Wednesday, November 12, 2008

Misi ke Shah Alam : Accomplished!

hari ni (12/11/08), pagi2 lagi aku dan sorang pegawai keselamatan kilang aku kerja bertolak ke shah alam, selangor. tempat tujuan ialah di kementerian perdagangan dlm negeri dan hal ehwal pengguna, di bangunan mrcb. baru pindah thn ni kot, yg aku tau dulu kat kompleks pkns.



sebab opis tu kat tingkat 15, terjakun la kejab memerhatikan tasik shah alam dan wet world tu dari atas. terfeeling la kejab masa2 bujang dan masa tu bekerja kat seksyen 15 shah alam. tasik tu la tempat berjalang2 (akukan ada sikit keturunan teganu, maksudnya ialah berjalan2).



ape? kenapa nampak muka aku berbanding pemandangan tasik? sebab ini blog aku la... tak pe lah. aku bagi gambar tasik tanpa muka aku pulak...



selepas urusan selesai, kami melalui plaza alam sentral. melalui sahaja. tak sempat nak beli barang. sempat jeling2 je awek2 kat foto zoom tu. comel2 gak ye. nak2 pulak si azwa. manis sioot! (mcm mane aku tau name dia ye, sedangkan aku jeling2 je).

then, jam dah tunjuk pukul 12 tgh hari. perut aku mula bernyanyi lagu tamil. sebab dia nyanyi tamil, aku kena makan nasi daun pisang. daun pisang tu aku tak makan la... makan nasik je. since aku drive dan kereta aku, aku menghala ke bandar klang. kawan aku tu ikut je. sebab aku dah warning dia siap2, kalau tak suka ikut pilihan aku, ko baliklah naik bas. tu yg terpaksarela ikut tu.

pilihan jalang2 cari makang aku kali ini ialah KEDAI MAKANAN DAUN PISANG KLANG. kalau korang tanya sape2 nama kedai ni, may be sampai kiamatpun korang tak jumpa. aku yg dah lebih 7 tahun jd customer tetap kedai ni pun baru tau itu nama kedai dia. nampak sangat aku tak pernah tengok resit.

kedai ni terletak berhampiran stesen komuter klang.



tadi aku ada snap gambar depan kedai yg ada nama kedai, tapi aku tak save kot. maklumlah gune henset cap sumsung je, version lama. actually kedai ni terletak dalam kedai cina. tokey cina tu cuma sediakan air. manakala nasi daun pisang diuruskan oleh orang india. akupun tak tau nama sebenar kedai tu, tapi aku panggil restoran raj. cuma ada nasi daun pisang sahaja.

kedai ni khabarnya dah berpuluh tahun wujud, dan 2 generasi. sejak lebih 7 thn lepas, aku rasa kesedapan dia tetap sama. kerusi mejapun sama. hiasan kedaipun sama, tokey cina pun sama tapi makin tua. cuma dulu2 harga satu set nasi daun pisang, beserta sayur kobis, acar, appalam dan lauk ayam (goreng atau kari) hanya rm4.50. korang tambahlah berapa kali korang suka nasi, sayur dan sebagainya kecuali ayam; haryanya adalah sama. harga minuman kena bayar asing pd tokey cina tu. tapi dah setahun dua ni harga dia dah rm6.00 se hidang/org. konsep tambah menambah sama mcm dulu. Ni lah rupanya bagi satu set hidangan berharga rm6.00 yg aku pilih. kalau tak suka ayam goreng, korang pilihlah ayam gulai. kalau suka makan hati ayam, boleh mintak, ada charge tambahan la.



kedai ni memang sentiasa penuh, terutama antara jam 11 pagi hingga 2 petang. meja adalah terhad. sape yg makan lambat (lembap?) dan berhati kecik, dinasihatkan supaya tapau sahaja. ini kerana utk nak makan, kita kena berebut tempat, dlm kata lain bermuka tebal. tengok man2 meja yg pengunjung dah nak abis makan tu, korang berdirilah di belakang diorang. kalau pemalu dan pemalas, lewat la dapat makan. cuma, kedai ini adalah kedai cina dan pengusaha nasi daun pisang tu adalah india original, korang gunakanlah pemikiran masing2. sijil halal ada dipamirkan di dinding kedai bagi yg was2. nasihat aku kepada yg terus was2 tu supaya jangan makan. ni gambar saje nak bagi jeles penggemar nasi daun pisang.



