengsan sebab badan aku dah teruk terhydrated. sambil aku berbaring atas katil kecemasan dengan air masuk ke tangan, sorang staff hospital tanya aku aku nak bayar pakai apa? . kang aku jawab pakai bulu ketiak aku kang, ada yg bunuh diri. so aku hulur je kad medical dan kad kredit aku. aku cakap " mula2 cuba medical card, kalau tak boleh, charge kredit card je". aku tengok member aku merangkap penjual medical card pada aku tu asyik gelisah je. ala takut card tak ok dan kena bayar la tu!

Alhamdulillah, medical card boleh digunakan dengan sekali swipe je. selamat duit aku. kalau tak berjaya guna medical card, sah kena swipe credit card. dah la aku baru balik bercuti 3 hari 2 malam kat port dickson beberapa hari sebelumnya.

dalam 24 jam di smc, 6 botol air dimasukkan. kalau air carrot susu ok gak, ini air ubat. seksanya aku, berjalan kesana kemari dengan wayar air berselirat dan tolak troli air tu. nak kencing dan mandi pon susah. sbab aku duduk sorang sebilik, senanglah kawan2 datang melawat. aku paksa adik aku esam datang jaga aku. nak suruh awek2 tak boleh sebab takut diorang perkosa aku dalam bilik tu. maklumlah berdua. syaitan tentu banyak. lagipun kalau nak ajakpun, nak ajak yg mana satu. at last kat seorang awek pun aku tak cakap, takut diorang bertembung masa melawat. bahaya woo... dari sakit perut, diorang bertembung, borak2, jadi perang saudara, dan mangsanya tentu akulah. nak lari tentu tak boleh sebab wayar berselirat. last2 mesti kena belasah dengan kerusi wad. dari wad biasa tentu masuk wad icu. he.3x...



IZZI ADVERTIZING-------------------------------------





Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.

10 comments:

joegrimjow said...

hehe
dah sampai masa kene jaga kesihatan
nanti kene lagi trok

secangkir madu merah said...

makan kfc lagi? bukan bebudak jer yg suka kfc, mak budak lagi suker..hingga menjilat jari..

- j o h a r i - said...

selamat duit kawan tu..

ILA said...

So apa yg ko nak simpulkan dlm crita ni?? Silalah guna MEDICAL CARD!!gitu?? atau sila mkn KFC ???
keskessss

eeeda said...

Kesimpulannya, siapa yg hisap tu..lebih baik duit tu buat byr medical card... lagi berfaedah.

izman said...

joegrimjoe,
betul. mmg kena jaga kesihatan ni... apatah lagi umur makin meningkat

izman said...

secangkir madu merah,
he.3x... dah makan tu sekali haarung la

izman said...

ila,
dua2 pun boleh. kalau ko nak belanja aku kfc, lagi bagusss!

izman said...

-johari-
memang selamat!

izman said...

eeeda,
perokok tu tak leh buat ape... tegar!