Monday, July 20, 2009

Jeli Air Kelapa Muda

he.3x... nampak sangat sekarang aku agak culas mengupdate blog. dulu tiap2 hari, kini 2 hari sekali puratanya. bizi (alasan standard). balik kerja, kena buat kerja pulak. hari sabtu lepas memang ada hati nak update blog malamnya, baru je layan berita jam 8 pm, tiba2 anak2 saudara aku muncul depan rumah. bertuah punya budak, datang tak sound dulu. ini dah kali kedua diorang buat camni. yg herannya dua2 kali mereka datang memang time kami anak beranak tak nak makan malam kat rumah. ingat lepas berita dalam jam 830 nak cari makanan apa2 yg patut. agak kenyang sebab lewat petang kami makan cempedak goreng. kebetulan gerai tu dah nak tutup, dia bagi banyak sangat. pelanggan tetap!

so, lepas anak2 buah aku tu solat maghrib, kami sembang jab dan sebab mereka belum makan aku ajak gi makanlah. disebabkan mereka tak nak makan nasi, aku pelawa makan sate kajang haji samuri kat bukit tinggi klang. la... memang pucuk dicita ulam mendatang rupanya, semua nak aje.




punya la ramai manusia hari tu kat restoran hj samuri sampaikan hanya sate ayam dan daging je tinggal. sate lain sold out! ingat nak bagi anak2 saudara aku cuba sate perut dan sate arnab. sate rusa nak sikit bolehlah, mahal woo.... pak sedara korang ni bukan banyak duitpun. anak2 aku cam biasa, sate hj samuri diorang dah muak, selalu sangat. luqman dan pika satu sate pun tak disentuhnya. pika cuma makan nasi impitnya saje. aku? makanlah, aku yg bayar ape!

lepas dah kenyang, diorang ajak gi rumah diorang kat bukit tinggi, ala dalam 5 minit je dari rumah aku sebenarnya. mereka baru je duduk situ dan akupun tak pernah melawat diorang. so, pergilah. oh ya... mereka bertiga; sepasang suami isteri dan sorang lagi adik si isteri. semuanya pangkat anak2 saudara aku sebab mereka kawin sedara. biasalah orang2 pahang.

ok... abis episod hari jumaat, malam ahad. hari ahad pulak kami cuma abiskan masa gi beli sdikit barang kat pasaraya. rutin hari ahad, beli lauk pauk, sayur mayur, buah muah, dan jajan anak2. jam 1230 tgh hari, aku sekeluarga keluar lagi sekali, kali ni nak gi rumah kawan sepejabat aku kawin. majlis sambut menantu sbetulnya sebab dia dah menikah sebulan lepas kat teganu. kawan aku tu, si aizan orang jawa ke minang aku tak pasti. tapi rupa cam india pun ada. ha.3x..... (jangan risau, kat opis, hari2 aku kutuk dia bila jumpa. diapun tak ada kuasa nak marah aku).

dengan dslr baru kat tangan ni macam2 aku nak shoot, tapi korang fahamlah askar2 kecil tak mahu lepaskan aku. lebih2 lagi si pika, sejak kena tinggal pegi teganu hari tu, langsung tak berenggang. walaupun majlis sambut menantu, majlisnya agak meriah. siap ada silat kepetangan, kompang, deejey dan karaoke lagi. masa aku kawin dulu, majlis sambut menantu buat minum teh o' je (he.3x).



balik je dari rumah kenduri, kami terus ke sijangkang. cari kelapa muda. aku teringin makan jeli air kelapa muda. ada sekali dulu aku pekena kat kelapa oasis, sedap. tapi mahal. aku bodek wife aku buat, wife mulanya cakap tak reti, tapi aku cakap aku ajar. pandai jugak wife aku cakap "dah abang reti, kenapa tak buat sendiri". ish.3x.... menjawab pulak. jangan bantah suami sayang oi... tak cium bau syurga nanti.

wife aku memang tak eti buat jeli air kelapa muda tu. dan akupun mana reti. cuma aku fikir, ia cuma sejenis agar2. bezanya dari taruk air, ubah taruk air kelapa muda. aku beli 2 bijik kelapa muda. ala cam buat agar2 biasa je. buat beledho kata ore kelate. Alhamdulillah, menjadi jeli air kelapa muda yg kami buat. siap taruk dalam kelapa lagi. isinya agak berhingus dan anak2 dan makbapak budak memang gemarkannya. untuk menjeleskan korang, aku letak gambar luqman makan jeli kelapa muda ni, sorang sebijik. makbapak? kongsi ngan anak2 je.



