semalam (14/11/08), wife ajak gi econsave klang beli sedikit barang keperluan dapur dan susu anak. since aku nak tengok crita si wesley snipes jam 9.00pm kat axn, aku cuma cakap had masa membeli cuma sampai jam 830pm je. barang yg tak sempat beli dan bayar dalam masa tu kira beli lain kali. ishh..3x nampak sangat penting movie, padahal dah tengok 3-4 kali sebelum ni.
mujurlah kat econsave orang tak ramai, al maklumlah tengah bulan. so, wife pilih lauk pauk dan aku tolak troley dengan anak2 mencari susu dan barang2 kering.
alhamdulillah misi beli barang dapur siap lebih awal, shopping yg penting2 je. shopping besar2an dah siap hujung bulan selepas hari gaji. lauk pauk dan sayur mayur tak kan beli utk sebulan kot? sebelum tu untuk luqman aku sempat belikan dia kereta james bond terbaru dari filem quantum of solace. alhamdulillah, dah cukup koleksi kereta bond anak bujang aku tu yg 5 buah semuanya.
aku pun tak ingat pukul brape aku tidur, selepas habiskan beberapa movie. tak kisahlah sebab sabtu ahad cuti. keperluan ialah bangun solat subuh je, pastu sambung tidur balik la.
namun, pada hari sabtu sedang2 syok2 layan abby fana dlm rancangan sarapan dimana, dapat sms dari gm nak semua result kpi 1030am hari senin. hampagas betullah. belum siap lagi ni. dengan muka toye dalm jam 1130am aku sampai ke opis utk misi siapkan laporan kpi dari januari sampai oktober 2008. aku tengok hampir semua hod dah ada di parking masing2. kebanyakkan section head dan executives juga dah ada. kui.3x, padan muka korang dan muka aku kena kerja. actually, kalau management staff dipanggil keje hari sabtu, ahad atau public holiday, mereka dibayar sedikit imbuhan. cukuplah isi minyak full tank tu kalau kereta aku. cuma, doq umah lagi seronoklah, tapi kalau terpaksa, datanglah. lagipun hari cuti tiada paksaan datang dan balik. asal kerja siap dah lah.
masuk kerja dlm 30 minit tak sampai, dah jam 12 tgh hari. masa rehat la tu. so, aku dan 2 kawan lagi iaitu saiful dan azmir menghala ke teluk pulai, klang utk pekena yong tau fu sup. so far area klang/port klang ni, itulah kedai yong tau fu sup paling sedap pada aku. Ni ha rupe gerai dia kat persimpangan teluk pulai dan sungai bertek. nama kedai dia ialah .......... korang baca la sendiri, ada tulis kat gambar tu.
pelbagai pilihan ada. berpuluh2 pilihan. mata aku yg tak larat nak bukak ni pun rasa sedikit segar. fish ball, dragon ball, fish cake, crab stick, telur fuyuuh, dan mcm2 lagi lah. sori aku tak zooom kan menda2 tu
ni lah member2 yg join sekali pekena sup tu. yg baju merah tu namenya saiful. dia safety officer merangkap section head utk plant engineering. dialah sponsor makanan dan transport hari ni. konon tak nak terhutang budi pasal aku belanja dia nasi daun pisang la tu. dia ni kira best friend aku la, kami kenal dari kerja kat APM lagi. yg baju hitam tu azmir. masa tengok crita jebon hari rabu lepas, dia join gak. dia ni engineer production. confirm boss dia paksa datang la tu.
inilah rupa yong tau fu sup hasil pilihan aku. gerai ni aku kenal dan kunjungi sejak lebih 5 tahun lepas, selepas diperkenalkan oleh HR manager aku masa kat APM dulu. yong tau fu sup aku tu special sikit untuk aku sebab tak de bawang goreng.
2 org kawan aku tu lebih suka makan yong tau fu sup dengan cicah sos dia. tapi aku suka masukkan semua sos dalam sup. pastu makan, sambil hirup kuah dia. pergh! sedap tu. Ni lah rupa yong tau fu sup aku setelah di campurkan sos dia.
Ok lah. setakat ni dulu rancangan jalang2 cari makang dari aku. gambar aku kat bawah ni masih dalam keadaan sembab lagi, so abaikanlah.
Bon Appetit!
10 comments:
uhuk uhuk uhuk!!! sangatlah aku mencemburui makanan itu..sulu selalu pergi melaka, ada satu kedai khas yong tau fu...aduhh~ enaknyaaa~
kat uum xda???
e-leeyana,
minat ytf gak ke?
kata masa kat uum dulu aku suka char kuew teow kat pasa rmalam chanlun dan joe cendol pulut. masih wujudkan gerai mereka?
AAAARRRHHHHH!!!dah lama saya tak ke Teluk Pulai.Dulu masa duk kat SG Udang..Muka kita orang tiap minggu duk melepak kat yong tau fu restoran tu.sampai kenal sgat owner tu dgn kita orang.so far cuma satu tmpat tu je lahh..yong tau fu nya ada kuah.tapi kat tmpat lain @ pasar tak derrr..(tu yg saya perasan lerrrr..spnjang duk kat klang & banting)
ermm..kau masuk econsave mana tu??pendamaran ye??yg kat teluk Pulai tu ada econmart lagi murah...:D
yong tau fu memang la sodap!!
ila,
ada apenyokong yg ytf kat situ sedaap. sup dia pun sedap.
aku tak suka econmart. sebab? sebab tak sukalah!
cendawanintim,
ko ni bab makan je suka dan sedap.
salam...nanti belanja yong tau fu k..ehehe
arsaili,
boleh, balik malaysia dulu. then dtg klang.
mak ai sedapnye..makanan tuh..adeeh..lapor perut..
weh..anak ko minum susu ape eh?
puterisatu,
sedaaap.
anak2 aku minum susu murah je. susu luqman = dutch lady 3+
susu pika = dumex dugro , dutch lady 1+
Post a Comment