Tuesday, November 18, 2008

GULAI KAWAH WARUNG TOK JANGGUT @ Kg Pendamar (Port Klang)

bersama kembali dalam rancangan jalang2 cari makang. sebab tengahari tadi aku makan nasi dengan gulai kawah, aku promote gulai kawah la yer.

satu set gulai kawah mengandungi nasi putih, gulai kawah semangkuk, sedikit timun, dan sedikit sambal lada. harga satu set dalam lingkungan RM5.00 ke RM6.00. ni hah set gulai kawah yang aku order.



so far kat area klang/port klang; aku yakin inilah gulai kawah paling sedap dan pekat. ia masih mengekalkan adunan rempah ratus untuk membuat gulai daging dari negeri cik siti wan kembang (kelantan la tu...). pemiliknya adalah orang kelantan.

kepada orang2 area port klang/klang tu terutama ila, tak kan takat makan area jalan cungah je. jom la gi makan kat area kampung pendamar pulak.

lokasi dia senang je (bagi orang port klang la...). korang carilah kampung pendamar. kampung pendamar ni terletak bersebelahan taman pendamar indah 2. nama kedainya ialah Warung Tok Janggut. warong dia terletak betul2 sebelah masjid kampung pendamar. dibuka jam 1030pagi hingga makanan habis. biasanya jam 230 petang makanan dah licin. pelanggan utama warung ni ialah pekerja kilang dan pemandu lori kontena. parking tak yah runsing, dikiri dan kanan masjid tu mmg ada kawasan lapang untuk parking.

cuma diingatkan bahawa dah nama pun warung, tak de air cond. open air concept. meja kerusi pun tahap biasa2 je. selain gulai kawah, turut disediakan ialah sup tulang (pun sedap) dan sedikit lauk pauk untuk nasi campur. goreng pisang dan keropok juga turut dijual. air minuman tu macam2 ada, termasuk air kelapa. air tebu pulak jarang2 ada.

10 comments:

Unknown said...

uhuh, satu lagi entry yg membuatkan daku lapo.. :)

ILA said...

Buat masa ni...nak kurangkan 'jalan2 cari makan'..
nak kurangkan 'chubby' yg sedia ada..
mueheheheh!!!

psssttt~~
Jom belanja gulai kawah!!!
Ehh...kalau bulan posa kat pas.ramadhan andalas pun ada gul.kawah.orang yg sama jual kat kg pendamar juga kah??

izman said...

theconfused,
makan je....

thanks singgah.

izman said...

ila,
cubby pun kalau hubby ko sayang dan x merungut, belasah je.

bila? jgn time aku bizi ngan gaji dan meeting, okey jer.

tu gulai kawah lain, tu pun aku ada cuba. tak sesedap yg ini. tgk selera jugak la...

ILA said...

yessss!!! sila banje cepat!!!:p

Mak Su said...

wow! berasap!

(tiba2 haku teringat kat warung dalam cerita zombie kampung pisang)

izman said...

ila,
jgn cakap kuat, malu aku org tau terhutang belanja ko makan.

cendawanintim said...

lama sangat222 tak makan gulai kawah nih, even kat teganu banyak kedai makan tu..

izman said...

mak su,
zombie kampung pisang? dua kali jugak aku layan tu.

standard aku makan kt warung je....

izman said...

cendawanintim,
kt teganu kat mane gulai kawah sedap?