Friday, November 7, 2008

Pink Ribbon Campaign @ Wijaya International Medical Centre

Seronok2 layan makan kuih ada email dari sahabat lama yang sentiasa tak lost contact. kenal masa sama2 kerja kat Syarikat elektronik di shah alam, selangor dulu. sekarang masing2 dah berhenti kerja situ tapi still keep in touch.

Dlm email dia tu dia ajak kawan2 dan keluarga atau sesiapa sahaja terutama pompuan (wanita??) untuk sama2 menghadiri sesi penerangan berkaitan barah payu dara. Since ini adalah tujuan murni, apalah salahnya aku turut war2kan nya.

Untuk sesiapa yang ada kelapangan dan tinggal berhampiran, dapatlah kiranya bersama2 mengunjungi sesi pameran dan penerangan seperti berikut :

Acara : PINK RIBBON CAMPAIGN
Tarikh : 09/11/08 (Ahad)
Masa : 830am - 130pm
Yuran : PERCUMA
No. Untuk Dihubungi : 03-76207979
Tempat : Wijaya International Medical Centre, No. 1 , Jalan 215, Seksyen 51, Off Jalan Templer,46050 petaling Jaya, Selangor.

Selain sesi penerangan berkaitan kanser payu dara, terdapat pelbagai aktiviti lain yang turut disediakan termasuk pertandingan mewarna untuk kanak2, sesi soal jawab dengan pakar perubatan, pameran, lawatan ke pusat rawatan, cara pemeriksaan sendiri mengesan barah payu dara dan macam2 lagilah. Untuk tentatif program yang lebih lengkap korang tengoklah sendiri kat bawah ni. kalau kecik sangat dan tak nampak nak baca, korang click la gambar tu ye. kalau dah clik masih tak nampak, baik korang pergi pusat rawatan wijaya tu atau mana2 kedai cermin mata terdekat. tu tanda mata dah kabur la tu. kena beli spek la tu.



kalau sape berminat nak pergi tapi korang tak tau jalan, korang tengok la peta malaysia ye. kalau korang tau Petaling Jaya tu kat mane, barulah boleh ikut peta dibawah ni. Kalau sesat korang call lah nombor telefon diorang ye. kalau sesat jugak, korang pegilah mana balai polis terdekat mintak bantuan. kalau bapak polisi tu bersimpati, may be dia boleh eskot korang ke tempat pameran tu dengan motor trafik atau kereta peronda. jangan diorang eskot dengan trak biru yg biasa angkut mayat dah la....



Kalau korang nak tau lebih lanjut berkaitan Wijaya International Medical Centre termasuk kemudahan dan aktivi2nya korang klik SINI.

Oh ya, kalau sape cepat dan berminat diorang ada anjurkan pertandingan blog pink sempena hari pink ribbon tu. hadiah nya ialah SEBUAH TELEFON BIMBIT.Jenama apa aku tak tau la, korang kena tanya penganjur tu. Tapi aku yakin tak kan diorang nak bagi henpon nokia brand china kot? mestilah yg ada brand dan ada waranty. syaratnya ialah korang mesti ada blog sendiri. sanggup mewarnakan blog anda tu jadi warna pink selama 2 hari kot. yang paling best dan aku suka ialah tarikh tutup dia ialah hari ini, diulangi HARI INI (07/11/08). bestnya.... Opss! since henpon aku masih berfungsi dengan baik walaupun model lama, biarlah korang je yg warnakan blog korang pink ye. syarat2 korang bukak la website diorang tu.



izzi note :
Intan, aku siap promote lagi ni, nanti ko mesti belanja aku teh tarik mamak nanti. Rindu kat geng2 kita masa kerja tempat sama dulukan! Oh Ya, member kita si hairul tu dah kawin dgn orang banting, ko tau tak??




IZZI ADVERTISING---------------------------------------------

No comments: