Monday, November 24, 2008

Kenduri Kahwin Sepupu

Pada hari sabtu (22/11/08), aku sekeluarga bertolak balik ke kampung di Kg.Damak, jerantut, pahang kerana sepupu aku berkahwin. majlis kahwin sepupu aku ni diadakan pada 22/11/08 di rumah pengantin perempuan, dan 24/11/08 rumah sepupu aku. sama macam aku, dia kahwin orang kampung sebelah je. senang balik raya.



kepada sepupu aku mohd nizam (mat nizam), aku ucapkan selamat pengantin baru. moga bahagia ke akhir hayat. moga berolah zuriat yg soleh. moga murah rezeki. insyaallah, ingat nanti nak jamu diorang kat seafood port klang.

aku bertolak dari rumah jam 830am, dan alhamdulillah sampai ke rumah pengantin lelaki jam 12 tgh hari. kemudian kami konvoi kerumah pengantin perempuan yg terletak di Kg. Sungai Balang. Ini antara gambar sempat aku snap.





Masa perjalanan ke tempat kenduri, sedang berarak dan sambil makan, ramai jugak orang2 kampung yg jumpa aku, maklumlah aku jarang singgah dikedai2 kopi jika melawat datuk aku di kampung damak. sebagai anak kelahiran damak, of course ramai yg aku kenal dan mengenali aku walaupun dah lama tak bertegur sape. aku seronok jugak sebab ramai masih kenal aku walaupun saiz badam dan ketembamam telah berubah. mcm biasa soalan yg ditanya ialah "anak dah berapa?", "kerja kat mana sekarang?", "makin bulat la sekarang", aku tak kisah, tak terasa hati pun. malah gembira masih ramai kenal aku dan sudi bertegur sape. antara yg pergi ke meja makan aku ialah Pok Jid, ayah blogger eeda majid (cikgu).

abis mkn, aku singgah jab menziarah datuk dan nenek aku. sembang2 jab then aku berangkat ke rumah papa aku di kg Batu balai. papa aku tak join kenduri sepupu aku hari tu kerana anak jiran sebelah rumah berkahwin pada hari itu. rumah papa aku digunakan sebagai rumah transit untuk pengantin lelaki berkumpul, dan bersiap. lagipun kenduri sepupu aku belah rumah pengantin lelaki ialah pada 24/11/08, masih boleh pergi.



kenduri jiran papa aku tu aku cuma kerumah dia dalam jam 5.00 petang. masa tu orang dah sikit. bolehlah sembang2. ini kali pertama dia dapat menantu, majlis agak besar dengan 2 ekor lembu dan lebih 100 kg beras. ingat malas makan nasik just nak hulur "salam" je. tapi kena paksa makan nasi jugak. wife tak ikut, aku cuma pergi dengan luqman dan pika.

dlm jam 830 malam hari yang sama, kami sekeluarga bertolak balik ke port klang sebab hari ahad aku nak pergi tengok AI Grand prix kat sepang. masa balik kampung kami guna jalan bentung-raub-jerantut iaitu jalan kampung. nak balik ke port klang, kami memilih jalan hiway pantai timur.

masa sampai hentian genting sempah jam 1030 malam, ingat nak cari buah berangan. dah tutup. jalan ke gombak melalui terowong pula agak slow sebab hanya satu terowong dibuka untuk dua2 arah. masa balik kg paginya kedua2 terowong masih dibuka, cuma ditutup satu lane je. tah ape dikoreknya.

selepas beberapa kali berhenti rehat, kencing, dan minum akhirnya kami sampai ke port klang jam 12 malam. kami singgah jab beli burger untuk supper. aku nak tidur awal sikit, tapi luqman sibuk nak layan kartun, aku temankan sampai jam 230am je. dah tak larat sebab nak bangun pagi nak ke AI GP pulak. janji bertolak jam 8 pagi.

10 comments:

ILA said...

SElamat pgantin baru utk Sepupu awak Izman (walau aku tak kenal dia..mueheheheh)
tunggu entry pasal GP;)

izman said...

ila,
ha.3x. ingat ucap kat aku tadi.

entri Gp nanti aku update.

Nur a.k.a admansyah said...

samaX2 meraikan... dpt berkat apa! seronok gak jumpe sedara se-kg sekali-sekala, kan!

Wife Ko nmpk ayu jer.. tak mcm aku, brutal. ekekeke..king salam die yea!

muadzlife said...

wah makan nasik minyak...

izman said...

nur aka admansyah,
raikan saudara mara, lagipun sepupu ni rapat ngan aku.

nanti aku tunjuk komen ko ni, tentu hidung kembang sampai pagi. kuang.3x

izman said...

muadzlife,
org ajak makan, kita bedal saje la.

Mak Su said...

kat ner tu? kuala selangor ker?

izman said...

mak su,
bukan kuala selangor, kat jerantut, pahang darul makmur.

cendawanintim said...

musim cuti skolah, meriah la kenduri..

izman said...

cendawanintim,
semua org pilih cuti sekolah, kita lah yg kena plan nak pergi mane.

aku so far kalau saudara mara terdekat dan kawan2, aku akan cuba pergi walaupun agak jauh (tertakluk kpd budjet)