Tuesday, January 12, 2016

Menyusu Di Khalayak Ramai

Menyusu Di Khalayak Ramai.
Polemik kisah ibu menyusu dikhalayak ramai belum reda. kaum ibu dan bapa kelihatan berpuak-puak memenangkan kabilah masing-masing. ya, ada pihak bersetuju dan ada yang menentang, semuanya mengeluarkan dalil dan tahap intelektual. lagi kelakar, ada bocah-bocah (baca : budak kecil belum mumayyis) turut serta mengeluarkan pandangan dangkal mereka. pergaduhan ini tidak menguntungkan mana-mana pihak, ia bagai belacan dikerat dua, yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
sebagai lelaki, bapa dan suami, aku menyokong 100% penyusuan ibu. kesemua 4 orang anakku menyusu susu ibu sejak lahir hingga berusia 2 tahun (nota : mungkin lebih).
sebagai suami, aku memahami keperluan anak yang sentiasa kelaparan dan ingin menyusu tidak kira tempat. anak aku juga sama, walaupun dipujuk, mereka tahu nak menyusu, nak sekarang! itulah bahasa bayi yang kita ibubapa kena terima.
biarpun sering bersiar-siar, makan angin dan bersosial diluar, isteri aku tidak pernah sesekali menukar penyusuan ke susu botol untuk anak-anak kami dibawah usia 2 tahan. tidak pernah!. namun dalam menjaga norma wanita Islam dan warga Timur yang beradap, isteri mengenakan pakaian yang longgar dan tudung yang labuh. ia dapat menutup aurat sepenuhnya semasa menyusu.
teringat semasa kami bercuti di Singapura, tahap mentaliti orang metropolitan di sana mereka sangat terbuka. ibu-ibu muda selamba sahaja menetek di dalam MRT dan kawasan terbuka. majoriti masyarakat mereka juga sekadar selamba berbuat hal masing-masing. namun bagi kami, sebelum berjalan-jalan, anak disusui kenyang di hotel. disenggang waktu, isteri menyusui anak di surau/masjid. jika anak mula menangis di tempat awam, isteri terpaksa menyusukannya. jadi sebagai seorang ayah beragama Islam dan berakal kancil, aku membukakan payung dan menutupi pandangan isteri menyusu daripada mereka yang bukan sepatutnya.
aku tidak moden dan terbuka?
betul. aku belum semoden itu. dan aku tidak tega aurat isteri dilihat orang. namun jika dilihat sejarah keterbukaan masyarakat menyusu di khalayak ramai tanpa malu, viral di KLCC itu tiada apa-apa langsung. semasa aku membesar di kampung batu balai dan damak dahulu, kami terbiasa melihat ibu-ibu kaum orang asli menetek di dalam bas dan di pekan sahari. ia nampak keseluruhan dua bijinya. biarpun mereka hitam, rambut berketak-ketak dan selekeh, kami terdidik untuk menghormati masyarakat lain. kami sekadar mengalihkan pandangan biarpun kaum bapa dan masyarakat mereka tidak kisah sesiapapun memandangnya. namun, setelah orang asli (nota : di kenali juga sebagai orang asal) ini menerima ajaran Islam, mereka turut memelihara kehormatan mereka dan mengembalikan malu di dalam silu mereka. jika dahulu mereka pengamal budaya animisme, kini semua tingkah mereka berpandukan ajaran Islam dan membuang adat yang bercanggah syarak. bagi mereka, 'Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah'.
teruskan menyusu anak dengan susu ibu sepenuhnya, dan lindungilah aurat anda.
iklan : ikutilah kisah pengalaman ibu bekerjaya menyusu anak dengan membeli buku aku "JANGAN SENTAP, OKEY!" terbitan Alaf 21 Karangkraf. Rujuk judul 'Anak Susuan' dan 'Pusat Pengumpulan Susu Segar'. whatsapp 0182678719 untuk pertanyaan dan pembelian terus dengan penulis.

Monday, January 11, 2016

Rehat

Rehat.
Sejak hari jumaat malam sabtu hingga 8.00AM ini aku tidak mengaktifkan internet dirumah. ribuan whatsapp dan pm bertalu-talu pagi ini. insyallalah nantilah aku tengok semuanya itu kemudian.
sepanjang aku tidak online, dunia sebenarnya berjalan seperti biasa. hanya beberapa sahabat yang rapat call dan mesej bertanya khabar kerana tiada kewujudan aku di alam maya dan tiada posting di fb dan whatsapp. sebahagian besarnya tidak peduli, ia ibarat 'datang tak menambah, pergi tak mengurang'. itulah sebenarnya hakikat kita didunia fana ini.
paling menarik apabila tidak beronline ialah kehidupan pada mulanya seakan kekok, tapi beransur seronok. aku banyak masa nak bergurau senda dengan anak-anak dan isteri (mmm...). kami lebih banyak melakukan aktiviti bersama.
di saat membilang hari menginjak usia 40 tahun ini, banyak sebenarnya benda hendak dikejar. maklumlah, semasa usia muda belia kita selalu dibuai angan-angan dan nafsu. cuma aku berdoa agar janganlah pula sampai 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. rugi!
insyallah aku akan berposting seperti biasa, jika aku ada idea. ada jugak sahabat yang rindukan posting aku rupanya, termasuk rakan yang selalu tak sebulu dengan tulisanku. ia ibarat 'jauh bau bunga, dekat bau tahi'.

