Wednesday, July 22, 2009

Restoran Langkapuri Nasi Kandar (Port Klang, Selangor)

dalam mingu ni dah dua kali aku layan movie tamil nadu kat astrerol. crita lain asyik2 ulangan, dan cerita orang kita pulak macam hampes. layan cerita tamil lagi best, nak2 pulak dua2 movie jothika yg jadi heroin. memang faveret heroin akulah tu. lagi best, movie yg dua malam lepas, hero crita tu bercakap pasal kisah ketam tamil dan ketam india lain seperti ketam malayalam, ketam punjabi dan lain2. kisah ketam ni mencritakan bahawa ketam tamil je yg selalu jatuhkan ketam bangsa tamil lain, sedangkan ketam india lain saling membantu untuk lepas dari bekas. kisah ketam ni tapi dalam version KETAM MELAYU VS KETAM CINA pernah aku ceritakan kat blog ni. kalau rajin nak baca korang klik link berikut http://izzi-income.blogspot.com/2009/01/ketam-melayu-vs-ketam-cina.html

memandangkan hari ni masih dalam mood tamil nadu, lunch tadi aku dan 3 orang kawan seopis sepakat makan kat restoran orang tamil jugak. mukan tamil kuffara, tapi tamil 786. india muslim daa.... kami ke RESTORAN LANGKAPURI di port klang. restoran ni dah lama aku tak jengah. sebab kawan seopis aku si azmir yg beria2 nak pergi sebab ketagihan makan ayam goreng dia selepas ditunjukkan oleh saiful beberapa minggu lepas. sorang lagi kawan, shahrizal pun nak tumpang semangkuk. so, pergi berempat le.

restoran ni agak tersorok, dan terletak sebaris dengan pasar port klang. kalau nak cari, korang carilah RHb bank, dari situ dah nampak. kedudukan restoran ni adalah dibarisan kedai2 usang di port klang, dan dibelakang mati. ala laluan bawah jambatan. yang special kat sini ialah nasi biryani dengan ayam goreng. mintak anne tu letak semua kuah yang ada. pergh! memang syioklah...

ni sedikit gambar kat restoran tu :-





semua ambik hidangan yang sama. biasalah dah ujung2 bulan ni duit dah tinggal serdak. mana mampu nak makan ketam goreng. tapi kalau datang sini takat nak makan nasi biryani dengan telur goreng, baik tak payah! ini set makanan aku. nasi biryani campur nasi putih dengan peha ayam goreng. dicucuri dengan semua jenis kuah yg ada termasuk kuah kambing, kuah ayam, kuah kari kepala ikan, kuah sotong dan segala macam kuah. sebab aku manis mulut, tokey tu bagi free kepala sotong untuk aku satu. untuk minuman, aku pilih barli ais. harga untuk set begini dalam rm7 hengget plus je. tiada tax.



masa makan, kebetulan time manusia normal yg lain rehat makan tengahari jugak. tiba2 masuk sekumpulan anak2 gadis yg agak comel. mereka asyik2 jeling pada kami je (perasan). may be sebab nak tiru pilihan makanan yg kami pilih atau sekadar suka hati nenek dia nak tengok uniform kami yg seragam. "mentang2 dalam kedai nasi kandar penang, kami pakai sedondong, hang ingat kami boria ke hape!.

ha... cakap pasal uniform, aku teringat kisah masa sekolah2 dulu. masa tu dah terlebih akhil baligh dah. dah upper six. masa lower six, aku ulang alik. masa upper six, aku duduk hostel. senang ulangkaji (konon!).

sape pernah duduk hostel taulah perangai budak2 hostel. ada yg baik, dan ada yg perangai macam setan. dah lah miskin hina, buat pulak kerja hina dengan mencuri uniform kawan2 lain. sebab kes kecurian uniform sekolah menjadi2, yg selalunya hilang masa dijemur diampaian. pihak asrama sepakat supaya semua uniform ditandakan dengan 3 abjad pertama nama masing2.

