Thursday, November 27, 2008

Melawat Rakan di HTAR dan Pekena Nasi Lemak Ayam Berempah

Sepanjang minggu ni dari isnin hingga jumaat nanti, adalah hari meeting. meeting costing, meeting relocation, meeting bugdet dan segala mak nenek punya meeting lagi.

semalam (26/11/08) juga aku dimaklumkan bahawa ada sorang engineer kat kilang ni dimasukkan ke hospital tengku ampuan rahimah, klang (htar). siangnya sebab bizi meeting, aku plan melawat sebelah malam.

sebagai HR sebenarnya terpulang pd aku nak melawat bila, sebab melawat staff yg sakit adalah tanggungjawab aku jugak. dalam jam 845pm, aku dan 4 orang lagi rakan sekerja ke hospital klang.

sebenarnya waktu melawat dah abis jam 730 malam lagi, kami semua tau. tapi kami gamble jugak pegi. sampai sana dah jam 920pm kot, hari pulak hujan agak lebat. member ni, shah adalah engineer production. dia ditempatkan kat wad 8. sampai sana aku tengok guard dah tak bagi masuk melawat, termasuk group aku. nak masuk kena ambik pass pelawat.

nak balik hari hujan, lagipun dah beli sedikit buah tangan. tak kan nak makan sendiri pulak, kang buruk siku pulak kata karam singh walia. aku dengan muka selamba approach guard tu mintak masuk, biasalah ayat mesti power. dilepaskan.

masuk wad 8A aku rasa sedih gak, orang sakit terlalu ramai. bau sangat tidak menyenangkan. pesakit yg lebih dari kapasiti menyebabkan ada yg terpaksa berhimpit dan tidur di katil extra. ditambah pula dengan adanya waris yg menunggu yg tidur di tepi2 katil menyebabkan suasana bertambat hangat dan kureng selesa.



memandangkan aku sorang je dapat masuk sebab cubaan mengayat oleh lain2 member tidak berjaya, aku ambil kesempatan utk menerangkan polisi syarikat berkaitan masuk wad dan cuti2 sakit dan hospitalization. diorang dah tau dan ada terms and conditions pd diorang, tapi sape suka baca menda2 tu. aku jugak nasihatkan dia agar pindah ke hospital swasta yg lebih selera memandangkan syarikat tanggung kos hospital. tambahan pulak dia pegawai syarikat, kos lagi tinggi ditanggung sykt. aku jugak nasihat, kalau dia malas nak tukar ke hospital swasta, aku mintak dia upgrade ke wad kelas satu berbanding kelas 3 sekarang. tah la, aku tau tau apa jawapan dia, nampak macam dungu je. aku suruh dia sms aku jawapan, tapi sampai sekarang masih tiada jawapan nak pindah hospital atau pindah kelas wad. lantak kau lah! nanti aku check dia grad 'u' mane, senang lain kali aku tak yah ambik lagi dari 'u' yang sama. buat keputusan simple macam tu tu nak kena pikir sampai nak pecah2 otak.

dah org lain mmg tak mau ambik pass, kami pun keluarlah dari htar. sebab ada yg kelaparan, dan nak cari nasi lemak, aku cadangkan diorang makan nasik lemak yg agak sedap berhampiran hospital klang.

Nama Gerai / Warung : Kedai Nasi Lemak Mami
Lokasi : Bersebelahan 7-eleven Southern park, klang.
Landmark : depan jirat cina klang.

untuk sape2 nak cuba nasi lemak ayam mami, kalau korang dari hospital klang atau taman seri andalas, teruskan perjalanan menghala ke simpang lima. selepas trafic light berhampiran masjid/perkuburan Islam lipat kajang korang terus je sampai jumpa satu lagi trafic light. sebelum trafic light, masuk kiri menghala ke southern park. turun je simpang tu terus nampak 7-11, gerai tu sebelah 7-11 tu je.




speciallity kat sini ialah nasi lemak dengan ayam goreng berempah. masa aku pergi tu ngam2 ho boleh dapat 4 nasi lemak je. sorang tak mau makan, ok lah tu. sebenarnya patut ada kangkung celur, tapi dah abis. lauk2 lain seperti sotong, dan ayam pedas. nilah rupanya nasi lemak dengan ayam goreng berempah yg aku pilih.



tak kan snap gambar makanan dan orang lain je, aku suruh la member aku si azmir snap gambar aku. pelik gak apsal dia siap2 senget2 badan nak ambik gambar padahal dia duduk depan aku je. rupanya nak snap gambar amoi seksi kat meja belakang kami rupanya. low taste betul lah dia ni. ni gambar aku yg sempat di snapkan.