Delima Merekah

Delima merekah.
Sebab tak ada idea nak cerita, aku kongsi cara makan delima cara aku. Delima ini makan mingguan kami sebab di pasar malam murah; RM5 untuk 3 biji. Kalau pergi lewat sikit, dapat 9 biji untuk RM10.
Rasanya sedap tapi ramai yang malas mengupasnya. Ini cara aku mengupas buah delima pasar malam ini.
1. Kerat dua.
2. Potong 4 penjuru buah. Jangan putus.
3. Ketuk belakang kulit dengan senduk kayu dengan kekuatan sederhana. Kalau kuat, kena tangan... sakit!
4. Licin. Semua isi telah tertanggal. Boleh dimakan begitu sahaja. Biji tu boleh sembur. Bon appetite!

Friday, January 8, 2016

Dilwale

Dilwale .
Lagu tema filem hindi 'Dilwale' menjadi lagu terakhir sebelum aku matikan enjin kereta pagi tadi .
Sejujurnya dahulu aku adalah peminat SRK dan Kajol (nota : Preity zinta lebih digilai kerana lesung pipitnya).
Sebut apa sahaja filem SRK, pasti aku hafal lakon layarnya. Malah aku membeli vcd/dvd originalnya di pasaraya mydin. 
Namun semua kegilaan itu berakhir apabila gadis yang sering menyokong minatku itu meninggal dunia (nota : meninggalkan aku). Filem SRK terakhir sebelum kami berpisah adalah Kabhi Kushi Kabhi Gham (KKKG) .
Semenjak itu aku tidak pernah menonton apa-apa filem hindi lagi . Tidak sesekali!
Ya, Aku tidak tega mengenang saat ditinggal kekasih . Jika disaat aku masih tidak bersedia diikat aku ditinggalkan, aku pasrah . Tapi ia terjadi setelah aku tinggalkan semuanya untuk dia . Pelamin anganku musnah . Benarlah kata scorpions; "what you give , you get back " .
Mujurlah ada si model sambilan dan promoter pasaraya itu terus disisi . Jika tidak, tentu aku kesunyian.
Rasanya ia berlalu lebih 10 tahun aku tidak pernah menonton apa-apa filem hindi lagi . Kali ini aku nekad untuk menonton Dilwale. Bukan untuk mengenang cinta lara, tidak pula menagih kasih arwah yang telah tiada. Ia sekadar belajar berkasih untuk dicurahkan pada isteri tersayang.
Lagipun aku dah lama tak menangis tengok filem.

Buku Pilihan : Di Bawah Lindungan Ka'bah

Hamka - di bawah lindungan ka'bah.
berjanggut urusan disini. Nasib baik ada peneman.

Kedai Ustaz Kota Damansara

Kedai Ustaz Kota Damansara.
Balik kerja singgah jab kedai ni beli pengecas untuk handphone 3310 aku. Harga kat sini memang termurah. Huhu.

Thursday, January 7, 2016

Jiwa Pengakap

iwa Pengakap.
Aku berpengakap sejak darjah 4 di sekolah kebangsaan damak lagi. Ia berterusan hingga aku ke universiti sebagai kelanasiswa, dan memperolehi sijil manikayu 4A.
Setelah bekerja, aku terlalu sibuk melayan jiwa dan melupai hobi ini. Sehinggalah suatu hari pada tahun 2014 aku kembali mendaftar diri di sekolah anakku sebagai pembantu guru pengakap lantaran banyak ilmu berpengakap telah kusam.
Insyaallah pada tahun 2016 ini aku berhajat ingin lebih aktif berpengakap dan ingin berbakti di peringkat daerah pula. Mana tahu 6-7 tahun lagi boleh menjadi penolong pesuruhjaya daerah pula. Huhu.
Apa-apapun nak kena banyak membaca untuk tambah ilmu didada. Tengahari tadi aku membeli 2 buah buku pengakap kanak-kanak sebagai panduan.
Berbanding zaman aku dulu yang semua berebut menjadi ahli dan berkhemah disana-sini, pengakap hari ini ramai yang terpaksarela masuk ahli namun tidak beraktiviti. Ia ibarat hidup segan mati tak mahu.
Semoga aku menjadi sebahagian ahli yang mengembalikan kegemilangan ini.
" sekali berpengakap, terus berpengakap".