Monday, November 10, 2008

Kemalangan DiTempat Kerja

hari ni adalah hari meeting sedunia, tapi aku akan cuba meng'excuse'kan diri aku dari meeting hari ni. cuma meeting jam 2pm aku tak pasti boleh excuse ke tak. bukan ponteng atau malas ye kawan2, sebab aku ada misi yg lebih penting di luar opis. aku tak pasti nak gi KL dulu ke shah alam? atau hari ni gi KL dan lain hari gi shah alam, atau gi dua2 hari ni. may be KL dulu kot....

Ok, hal tu biarlah aku uruskan sorang. menda aku nak share hari ni ialah berkaitan kemalangan di tempat kerja. kalau yg kerja opis, aku rasa tak de lah terlalu berisiko, may be kemalangan yg mungkin terjadi ialah tergelincir akibat lantai basah, tie tersangkut dalam stredder (betul ke ejaan tu?), kaki termasuk dalam mangkuk tandas cangkung akibat cuai, kebakaran dan sebagainya. tapi bagi pekerja yg terlibat dalam sektor perkilangan mcm di tempat kerja aku, kemalangan lebih ekstrim. ada kes melibatkan kecederaan minor seperti besi terjatuh atas kaki. dan ada jugak kes major seperti kaki digilir tayar forklift, di clamp oleh mesin, putus anggota badan dan tidak mustahil kematian. so far kes kematian dan kes putus2 tak berlaku lagi dan aku berdoa agar ia tak berlaku.

minggu lepas hari jumaat terdapat satu kes kemalangan di tempat kerja. aku dan safety officer masih sedang menyiasat. maklumat tepat masih tidak dapat diperolehi daripada mangsa kerana masih trauma. 2 jarinya telah di clamp (dihimpit) oleh mesin. nasib baik beliau cepat tarik, kalau mesin tu sempat clamping abis, aku yakin bahawa jarinya pasti hancur. mesin yg gunakan kuasa hidrolik, kuasa tekanan dia adalah sangat kuat. adalah tidak patut aku mengandai apa2 buat masa sekarang; sebab aku tak pasti adakah kerana kecuaian manusia ataupun mesin. biarlah safety officer yg bertauliah, dan aku menerusan siasatan lanjut.

alhamdulillah, setelah didikan dan training berkaitan aspek keselamatan ditekanan selama ini, setiap department tahu ape nak buat kalau berlaku kemalangan. mereka tak perlu tunggu safety officer atau HR yg datang dan hantar ke klinik/hospital. itu aku sangat suka. bagi kes tu, department berkaitan terus bawa ke klinik panel. cuma mereka memaklumkan kepada aku melalui telefon semasa dalam perjalanan. lagipun masa tu aku keluar lunch. bayangkan apa terjadi kalau mereka mencari aku atau safety officer utk tanya nak buat ape nak nak bawa pegi mane sedangkan kami keluar lunch atau diluar pejabat.

aku juga syukur bahawa klinik panel juga berhampiran. hospital besar klang jugak tak la jauh mane. so far aku tak de masalah nk bawa pesakit dengan kereta aku masa kes2 kecemasan. dah terbiasa sejak mula kerja lagi. cuma kalau dulu2, asyik2 kereta aku je. orang lain macam kedekut sangat. perlu diingat bahawa jika anda buat baik, Allah akan balas balas dikemudian hari. jangan kata itu kerja HR sahaja.

Aku bersyukur masa bekerja kat APM dulu aku telah diberi latihan secukupnya untuk menghadapi kes2 kecemasan termasuklah kursus kebakaran, menyelamat, pertolongan cemas dan sebagainya. aku yakin bahawa kursus begini patut semua syarikat mengadakannya. kalau dah syarikat buat, tak kan tak reti2 nak sertai. ramai beranggapan ia menyusahkan dan tak penting. pada aku, ia penting demi keselamatan nyawa kita. bab kebakaran dan pertolongan cemas ni kalau belajar tak rugi punya. ia juga boleh diaplikasi kalau berlaku dirumah kita.

