Monday, September 21, 2015

Bawang


Betul telahanku. Himpunan kritonite (baca : bawang putih yang dikupas kulitnya) adalah puncanya.
Alhamdulillah, setelah minum sirap laici segelas besar, kesan radiasi itu berjaya dihapuskan

Pilihan Motivasi Terbaik

Pilihan motivasi terbaik.
Teruja dengan gambar yang dikirim sahabat lama aku, bro Kuantan Klasik. Dia mengambil gambar poster buku aku di pesta buku popular di kuantan pahang yang berlangsung sepanjang cuti persekolahan ini.
Sama ada ia buku motivasi terbaik atau sekadar syok sendiri, anda nilaikanlah sendiri.

Sunday, September 20, 2015

Gelang Manik

Gelang manik.
Petang ini kami sekeluarga tidak kemana-mana kerana hujan lebat. Syukur, Aku sempat menyiapkan dua cerita pendek dan satu draf novel.
Aku menulis ditemani anak perempuanku, pika yang asyik dengan aksesori maniknya.
Tiba-tiba dihulurkan seutas gelang manik yang mempunyai namaku. Aku terharu dan menciumnya.
"Rm1 ye ayah, duit modal manik", ujarnya.
mmm...

Friday, September 18, 2015

Pesta Buku Popular di Kuantan

Pesta Buku Popular di Kuantan.
Kepada peminat buku yang nak dapatkan buku aku dan lain-lain dengan harga diskaun, sila ke pesta buku berikut:-
PESTA BUKU POPULAR
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. 
18 hingga 27 September 2015.
Sahabat aku yang pergi dan beli, tolong ambil gambar dengan poster buku aku hak besar gedabak tu. Pastu pos kat facebook.
Hadiah?
semoga Allah jua membalasnya.

Thursday, September 17, 2015

Jangan Sentap, Okey! @ Popular Starmall Mentakab, Pahang

Sahabat saya, Ayie Robben menunjukkan buku saya yang ditemui di KEDAI BUKU POPULAR STARMALL MENTAKAB, PAHANG pada 17 September 2015.

Sebungkus Jeruk, Sebuah Harapan.

Sebungkus jeruk, sebuah harapan.
Semalam isteri menyuarakan hasrat ingin membeli jeruk madu pak ali. Hari ini aku bersusah payah mencarinya sekitar kota damansara.
Ye lah... hasrat orang mengidam harus segera dipenuhi. Bimbang juga anak yang lahir nanti meleleh air liurnya.
Alhamdulillah, dapat. Aku beli sebungkus. Cukuplah buat melepas hajat. 
Sampai di muka pintu, bungkusan jeruk di sambut anak bongsuku fahmi. Isteri solehah di dapur menggoreng keropok lekor buat menjamu lelah sang suami.
Sedang aku menjamah hidangan, rupanya anak-anak berkenduri jeruk habuan si ibu; licin tidak bersisa.
Tidak tega memarahi anak- anak yang girang , aku pula berhati walang. Bimbang pula isteri kempunan, lantas membawa diri ke batu belah batu caves.
"ayang, jeruk habis anak-anak makan. Esoklah abang gantikan", ujarku lembut, bimbang penerimaan wanita hamil yang kempunan.
Isteri senyum, dan menjawab " oklah tu, memang anak-anak yang minta. Semalam mereka nampak di anggerik mall, tak sempat beli sudah kehabisan".
"Bukan ayang mengidam?.. mengandung?, soalku lagi.
Isteri mengeleng, dan menjawab sambil tertawa, "Mengandung apanya, kan makan noriday".
Aku menghantuk kepala ke bucu meja, meratapi generasi yang hilang dan harapan yang kelam.

Monday, September 14, 2015

Sebungkus Megi, Sebuah Cinta.

Sebungkus megi, sebuah cinta.
Memang rutin aku bangun awal pagi, dan seperti biasa perut juga minta diisi.
Roti, biskut, pisang dan choki choki menjadi alas perut. kadang-kala megi (baca : mi segera) juga menjadi menunya.
Ya, aku tau ramai akan berkata, megi tak baik untuk kesihatan. Aku sangat faham. 3 kali aku baca jurnal tentang keburukan megi seketika dahulu. Malah bertahun juga aku menjauhinya.
Mendengar ceramah pemilik kilang megi jenama lokal semasa kursus dr azizan osman, rupanya yang bahaya itu cuma lilin makanan yang diguna agar mi tidak melekat. Sebelum masak mi, rebus mi dan buang air pertamanya. Senang bukan!
Perasa lagi bahaya la. Adoi.. di dunia hari ini semua makanan kita makan termasuk kita masak dirumah, kita dah tabur racun/ toksin di dalamnya. Manakan tidak.. kita nak sayur tak dimakan ulat, buah yang berkilat, aneka sos dan serbuk perencah segera. Semua tu racun pembunuh jangka panjang.
Aku tabik pencipta megi, kerananya ramai budak hostel/kampus mampu meneruskan hidup untuk belajar (baca: main karom, terup, movie), Ada keluarga miskin terisi perutnya dan ada orang mampu terus bekerja hingga gaji berikutnya.
Untuk aku?
Perut dah kenyang selepas makan megi, aku boleh sambung menulis. Siapa tahu sebuah karya agung bakal lahir.
Atau, seorang bayi bakal lahir. Ye lah, tenaga dah dicaj, dan anak-anak sedang lena.
Mmm.....