Balik kerja semalam, ada invitation hadiri majlis hari jadi member seopis. so, aku ok je. makan, tak kan nak tolak kot. lagipun jadi special guest, tu lah kerja HR, asyik2 suruh bercakap dan makan je. bukan dibayar oleh syarikat, geng2 quality assurance (qa) yg tong2 bayar, dan sebahagian besar ditanggung oleh qa manager. seperti biasa lokasi terdekat dan tersenang yg digemari ramai ialah di restoran sate kajang haji samuri cawangan bukit tinggi, klang, selangor. ini adalah restoren favourite aku nak makan sate kajang kalau malas ke restoran jejantas sungai buluh atau hentian awan besar. restoren ni yg aku suka ialah ia masih mengekalkan keaslian rasa dan deco dia berkaitan benda antik buat aku asyik. ada mesin getahlah, basikal posmenlah, type writterlah... pendek kata macam2 ada lah. setiap cawangan, deco dia berbeza2.
sambutan bestday ni dihadkan kepada geng2 qa dan jemputan khas sahaja. org yg diraikan ialah cik wan maslina binti wan mohamed. dia ni aku kenal dah 5-6 tahun dah. dulu sebelah opis aku masa kerja kat APM port klang. ni lah orang nye...
sambil2 potong kek, kamipun bedal la makanan yg disediakan. tak kan tengok saje kot. gile aper, aku belum makan nasik tau. ni sedikit gambar masa makan tu :-
Semasa makan tu aku sempat menunjukkan satu magic. korang tengok je lah kedua2 gambar dibawah:-
tapi yg lagi magic, masa kat meja makan ramai nya orang, kat meja pembayaran hanya 2 org je kelihatan. cuba korang teka aku kat mane?
Alhamdulilah selepas upacara pembayaran selesai, aku pun balik dan menghantar birthday girl (women?) ke rumahnya. rumah pun tak jauh. kat rumah nak layan csi pun malas, episod lama. las vegas pun lama. layan buku2 novel je la. korang ingat korang je jiwang, akupun nak jugak layan2 feeling. tapi sori ye... nangis sedu sadan tak main.
then, jam 12 tgh mlm, aku bukak chanel 202. tamil movie time. hero heroin aku tak kenal, ala yg aku kenal cuma jothika, rajinikhant, kamal hassan, ajit kumar, vijay. tajuk crita mcm biasa aku tak tau, tajuk tak penting. ia mngisahkan seorang gadis anak org kaya terpikat pada pemandu auto. dia mula memikat pemuda itu dgn pelbagai cara. akhirnya berkat kesabaran dan skrip yg telah dibuat, pemuda itupun jatuh cinta jugak dgn pompuan tu. pompuan tu comel gak muka dia, tapi bisalah heroin tamil badan besar sikit. berut agak buncit tu biasalah, kuat makan tosai kot?
ini filem yg aku heran adegan pertarungan dia sangat sedikit. tapi adegan polis india yg bodoh memang tak boleh lari. dah tema anak org kaya nk org miskin dah terbiasa jd trame mark filem diorang, cuma ayah gadis tu walaupun berpengaruh dan ramai pengikut ditonjolkan kurang jahat. masa anak dia lari duduk rumah hero, berduyun2 kereta dan bersepahan samseng ikut, tapi si ayah cuma putuskan hubungan bapa-anak sahaja. pastu tak de adegan suruh pengikut dia pukul hero, pengarah ni sekolah filem kat malaysia dulu kot. sebab tu tak ada adegan keterlaluan, takut kena potong ngan finas.
ditakdirkan 2 hari lagi nak nikah, terjadi kemalangan ngeri ke atas si gadis. sama mcm filem malaysia, tunjuk org berlari, kemudian kamera zooom lori yg memecut laju, dan si gadis dah terbaring. dah nama cemas, si gadis dibawa ke hospital swasta berhampiran. kos rawatan ialah sejuta rupee baru boleh start operate jantung. downpayment 300 ribu rupee. setelah jual brg kemas, peti sjuk, tivi, derma dan sebagainya masih tak cukup beberapa ribu nk byr downpayment. hospital x setuju. hero merayu pd pengarah hospital, tak dilayan. siap suruh polis pukul lagi.
memandangkan pengarah hospital halau si gadis yg dah nyawa2 ikan, si hero bengang dan dengan bangangnya menyerang hospital dan menjadikan doktor, nurse, pesakit, dan guard sgn tebusan. tuntutannya agar si awek dibedah segera. adegan2 lawak masa tebusan ditunjukkan. setelah doktor setuju buat pembedahan segera kerana gadis tu dah nazak, masalah jantung pulak! semua hospital seluruh india tiada jantung diperlukan. pelik jugak aku, bukan ke hospital2 lain seluruh dunia dapatkan spare part manusia majoritinya dari india? ape ko melalut ni... dah namapun cerita. sori la terover tadi... sambung balik. si hero tu kemudiannya mengambil langkah nekad membunuh diri dan menyerahkan jantungnya kepada si gadis. siapa biasa tgk csi, house, er, dan sebagainya; adegan operate jantung kelihatan mcm kelakar. tak kisahlah... sekejab je gadis tu dah boleh sedar tanpa wayar yg berselirat. itulah pengorbanan bodoh setelah bunuh diri oleh si hero untuk si gadis. hasrat dia jantungnya berdenyut di dada si gadis tercapai, itulah kononnya cinta sejati.
overall stori aku suka. kemerapuannya sederhana. penggunakan lokasi adalah terhad dan kurang menarik. element details utk sesetengah scene adalah hambar. rating dari 10, aku bagi 5. aku yakin ini adalah filem budget ciput atau oleh pengarah kurang terkenal. yg nyata ia berjaya membuat aku berjaga sampai jam 230am. syabas!
No comments:
Post a Comment