tapi aku yakin hampir semua daripada kita agak liat untuk berlatih tentang keselamatan dan berbelanja untuk keselamatan. suruh datang training safety hari sabtu atau ahad, ramai je bagi alasan. nak berehat la, nak kena jaga anak la, nak masak la. alasan macam sial, macam la training tu ada setiap satu/ahad. mereka tak sedar bahawa kalau berlaku kebakaran kat rumah, nyawa tersayang melayang baru nak menyesal. ye lah, kat rumah tu ada ke fire extinguisher atau hose nak padam api? kalau gi training, kureng2 tau jugak cara nak selamatkan diri. aku juga yakin bahawa hampir 90% daripada rumah2 persendirian di malaysia ni tiada fire estinguisher dan first aid kit. tak pe lah, kita memang kedekut bab2 menyelamat nyawa ni. bab2 modified kereta/motor nak bagi laju suruh cepat mampos confirm ramai yg tak sayang duit. Arghh... tak tau nak cakap ape, sebab aku pun same. Niat nak beli fire extinguisher (pemadam api da....) untuk rumah dan kereta asyik2 tergendala. may be sebab aku melayu, melayukan mudah lupa (dan tak sedar diri).

Ok lah, berbalik pd kes kemalangan ditempat kerja. bab nak beri pertolongan awal seperti membalut, dan membawa ke hospital aku tiada heart feeling sangat. aku masih boleh cool. kalau kes agak cemas, on the way bawa ke hospital bolehlah aku henjut sikit. psang je lampu kecemasan dan henjut la. so far orang malaysia agak pemurah dengan kes2 kecemasan. diorang bisanya bagi laluan. cuma ada jugak makhluk bangsat yg salahguna kemudahan tu untuk sampai awal ke rumah sempena malam jumaat. haram jadah betul.

so far, dalam sejarah pekerjaan aku, belum pernah ada lagi kes2 kematian atau kecederaan terlalu parah. kes putus jari, patah kaki tu pernahlah. dalam kes2 kecemasan seperti kemalangan di tempat kerja, perkara2 berikut hendaklah diambil kira :-

1)orang yg membantu hendaklah tenang. dah la mangsa sakit, fikiran meracau dan emosi tak seimbang; yg nak membantu tu janganlah kelam kabut. tenangkan mangsa dengan kata2 yg baik walaupun kecederaan agak serius. ayat2 seperti "Eh2 milah, besarnya luka ko ni. dulu org kampung aku luka macam ni la. lepas 2 hari meninggal dunia. baik ko mengucap milah. duit kutu bulan ni sape nak bayar utk ko milah?"

2) yg tak berkenaan jgn la berkerumun dan buat bising. sape yg pandai je tolong. yg nak tenangkan tu sorang dua dah la. kalau sekampung hurung mangsa, kang mati kepanasan pulak.

3) kalau mangsa boleh bercakap, tanya apa terjadi dan kat mana sakit. jangan suka2 hati alihkan mangsa. bimbang kecederaan bertambah serius. jangan nak tunjuk hero, mentang2 la itu girlfriend yg dia syok, suka2 hati nenek dia terus dokong. takur dari nak selamatkan, jadi selamat kembali ke rahmatullah.

4) longgarkan pakaian mangsa. Longgarkan! bukan londehkan atau bogelkan. yg jantan kat opis tu korang perhati betul2. mane tau ada dalam senarai perogol bersiri. nanti kes pitam je, tapi habis baju dilondehkan. kalau boleh kalau staff perempuan, biarlah yg pompuan je yg uruskan.

5) yg membantu tu biarlah berilmu. ilmu pertolongan cemas la. ilmu hisab buat ape. ilmu alam boleh jugak la sebab org terlibat dgn expedisi seperti pengakap, pandu puteri ni biasanya telah diajar ilmu pertolongan cemas. cuma masa belum jadi ape2 ni korang surveylah mane teman seopis yg ada ilmu pertolongan cemas utk membantu. kalau korang tau ada yg dah pegi kursus pertolongan cemas tapi asyik2 'failed' je, pesan siap2 ngan kawan jgn bagi dia tolong. kang lain yg sakit, lain pulak dibalutnya. silap2 terus jalan.