jadi pada pagi hari ahad, semua penghuni asrama dipanggil ke gelanggang raja lawak, opss! maksud aku gelanggang sepak takraw di asrama putra. kami disuruh bawak semua uniform termasuk baju, seluar, stokin, kasut, tali leher. spender? woi ariyon! spender mana termasuk dalam uniform la.... tak sekolah tamil ke.

warden asrama minta setiap pelajar daftarkan 3 huruf untuk singkatan harta benda masing2. kalau mereka nak tulis nama penuh, sangat2 dialu2kan. warden sediakan permanent marker pen. maksudnya, kalau tulis pakai marker pen tu gerenti tak hilang tulisannya. sebab pengawas sekolah dan pengawas sekolah dalam form 5 dan upper six cuma 12 orang, kami duduk satu bilik. memang sangat luas, siap jadi gelanggang bola tampar lagi... baju pengawas warna biru, payah lah nak curik. tapi nak ambik hati warden kami tulis jugaklah. tulisan kecik je di bawah kawasan butang terakhir. kalau pakai baju 'tight in' memang tak nampaklah tulisan tu. dan tulisan tu selamat bersama harta yg paling berharga bagi lelaki.

sebab marker terhad, dan kalau lambat siap kami akan lambat boleh tengok tivi, atau menyeberang ke asrama puteri, opss! maksud aku sambung studi sebab nak exam, semua orang rushing. adik2 form 1,2,3 jadi mangsa kena suruh tulis cepat2. terhegeh2! tapi, aku jenis penyayang... mana marah2 orang. tambahan pula aku kat sekolah adalah penolong ketua pengawas sekolah. kena tunjuk macho sikit la depan adik2. korang faham2 je lah, dalam ramai2 tu gerenti ada yg ada kakak cantik.

lari tajuk lagi? pedulilah... ini blog aku apa. dah jadi trade mark aku tulis panjang2. aku sambung balik..... sebab ada yg terkujat kena marah, semua pakat gelabah cepat2 tulis nama pada baju. ada yang terlebih bijak, siap tulis nama pada kolar baju. cerdik lah tu. kata depa "tulis nama kat situ lagi selamat sebab orang tak boleh padamkan atau koyakkan. kalau tulis kat tempat aku tulis tu, nanti ada malaun yg gunting. memang logik! tapi apa kejadahnya tulis nama penuh kat kolar tapi bila pakai baju orang kat belakang boleh baca nama kita. ha.3x... samdol, samdol. kalau nak tulis nama tu, tulislah belah dalam kolar supaya masa pakai baju, nama tu ada kat tengkok korang, bukannya mencemar nama baik korang kat belakang. yang lagi best, nama pun jadi terbalik. kuang.3x.... setahunlah korang pakai baju ada nama terbalik tu, lagi2 best semua baju mereka ditanda sebegitu.

11 comments:

pB said...

Dah lama tak pekena nasi kandaq nie..

rasanya kat shah alam ni , tak ada port yang baikkkkkkkkkkkk

secangkir madu merah said...

kah kah kah... gelihati..
kesian budak yg perangai macm setan tu, dah lah miskin.. hina pulak tu...anak sapa lah tu...

Kapten Luffy said...

nak terkenal tu

haha

julietchun said...

aku rasa ko dapat kepala sotong bukan sebab mulut manis tapi sebab kulit ko yg hitam manis,kekekekekeke.

izman said...

pB,
apa lagi, cariklah. kat shah alam cuba try nasi kandar ali corner kat area selangor medical centre (sekarang nama kpj hospital)

izman said...

secangkir madu merah,
sampai sekarang belum ada mamat yg mengaku. kalau tau mau nak belasah dia sekali.

izman said...

monkey d luffy,
terkenal arah kejahatan, tak kekal woo...

izman said...

-johari-
la... asrama ko lagi sadis ye.

izman said...

julietchun,
alamak... terer la ko. dah abis pecah rahsia aku.

voltric 80 Peter Gade said...

Mmg terbaeeeeek nasi kandaq

voltric 80 Peter Gade said...

Memang terbaik