Monday, November 17, 2008

Hobi mengumpul coins

Hari ahad lepas aku habiskan dengan sedikit kerja merepair mesin basuh dan paip. ala bukan yg payah pun, bukak mesin basuh sebab hos dia tercabut, pastu betulkan air pancut (tapi masih belum ok).

sebelumnya pagi2 macam biasa kalau wife tak masak, aku beli roti canai. tapi ahad ni wife masak nasi lemak. kami pekena nasi lemak je la.

agak kepenatan sebab kerja hari sabtu (macamlah kerja berat) dan buat kerja2 rumah, aku akhirnya bermalasan sambil membaca surat khabar dan majalah mastika disember 2008 yg sebenarnya aku kad beli seminggu lepas. apsal cepat benor mastika disember keluar kali ni. nanti aku ulas psl majalah mastika terbaru kemudian.

tivi pulak aku biarkan luqman, pika berebut channel ngan ummi dia. anak2 nak kartun, wife pulak nak tgk crita indonesia atau chanel masak. baik aku tak yah kacau, kalau aku campurtangan nanti, semua orang dlm rumah tu akan tengok axn atau crita tamil.

then, aku teringat ada order setem dan coins (syiling) yg masih perlu aku bereskan. setem tu aku kureng sikit feel, tapi coins..... itulah kesukaan aku. lagipun ada beberapa puluh keping coins yg aku beli atau exchange baru2 ni aku masih belum masukkan dalam albumnya. Ni hah coins yg belum aku simpankan dlm album. kalau simpan dlm album maksud dia itu coins yg aku masih belum ada. yg dah ada beberapa keping extra tu, aku simpan dlm bekas lain supaya senang aku trade kan nanti.



ini pulak antara senarai coins yg diminta oleh kenalan.


ni pulak album coins aku. ada 10 buah semuanya. dlm gambar ada 8 sebab 2 lagi ngan anak2. tak kan semata2 nak ambil gambar, nak rebut ngan anak2 pulak kan.





untuk simpan dlm album tu ada pelbagai cara orang susun. tapi bagi aku yg masih tahap amatur ni, aku susun ikut kumpulan2 negara seperti berikut :-
1) negara malaysia
2) negara2 jiran (indonesia, singapore, brunei, vietnam, myanmar, filipino,ect... )
3) negara thailand (special sikit sebab aku beli beberapa ratus coins pelbagai jenis masa melawat thailand.)
4) negara2 berbangsa india (india, maldives, bangladesh, pakistan, bhutan, nepal, sri langka, ect...)
5) negara2 china/jepun (china, jepun, korea, hongkong, taiwan, mongolia, ect..)
6) negara2 arab (arab saudi, uae, mesir, iran, iraq, israel, ect...)
7) negara2 barat (usa, uk, france, mexico, portugal, ect...)
8) negara2 afrika (somalia, afrika selatan, namibia, ect...)
9) duit2 tidak dapat dikenalpasti asal usul (sebab aku tak tau)
10) duit token, kasino, kupon, parking

aku obses ngan coins, sebabnya coins agak murah untuk dibeli. tapi murah2 pun ada gak yg aku beli harga ratus2 hengget sekeping. untuk dapatkan duit yg agak 'rare' peminat coins kena lah berbelanja sedikit. dalam malaysia ni mana aku pergi, aku suka cari kaki2 lima yg ada jual coins. tak seperti sesetengah pengumpul coins lain, aku sebenarnya tiada tema langsung dlm mengumpul coins. dan aku tak kisah beli coins sama ada original atau reproduce atau cetak rompak. cuma yg tak ori tu aku beli murah la. kena ada ilmu hisab dan ilmu alam.

disamping coins yg disimpan dlm album, aku ada jugak koleksi coins peringatan sperti pertabalan YDPT Agong, lima, perasmian putrajaya, haiwan2 terancam, dan pelbagai lagi. duit ringgit kadang2 kalau terjumpa, terharga murah, terada duit lebih, aku ada beli jugak. tapi tak banyak. aku rasa dalam tak sampai 200 keping. ini sebahagian coins dan duit kertas milik aku.