6) kalau kes2 lebih serius dan tiada siapa dapat membantu, terus hantarkan ke klinik berhampiran atau ke hospital. gunalah akal sikit nak hantar ke mane? ramai mangsa kalau sedar cuba pujuk kita hantar je ke rumah. nasihat aku, jangan layan cakap diorang. kebanyakkan manusia memang takut ke klinik/hospital. jangan kerana pujuk rayu kita hantar ke rumah, dan kemudian meninggal. menyesal tak sudah korang nanti. hantar ke klinik biar diperiksa dan dirawat. kalau tak de ape2, hantar la diorang balik. satu lagi, kalau hospital tu jauh amat dan kecederaan agak parah, aku syorkan hantar ke klinik terdekat. doktor boleh menstabilkan keadaan mangsa. kalau perlu dihantar ke hospital, sekurang2nya mangsa lebih stabil.

7) setelah dihantar ke klinik/hospital adalah penting utk maklumkan kepada keluarga mangsa. ini pada aku paling sukar. dulu bos HR aku suka sangat pass kerja ni kat aku. pada aku orang yg nak menyampaikan berita sedih ni biarlah dapat control dirinya dulu. cakap biarlah jelas dan dengan nada yang sesuai. jangan guna ayat seperti ini "Pakcik, anak pakcik si milah tu kemalangan di kilang. darah banyak keluar. saya rasa jari dia putus tu. pas ni tak tau la siapa nak nikah dengan dia. teruk pakcik. saya rasa nyawa 50-50 la pakcik. cepat la datang kalau nak tengok dia masih hidup. saya sendiri dah minta halalkan hutang dengan dia masa makan tengahari semalam. ok pakcik, datang cepat tau." cakap biarlah tertib, takut2 mangsa baru masuk hospital, keluarganya yang meninggal dulu sebab terkezut.

8) selepas dimasukkan ke wad atau pulang ke rumah, sebagai sahabat tu datanglah bertandang. mereka perlukan support dari segi emosi. percayalah, orang yg pernah eksiden akan merasai trauma. kedatangan kawan2 dpt menjadi penguat semangat utk pulih dan tidak merasa sangat kecacatan yg dialami. pas tu kalau datang tu tak reti2 nak bawak buah tangan, jangan bawak telur je. tak perlu yg mahal, bawa roti ke, biskut ke pada aku dah ok. kalau ada budget lebih tu, dapat bawa anggur ke strawbeeri ke lebih baik.

apa2 pun langkah2 diatas cuma pada pengalaman peribadi aku sahaja. langkah2 yg paling betul korang kenalah belajar sendiri. pergilah kelas2 pertolongan cemas yg dianjurkan oleh badan2 bertauliah seperti jabatan pertahanan awam, kementerian kesihatan, bomba, persatuan bulan sabit merah, st john ambulans, pengakap dan mereka2 yg bertauliah.



IZZI ADVERTISING-----------------------------------------------

8 comments:

arsaili said...

Salam...OSHA ni memang penting

izman said...

arsaili,
betul tu. tapi berapa ramai daripada kita yg ikut prosedur OSHA?

ILA said...

Abis..yg nak gi P/k nya tu bila???
hammpehh ler kau ni izman..huh:p

Mak Su said...

hah hah hah, gelak utk yg no.1, bengang ek, kalau sakit2, tapi depa boleh cakap cenggitu. huhuhu

cendawanintim said...

Izman,

OSHA nih sangat2 penting, cam keje aku ramai geng2 terlibat keje2 kat site kan...so far takder lagik yang cedera parah...yang teruk tuh kira sub-kon la...

teringat aku pd arwah toki sedara aku yang kehilangan tangan masa keje kat singapore kena mesin cam mesin tebu tuh..huhuhu

izman said...

ila,
sori, terbz ari ni. sabar lah ye....

izman said...

mak su,
langkah no. 1 tu sebenarnya langkah yg plg penting. kalau terjd kat opis cam ni, dinasihatkan kawan yg ada disebelahnya, lempang je org yg cakap tu.

izman said...

cendawanintim,
ye la, company ko ada terlibat construction dan kuari, lagi bahaya kan? kalau kuari tu siap ada letup2 lagi. silap2 cam crite james bond pulak. diorang pakai dynamit ke bazooka nak letupkan batu? (mampus aku kena bazooka ngan minah ni nanti)