20 comments:

arsaili said...

salam..apa sal lain plak muka bro kat situ..ahahah...cam zaman p ramlee la plak..ahaks

Ler, kalau saya berlari ke hospital swasta kalau dh company tanggung...selesa..nurse layan ngan baik...ada privacy...

keghorl said...

ko mmg kuat mkn la man...aku rindu la nk tgk rambut belah tengah ko

ILA said...

Saya baru nak ckap pasal tangungan majikan kat Hospital swasta @ pun pgunaan insurance.
Nasib baik kau dah habaq kat ujung tu...

SELAMAT BKERJA TUAN H.R...:D

manakala saya tgah pening kpala smpai tahap nak muntah..(bukan seb lain)..cos smakin hujung tahun,org lain sibuk nak relaks..saya pulak sibuk nak sediakan budget.Dah tu..nak year end closing lagi.
Sementelah full set ac pun saya buat.Nak save katakan....huh!!

Cheritera Kami said...

Ler..apsal la ngan mamat "enginior" (ejaan haku) tu..org smua tanak duk spitak class 3 tu..dia plak bila kau da offer tak kasi jwapan plak,..ish..ish,,,

izman said...

arsaili,
kenan filem2 p.ramlee kot. pilihan masing2 kan. mahatma gandhi (india) lebih suka naik keretapi kelas 3 walaupun dia org ternama.

izman said...

keghorl,
ko ni lahanat betul la, jgn la crita dlm blog. kuang.3x.

aku ada niat nak publish muka aku masa kat u dolu2.

izman said...

ila,
di pun bizi budget 2009 la. tahap muntah hijau dah. ptg ni sambung lagi.

kalau pekerja x nak guna kemudahan, apa HR boleh buat. company untung da....

izman said...

Snow Peace a.k.a WaWa,
alhamdulillah hari ni dia dah keluar wad. may b dia selesa di wad kelas 3, kawan ramai. pilihan masing2. aku hormati. tapi frankly ia sgt tidak selesa.

maliksutanmuda said...

huh,.,,,nasi lemak ayam berempah.?..menyengat tu...harus layan nie...terliur ni terliur

@xiM said...

nasi lemak ayam berempah??sedap!!

izman said...

awieworld,
lama tak menginggah... baru nampak. bizi ke awie?

ayam berempah utk tambah lemak...

izman said...

axim,
yg sedapnya bila bedal ayam dengan sos dia, menyengat!

cendawanintim said...

nasi lemak ayam berempah...perghhhhh...

ko tak jadi balik teganu ker??

izman said...

cendawanintim,
ayam tambah lemak....

teganu mesti balik, tgh arrange masa sesuai.

Anonymous said...

Salam,
Gambar Sekejap Chubby Sekejap Kurus
Apa Rahsianya?

Mak Su said...

kekadang bila gi spital ni, rasa sayu menusuk hati, nengokkan keadaan org2 yg kena tahan kat wad tu, tak seronot banget

izman said...

mak su,
feeling yg plg best gi spital ialah "sakit terus hilang".

izman said...

Anonymous,
Rahsia Chubby tapi nampak kurus? contol muka masa ambik gambar. tapi perut tak boleh control la...

Nek Cun said...

Salam Izman, kerja as HR pratitioner ni memang camtu ler... kena explain kat employee pasal T&C...memang ramai employee yg kerja tapi tak tahu apa hak mereka. Bagi mereka apa yg penting cukup bulan dapat gaji...

Tak tahu lak kat situ ada nasi lemak sedap. Dulu masa zaman nekcun sekolah kat Klang, ada nasi lemak yang sedap tu dekat Convent school tu, tapi sekarang dengarnya dah pindah, tak tahu ler di mana...

izman said...

nekcun,
ye lah, tugas HR ni advice pekerja, tapi pekerja seringkali lupa atau saje2 lupa.