terlanjur cerita pasal agar-agar ni, aku nak stro mori sikit. agar2 ni kuih paling simple dan paling mudah nak buat pada aku. aku sangat pandai membuatnya, dan aku sangat suka memakannya. aku boleh memakan agar2 setiap hari, tanpa jemu. cuma tak siapa larat buatnya sebab aku tak suka makan yang semalaman. aku nak yg fresh. cerewet? aku mana cerewet. sebab itu nak pilih isteri, aku cuma tetapkan wife aku cuma reti masak agar-agar. sumpah! itulah syarat pada gadis2 yg pernah mendampingi aku dulu. dan aku beritahu pada mereka syarat itu. aku boleh faham kalau mereka tak pandai masak menda2 kesukaan aku dari kecil seperti gulai tempoyak ikan patin, sayur kulat sisir, kerabu pucuk paku, gulai kuning telur itik, pucuk paku masak tauhu, cendawan busut masak kuning, burung ruak2 goreng, siput sedut masak pedas, dan lain2. aku faham, itu makanan budak kampung. aku tak ekspekpun mereka reti masak, sebab aku biasa jumpa mereka2 yg mendengar nama makanan tu pun dah terkejut. aku lelaki yg penyayang, mana mungkin aku menyusahkan mereka. tapi kalau masak agar2 pun tak reti, mereka masih boleh kekal sebagai kekasih hati aku, tapi untuk jadi isteri aku, TIDAK MUNGKIN!

syukurlah, dalam ramai2 tu, ramai jugak yg cuba ambik ambil peluang memasak mekanan kegemaran aku itu dan mempersembahkan diri, opss! maksud aku mempersembahkan makanan yg mereka masak untuk aku cuba (cuba apa kebenda kalau setalam. itu mentekedarah namanya). ada yg sgt keras, sgt lembik, sgt terang warnanya, sgt pudar, sangat manis, dan ada yg takde rasa. macam biasa, yg pandai masak adalah ibu2, maksud aku isteri orang lain. apalah nasib badan. pencarian aku teruskan, ada yg aku asuh, aku belikan barang2 kalau dia nak masak. dah nama orang bandar, masak air dan megi pandailah. si dia ni cakap dah reti masak agar2, aku suruh bawak. katanya dia buat hasil ajaran ibu dan kakak yg dah berkahwin, kursus buat agar2 melalui telefon lagi. hasilnya???? ..... memang hancus. apa nak buat, kita tak de jodoh.

17 comments:

joegrimjow said...

tak pernah mengecewakan!

nantikan ku pos mgu ni!!
yuhuuuu

sonata anak kancil said...

mak oiiii....nampaknya masakanku tak dapat memenuhi kriteria ko...nasib baik, hubby aku tak guna cara macam ni...aku hanya diminta pandai masak dalca / kari / goreng ikan kecik2 aje...he3x

bungacahaya said...

Jeli kelapa muda paling sedap di jeti kuah..mungkin sbb 1st time merasa.Di sini ada aku jumpa di pasar malam tapi yg di Kuah itu jugalah diingat-ingat.

Kapten Luffy said...

maknanya susah buat agar2 ni

secangkir madu merah said...

macam2 agar2 akak boleh buat tapi agar2 warna merah tu jer jadi rebutan anak2...

Abang Long said...

Memang suka makan agar - agar. Masih teringat dahulu orang jual agar - agar dalam gelas kaca ...

izman said...

joegrimjoe,
he.3x...

no hal joe, take ur time.

izman said...

sonata anak kancil,
laki ko syaratkan dalca dan kari? itu lagi payah dari syarat aku tu. ha.3x.

izman said...

bungacahaya,
nasib baik jauh, kalau tak dah sampai sana.

jeti kuah... ah rindunya nak ke langkawi.

izman said...

monkey d luffy,
ala senang gile kapten. kalau puding yg susah sikit.

syarat ko pulak? mata sebelah jugak?? ha.3x...

izman said...

secangkir madu merah,
samalah, saya paling suka agar2 merah. raya nanti buat tak??

izman said...

abang long,
sayapun ingat. dekat kampung dulu ada jual, seposen satu kot. bila beli, dia bagi sudu makan kat situ, nak bungkus dia bagi plastik. gelas tak boleh bawa balik da...

wanita mutalib said...

dulu wa keje kat bukit tinggi, tp sekali ajer kat sate tuh hee...

hmm agar2....senang eh,tapi tak pernah lagi wa cuba buat hee..

nnt nak cubo lah :p

cendawanintim said...

ko buleh makan agar ari2 ker???tak jemu?

Nek Cun said...

Izman, kalau syarat yang diperlukan hanya perlu pandai masak agar-agar, nekcun rasa nekcun boleh champion sebab kat umah nekcun memang sentiasa ada agar-agar. Dari perasa chokelat, limau, laici,santan, pandan dll, you name it we have it!... sbb atok pun kaki agar-agar... kekadang oleh kerana tak larat nak amsak agar-agar, nekcun beli jer agar-agar cumi... hehehe...

KTS said...

adoilaaaaaaaaa...
tak pernah aku dgr org lelaki nak isteri yg reti masak agar2....
sakit perut aku baca entri ko ni..

.
.

nasib ko dah jadi suami org, klu tak nak gak aku suruh ko try agar2 aku... hihihi... skrg pun masih boleh bg try kan???
tapi mmg dah takde peluang...
so..... lebih baik aku bg org lain try..

ekekeke... memang lawak la...

Jard The Great said...

tak pernah wat agar2.. ehehe