Tengahari tadi (19/11/08), setelah penat dan lapar kerana memerah otak menyiapkan 'kpi' utk 2nd presentation esok, dan menyelesaikan pergaduhan pekerja; aku menjamu diri aku di jusco bukit tinggi, klang.
kebetulan ada seorang rakan nak jumpa ngan aku untuk meminta sedikit nasihat. ini sudah baik. ada peluang makan sedap dan free. jam 12.30 tgh hari dia jemput aku kat office. kawan aku ni jantan la, biasalah nasihat2 orang HR ni kadang2 boleh pakai gak. kami ke jusco. pucuk dicita ulam mendatang. macam tau2 je, si kawan tu tanya " makan kat windmill ok tak?". sambil menahan ghairah aku menjawab "no problemo". so, makan la kat windmill.
ini adalah kunjungan pertama aku kat windmill jusco bkt tinggi. tapi kalau tak salah aku, aku pernah makan kat restoran windmill ni kat subang jaya. area hotel hape ke benda namanya aku dah lupa. cuma aku masih boleh ingat restoran tu ada kincir angin besar di kedainya warna merah. arh... lupakan, sebab akupun tak pasti.
nak snap makanan aku malu, so masa member tu keluar kejab aku snap menu dan keadaan restoran tu. nak snap depan member2 geng ok la, tapi member baru segan sikit la. kang nampak sangat jakun. ni hah yg sempat aku snap.
apa, tak percaya? oklah aku tau kalau tak de gambar korang mesti ingat temberang. kat bawah ni aku snap gambar aku ngan tisu windmill untuk lebih menyakitkan hati cendawanintim dan ila. kalau tak caya jugak korang besarkanlah gambar tu, pastu korang boleh nampak lubang hidung aku dengan lebih jelas. kuang.3x.
sebab aku agak lapar, aku order mushroom soup semangkuk. hidangan utama aku ialah black pepper chicken. untuk air aku cuma ambik ice cappucino. macam biasa sambil2 borak tu kami bedal la roti dulu. sampai sup, bedal sup pulak. then, sampai black pepper chicken, makan jugak lah. ayam dia lembut tanpa tulang, dan fresh. black pepper dia agak banyak. dan yg penting sedap. campuran sayuran pada hidangan black pepper chicken tu pun ok. ia campuran carrot, jagung, kacang pis dan kobis. untuk mushroom sup tu aku rasa agak kureng sikit sebab rasanya macam sup cendawan jenama maggi je. ha.3x, memandai je aku teka.
untuk air mula2 tu aku ingat nak bedal espresso, agak murah lak tu dalam rm6.00 je satu cawan (cawan cinonet la...). espresso ni jarang2 sekali ok lah, last aku bedal dulupun masa kat baywatch cafe petaling jaya. kat baywatch rasanya lebih mahal, dalam rm12.00 kot secawan cinonet tu. tapi rasanya puas hati. kat windmill ni, aku rasa ice cappucino lebih sepadan ngan black pepper chicken. dan rasanya tidak mengecewakan. nice la.
so, sekianlah dulu rancangan jalang2 cari makang hari ni. akhir kata serbulah restoran windmill hari ni.
18 comments:
Bang,
Maaf Menyampuk..
Nasihat orang HR ni mahal. Kita HR person ni memang sibuk. ..lain kali Victoria Station, The Ship le bang Belasah Lobster ke .... kuang 3X.
anonymous,
tak kisah, blog ni open. pro kontra ke belasah je.
bagus la ko ni, mmg mahal, tu kena makan yg mahal. nak charge consultation kan, tak sampai hati.
mmg ada hati nk belasah mkn kat sana, tapi jauh la.
ko org HR jugak ke?
ko tak de blog ke, boleh link...
Salaam tuan,
Rasanya mcm kenal, ex-UUM ke?
Anonymous,
banyak la kamu punya tuan, dan ye memang x-UUM.
uum gak ke? kalau kenal baguslah, boleh terus berkawan. kalau belum kenal, kita boleh kenal2.
apa2 email kat damak_76@hotmail.com
ko ni kan...iskkkkk333..paw orang pas bagi consultation...dosa laa!!
cendawanintim,
ko marah sebab aku paw dan consultation, atau sebab aku makan cendawan sup?
itu offer kat kawan2, sambil makan, sambil bg consulatation.
kalau ko perlu consultation, ko poskan keropok je, special utk ko.
Yea, satu batch lah kita. Rasanya kita sama2 kenal.
Mihahahaha..haku pun slalu buat mcm tu jugak...sape nak "nasihat" haku kena ar banjer...mihahahahhaha
Anonymous,
thank email aku. yup, aku kenal hang. confirm x salah org. aku siap call sham utk kepastian.
irman, akulah sahabatmu yg sama2 berkempen menentang taliban masa kempen p/raya kampus dulu.
Snow Peace a.k.a WaWa,
alhamdulillah, ada jugak geng. maksud dia perbuatan aku tu tak salahlah.
baguslah bleh knal gak ex-student uum cni...cayalah bro,ayatmu memang 'terusss' punya...tiada main selindung lg...sy dah link blog ni...
ajeem,
its good kalau boleh kenal geng2 uum dan x-uum. we are sharing the same pride.
uum ajar kita tak hipokrit.
thank link ngan saya, saya link gak.
lama xmerayau kelang... kekeke.. kampung tempat tumpah darah tu.. kekkee
lama xmerayau kelang... kekeke.. kampung tempat tumpah darah tu.. kekkee
kuchalana,
aku pun rasa jatuh chenta ngan kelang. tu yg malas nak cari keja lain. makanan dia the best.
Salam hormat. Jom sertai kuiz novel !
Sudah lama tidak makan di Windmill...
Apa makanan paling sedap di situ ya ?
Post a Comment