secara peribadi, masa aku kerja ngan syarikat pertama dulu yg bosnya india, dah merata tempat dlm klang, shah alam, kapar, meru kami redah untuk makan makanan india sedap seperti nasi daun pisang. ini adalah yg tersedap. dia punya kari kat tangan tu, dua hari masih tak hilang bau nya. sape yg berminat, kat resit dibawah ni ada alamat dan nombor telefon. korang telefon diorang lah kalau nak pergi. kalau yg ada sesat dan ada nombor phone aku, bolehlah call. tak kan tanya jalan je kot, ajak la gi sekali. dah tu tak reti2 nak belanja!



kalau resit dan nombor phone kedai tu kecik sangat korang dauble click la ya. kalau tak nampak jugak, mcam biasalah gi kedai cermin mata.

12 comments:

arsaili said...

salam..napa pipi tu makin bulat...ahahaaha

izman said...

arsaili,
soalan cepu emas tu. jawapan standard ialah "dah lepas bulan puasa".

MOLY said...

alamak .. sedapnya tengok
kalau mcm tuh 6 inggit pastu boleh tambah banyak kali dah cukup kenyang ...

:D

izman said...

lily.lulu,
kalau tambah byk kali bukan kenyang lagi dah, itu dh buntang.

impian nk ke william belum tercapai.

ILA said...

Salam Izman...
ohooo...kau round habis yeee smlm.
dah lama tak gi Tasik S.Alam.Dulu masa berdua kerap gi sana semata2 utk berjogging.Tapi skrang,kat Tmn rakyat,Andalas dah cukup (ehh!!kau prasan tak,tiap ujung minggu skrang ada senam earobik kat sna??)
Cakap pasal restoran daun pisang tu...errr..ownernya islam kerrr??
jwab2!!!??

uii..sila bertukar ke Sony Ericson..gambar2nya lebih terang gitu.Manager mesti mampu ada hp lebih dari 3,4 bijik kan....
larikkkkk!!!

izman said...

ila,
ha.3x. dah diorang paksa aku gi shah alam, aku terpaksa round la...

tmn rakyat tu aku gi kalau nak mkn western food je.

pakai soni erikson? pakai 3-4 bijik henpon? itu manager kot, aku despatch, pakai satu dah la...

ILA said...

OHOOO..Despatch pakai kete beso:p

izman said...

ila,
byk la kete beso. itu kereta keluarga utk org berpendapatan sederhana mcm aku. kereta besor pd aku ialah kereta inggeris yg ada bucu 3, atau bulat byk2, yg ada lambang v, atau adik kepada bmx. kereta aku tu setaraf je ngan kereta ko tu, cuma dia buat kat korea je (pasang kt gurun??)

Nur a.k.a admansyah said...

sampai ati ko mkn 2 org jer! sedap plak aku tgk kari even tak brp gemo. Aku kalo kedai mamak, mkn roti canai jer! tapi... mmg kari mamak tiada tandingan-nya beb!

psst: Halal tur InsyaAllah tapi `kebersihan'-nya tur yg hang kena care, tau! mcmX2 aku dgr...tapi aku tibai gaks!

izman said...

nur aka admansyah,
betul kata ko. so far yg terbiasa mkn ngan aku takde komplen. yg mkn situ bukan takat pekerja kilang. manager2 bank, tokey2 semua ada.

cendawanintim said...

haaaaaaaa,tamat jugak misi ke shah alam..

siap pekena nasi daun pisang lagik tuh..

dah abis feeling2 jalang2 ko tuh??!!

izman said...

cendawanintim,
akhirnya selesai. so, rehat sikit la aku. dah lapar, aku berenti makan la...

berjalang2 siang je, malam2 kang jalang lain yg menggoda.