Ada masa ni aku nak update stori mori pasal A1 Grandprix kat sepang pada 23/11/08 baru2 ni.
jam 8am, member aku si azmir dan si shah dah datang rumah ambik aku. sarapan roti canai dulu then bertolak ke sepang. sampai masih awal, dapatlah cap A1 GP dan sebandul kalatog dan diskaun voucher.
sebab masih kosong, rasa biol jugak nak pilih tempat. maklumlah kali pertama masuk litar sepang ni, agak kejakunan sikit. akhirnya selepas hampir 3-4 kali tukar tempat, kami pilih tengah2, menghadap pit.
ok gak sebab ada acara selingan sebelum acara sprint jam 11am. then, jam 11am acara sprint bermula. baru je 1st lap dah eksiden melibatkan 3 bijik kereta.
ada hikmahnya eksiden tu sebab perlumbaan dimulakan semula dan ngam2 ho race depan tempat aku duduk. sebelum tu jauh.
best gak tengok live. skill fairuz fauzi tu memang hebat gak, tapi akhirnya dapat nombor corot2 je. tak de rejeki ko. pengisian masa antara acara jugak aku suka, tak le bosan tengok litar kosong je. ada pameran kereta, pameran dan jualan jam, jualan buku A1 Gp kat kaunter jobstreet.com, pertandingan ratu seksi jam jenama ke hape entah, face painting, pertunjukan pancaragam, gerai2 jualan dan pelbagai lagi. yg tak syok pada aku ialah jualan air mineral dan air tin mahal nak mampus, tapi air arak tu murah pulak. siap beli 5 percuma satu lagi. tak pe inilah model negara islam acuan pemimpin kita.
orang kata gadis2 litar cantik2, so aku usha jugak la. pat lima kali gadis2 litar keluar keluar. aku tengok je dari jauh (sambil zooom digital camera aku untuk aksi lebih dekat). tapi tak dapek la den nak siarkan ye.
bila jam 3 pm acara race sebenar, memang syok layan si fairuz tu memecut. starting je dari nombor 4, dia memecut lintas. akibat inciden cross over (aku tau dari berita da...) menyebabkan dia masuk pit tanpa disuruh. penonton memang pelik tengok dia masuk pit tapi dihalau semula. akhirnya dia dapat nombor 10, agak corot2 la tu.
race abis kamipun balik la...
jalan jem siot. kami berhenti kat hentian dengkil pekena sate kajang hj samuri utk raikan kedatangan kami ke A1 GP.
jam 7pm, kami selamat sampai di port klang.
14 comments:
owh tidak...saya suka F1 dan car racing dan yang seumpama dengannya. aduii nape la semua org musim berjalan2 ni. sungguh mengharukan
p/s : jemput dtg blog amik award
e-leeyana,
nak jalan? exam dah abis ke dik oi...!
award? ok, jab lg ambik.
salam...fuyoo..man in yellow..warna di raja..ahaks
Ni kat Kuching till 2 dec, then 2-7 dec kat KL,7-12 dec Chiang Mai, 12-20 dec KL
arsaili,
kuning tu sebab support team malaysia. menang kalah nombor 2, yg penting support.
mak ai...bizinya jadual. ada peluang minum2?
Uiii...Fairus asalnya dpt no 3 apa??ngape tiba2 dpt 10?? member kata dia ada buat silap ekkk??
Walau aku dpt 2 voucher dari kau izman & x dpt pergi, member yg pegang voucher tu snap beberapa gambor & send mms to me.secara tak lansung walau aku tak tengok tapi ada gak tahu perkembangan keadaan semasa.Kat TV pun tunjuk secara live gakk:D
ehemmm!! aku dpt poster dari member tu.sayangnya dia lmbat smpai.tak dpt ler..souvenier mcm kau tu.
Ehhh..kau guna highway yeakk..??cos bhenti kat perhentian dengkil.ngape tak lalu jln dalam??bley lalu kg aku..Kg Labohan Dagang;)
pehtu tido terus lena...kan?
ila,
ada mcm2 free gift. cap, poster, voucher dan mcm2. tgk tivi dgn real berbeza.
aku penah lalu jln dlm tu, tapi byk trafic light. guna hiway cepat sikit.
cendawanintim,
mcm mane ko tau yer? balik umah, mandi, makan solat dan ........ sampai pagi.
laaaa, nak gaks tgk2 gambar gadis cantik litar lumba, buat sumber inspirasi :)
mak su,
he.3x. biarlah ia menjadi sumber saya je. tak sesuai kalau ditengok oleh budak bwh umur yg terbaca blog ni.
salam bro..bole jer minum2..tapi kat KL tu tau gi Jalan TAR, KL Sentral atas perhentian LRT yg tersenarai..ahaha
apa ur email...nanti sy email my hp no..mine plak arsaili76@gmail.com
wahh..meriah nampak...best la jalan2 ya..
arsaili,
dah email you my hp no. hope 2 c u then.
ajeem,
sesekali layan gadis litar..ops! litar lumba.
Post a Comment