satu yg aku suka ngan coins ni ialah kita rasa ada banyak duit. nak simpan duit kertas banyak2 aku memang tak mampu. so, aku simpan coins. setakat semalam, jumlah coins pelbagai jenis koleksi beralbum aku lebih 700 keping. value dia? aku tak tau. malas nak ambik tau semua value sebab takut aku tergoda menjualnya. biarlah aku saja yg tau. untuk tau harga bukan susah, beli buku2 collector dan rajin2 lah gi amcorp mall setiap sabtu dan ahad.

ni koleksi duit syiling satu sen aku. akupun tak tau nak buat ape sebenarnya. dulu balik shopping, makan kfc ke piza hat ke, mek di ke, duit satu sen aku tak pakai semula. just simpan. semalam, tengok2 balik koleksi duit satu sen terkezut jugak. tak kisahlah, simpan je lah.



so, sape2 yg masih belum ada hobi lagi tu, apa kata korang start hobi yg mudah dan murah ni. ada jugak geng. boleh tukar2 atau berjual beli. pada beginner yg intai2 beli coins kat lelong.com.my dan ebay.com tu hati2 sebab byk kes penipuan. harga yg diorang letakpun kadang2 mengarut je lebih. pstikan menuntut ilmu dulu sedikit sebanyak. tak la tertipu nanti.

11 comments:

cendawanintim said...

yolah..yolah..nanti aku setat laaaaaaa....

izman said...

cendawanintim,
setat ape? hobi kumpul hendbag? hobi makan?

ILA said...

Hati2...Setiap syiling yg lama tu ada penunggunyaaaa....jeng..jengg..jeng...whuahahahahaaaaaaaa~~~

Ahaaaa..kau ada beli duit iraq takkk?? bukan ke 2 tahun yg lepas orang sibuk m'beli mata wang iraq.Konon2nya nanti kalau di jual balik value dia naik..uiii..
(ramai gakkk..yg terkena..tipah tertipu:p)

izman said...

ila,
dinar iraq ke? tak belipun. kalau dia offer syiling iraq mungkin aku dh terkena.

penunggu syiling? ko ingat ni spirit of the coins ke!

muadzlife said...

wah kayo ko izman..mayak duit wooo..hehehee

baguih2...hobi yg boleh dimanafaatkan..

izman said...

muadzlife,
ye, pakcik kayo. kayo duit satu sen.

Mak Su said...

wow! rajinnyer!!

izman said...

mak su,
itulah hobi yg termampu.

BONDEN said...

boleh tahan lahhh bro !! banyak tuu , aku pon ade kumpol duit syiling pelbagai negara , duit syiling malaysia start 1967-skg bnyk lobang , tak complete dan byk tak lawa . yg paling bongang x sempat aku kutip duit 1 sen la paling banyak lobang , ko nye 1sen tuh cam best je kalo byk yg gambo parliment , leh trade in ngan aku coins lain ..

BONDEN said...

tapi lain org lain hobinya , dan bg pendapat aku org malaysia tak byk yg kumpol duit syiling dgn taksub skali , tak mcm diorg yg kumpol duit kertas , gila babun sanggup beli ribu2 .. aku pon dah mula gila sket kat duit kertas ni , kira pelaburan masa depan , haha .. tp bg aku , coins ngan duit kertas , variety bg duit syiling banding ngan duit kertas jauh lagi banyak , cth bagi coins 1cents usa , setiap tahun mesti ade variety , dan error itu ini , tu yg buat syok tuh , aku belek2 coins malaysia ni byk gak error ,tp mcm xde ape2 je , xde pon org carik . mcm duit 1cents usa tahun 1955 double die observe bley dijual ribu tuh ! dan yg membuatkan harga bg syiling2 ni melambung ialah sbnye pakar2 dan ahli numismatik sdri , diorg yg mengkaji dan buat artikel itu ini , buku lah , x mcm kat msia. jadi dah diorg sebarkan mengenai duit error kat buku/website ke , mula lah pengompul coins berebut mencari . ape pendapat ko izman

BONDEN said...

kat msia ni aku pon tak tau nak grade kan coins ke duit kertas tah kat mana , diorg main tgk hantam jer UNC lah BU lah VF lah , mcm numismatic society luar mcm america dia ade guna standard grading , PCGS lah yg byk digunakan , mcm coins diorg guna MS60 lah MS63 ha mcm tuh, ade point2 tuh , kalau satu point je jatuh dah jatuh harga duit tuh , tah msia ade ke tak ha izman??