Tuesday, November 4, 2008

Hari-hari yang menyibukkan

Perh.... penat dan kebizian melanda lagi. biasalah urusan kerja dan urusan peribadi yg memerlukan komitmen penuh aku.

hari sabtu dan ahad yg lepas, masih ada undangan ke rumah terbuka. aku cuma pergi sebuah rumah je. itupun kawan baik yg buat majlis tahlil sekali. so, hari ahad dihabiskan dengan membaca majalah gila2 dan mastika keluaran november 2008. pada aku kedua2 majalah ni agak hambar. majalah gila2 dah lah dikeluarkan sebulan sekali sekarang, kandungannya pulak banyak kandungan yg dah basi. may be kepada pembaca baru ok lah, tapi peminat gila2 yg dah berkurun macam aku rasa menyampak sebab dikeluarkan semula stok2 kartun lama seperti karya rashid asmawi (allahyarham) dan ujang. karya seperti 3 dara pingitan memang aku tak pernah suka. nasib baik ada crita2 mcm shah shahwati, jungle jokes yang menghiburkan. aku pun tak paham apsal kartunis ujang yg dahulunya hebat giler tu dah langsung tak menyengat. adakah beliau dah patah hati sebab hasil usahanya membina majalah ujang menjerut lehernya dan dia dihumban keluar dari moy. adakah kerana langkah terakhirnya membuat majalah selepas majalah ujang iaitu 'lanun' tidak diterima ramai. aku adalah peminat ujang. crita 'atuk', aku budak minang, aca, jibam dan sebagainya aku tak pernah miss. kenapa sekarang menyepi tanpa karya baru bang ujang? mungkinkah kesibukan ujang menguruskan bot memancing tasik kenyir lebih mendamaikan? cuma aku harap majalah gila2 tidak berkubur seperti terkuburnya malah kesyangan aku dulu iaitu gelihati yang dipenuhi kartunis berbakat seperti gayour dan namron.

balik kerja kebelakangan ni aku cuba tidak menyentuh laptop. masa2 aku habiskan melayan anak2 dan melayan crita tamil channel 202. apatah lagi crita pasantren cinta yg aku agak gemari dah abis. crta house, csi, chuck, las vegas semuanya ulangan membuat aku lebih suka melayan buku2 motivasi dan novel2. sesekali cuma menyiapkan buku salasilah keluarga yg dah hampir dua tahun aku usahakan. yg aku tak siapkan tu bukan apa, ada je kelahiran dan perkahwinan baru dalam keluarga besar aku ni. maklumlah datuk aku ada 3 orang isteri. aku sendiri walaupun masih muda belia sudah ada 3-4 orang cucu saudara. tua rasanya dipanggil datuk.

Luqman kebelakang ni langsung tak lekang dari koleksi kereta james bond dia. alhamdulillah luqman dah dapat kumpul 4 buah semuanya. cuma nak tunggu koleksi terakhir yang akan dikeluarga pada 06/11/08 sempena pelancaran filem quantum of solace di pawagam. koleksi2 macam ni aku kurang minat, just beli untuk luqman. dulu dah beli koleksi ferrari. sayang sekarang cuma tinggal 2. lantaklah, dah luqman nak, aku beli je lah. lagipun hanya RM5.50 sebuah selepas isi minyak. kalau mahal, tak mampu la pulak nak beli. untuk kali ni nampak luqman sayang benar dengan koleksinya. may be sebab kereta tu diletakkan dalam bekas yang menampakkannya eksklusif dan menarik. luqman ni suka sangat beli kreta, dah banyak sangat kereta yg dikumpulkan termasuklah kereta2 kecik, remote control car, excavator, trailer dan sebagainya. cuma sekarang aku dah sorok tools box aku ditempat selamat. kalau luqman jumpa, dia akan ambik skru driver dan bukak kereta2 tu. may dia dia cenderung nak jadi automotive engineer kot. terpulanglah nak jadi apa bila besar nanti anakku, cuma jangan jadi pencuri kereta dan seangkatan dengannya dah la. Ayah akan doakan semua anak2 ayah berjaya.

kepada kawan2 blogger, nanti aku senang sikit aku aku terjah balik blog korang macam biasa. aku perasan cendawanintim aku tag aku, nanti aku cuba buat yer.


IZZI ADVERTISING---------------------------------------------------



Gunalah MINYAK KELAPA DARA yang asli untuk masalah resdung, sakit dalaman, masalah kulit, masalah kulit kepala dan sebagainya. Click disini untuk maklumat lanjut.

8 comments:

ILA said...

Take yr time..
sometime sbagai blogger yg tegar..kita perlu berehat (dgn cara mnutup mata:p)..drpd sebarang skrin monitor..baik dari PC @ lap top..
hmm..baru terperasan..biasanya every first wek of d month..mmg HR & AC dept..kebizian..

izman said...

ila,
ha.3x. minggu pertama dan terakhir je bz. minggu lain free yg amat sgt.

Nur a.k.a admansyah said...

take yr time... kami sentiasa menyokong hang! ewaahh..
Rajin ko layan anak bujang ko collect kete erk? hubby aku dh serik coz Aiman (4 thn gak..)ganazz! lps beli jer terus rosak..esp dicabutnya tayar! ntah naper dak laki nie suka nooo main tayar erkk?

izman said...

nur a.k.a admansyah,
nama dah lelaki, biasalah suka kereta. kalau anak jantan aku tu suka main masak2 dan anak patung, mau aku pitam 2 hari.

eleh sama je luqman, jumpa screw driver nanati habis di pomen kannya semua kereta.

Mak Su said...

aku pun hantu gila-gila, miss keluaran dolu-dolu, syok gilaaaa

izman said...

mak su,
patutlah kepala pun gila2.

cendawanintim said...

izman.

aku pon sama berpendapat cam ko...memang keluaran ujang dah tak sehebat cam dedulu...

cam gayour, aku ske lukisan dia yang cantik..

tapi pesal ko tak ske 3 dara pingitan penangan cabai tuh??

papepon aku sohkong benor ko wat salasilah famili tuh, aku nih kezen yang buat, cam ko jugak ler, asyik tertangguh ajer...

tag aku tuh, wiken nanti buattttttt!!!!!!!!!

izman said...

cendawanintim,
salasilah kelaurga tu mmg tgh pulun buat, ye lah takut tersalah silah keluarga sendiri. tak kenal mana ahli keluarga.

3 dara pingitan aku tak suka sebab ape yer.... (apsal aku tak suka ye??)

tag? smart tag ke? teganu pakai smart tag ke? hiway pun tak de. kuang.3x. Opss..! err... nanti aku buat ye.