Sunday, September 13, 2015

Yeah.. Aku Masuk Surat Khabar!

Yeah... aku masuk surat khabar!
Dari pagi tadi hidungku kembang tak kuncup-kuncup, dan aku senyum tak henti.
Ia gara-gara kisah dan muka aku masuk surat khabar SINAR HARIAN hari ini , 13.9.15 di sisipan ZASS , ruangan GILA BUKU @ PROFIL , muka surat Z6 (nota : aku sengaja tulis semuanya supaya korang beli dan baca juga).
Semoga peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan karya aku lebih dikenali dan dibeli. 
Syukur Alhamdulillah.

Friday, September 11, 2015

Pesona vs Pelukan

Pesona vs Pelukan.
tiada cerita menarik malam tadi, aku mendengar radio sahaja sambil berusaha menyiapkan novel yang semakin hari semakin besar konflik penceritaannya. susah jadi penulis rupanya.
kerjaku terhenti apabila lagu yuna dimainkan. aku mendengar lagu dengan khusyuk.
"Ayah, ayah ni suka neelofa, yuna atau najwa latif?", tanya anakku.
aku menarik nafas panjang dan menjawabnya, " semua tu ayah suka. Yuna ada pesona suara. najwa latif ada pesona menyanyi dengan memetik gitar. neefofa, paling ayah suka. neelofa ada pesona wajah."
" ya, ayah rasa neelofa berlakon pun tak sehebat mana, tapi pesona dia buat ayah suka.", jawabku.
"pesona tu apa ayah?", soal anakku lagi.
aku senyum dan menjawabnya, "Pesona itu daya tarikan. macam neelofa, dia tak bertudung aura pesonanya dah cantik. Bila dah bertudung, lagi cantik pesona wajahnya. tengok bila neelofa kita jadi senyum, hati sedihpun rasa suka".
anakku diam. faham benar mereka dengan minat ayah mereka pada neelofa.
tengah malam itu setelah anak tidur.
baru sahaja baring, isteri sudah menegur sinis, " aik, salah bilik ke?, tadi bukan main puji neelofa. ni nak peluk bini pulak. pergi la peluk neelofa.".
"isteriku tersayang (baca : isteri hanya satu), kan abang cakap tadi, artis-artis ni kita minat cuma kerana pesona. seronoknya cuma dimata tapi ia tak lekat dihati."
" antara pesona neelofa dan pelukan isteri, sudah pasti abang pilih pelukan isteri. kerana di dalam pelukan isteri itu ada kasih sayang dan ada ubat untuk merawat hati rawan". kataku jujur.
ya, pagi itu aku lewat lagi.

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH
Ucapan SYUKUR kepada ALLAH dan TERIMA KASIH kepada semua sahabat atas sokongan kepada semangat ilmunya dengan terus membeli dan membaca buku-buku anak tempatan.
Terima kasih kerana menyokong buku penulis kecil seperti saya. Insyallah jiwa besar saya akan lebih bersemangat untuk berkarya.

Thursday, September 10, 2015

Putus Kerana Bawang

Putus kerana bawang.
Sambil bersandar kekenyangan selepas menikmati lamb chop di restoran FA di kompleks pkns shah alam, aku rasa membazir melihat coleslaw tak terusik.
Aku bukan jenis tak makan sayur, cuma bawang.
Ya, aku dengar ada yang mengata aku dengan sindiran belum pernah dengar ada orang mati makan bawang. Ya, kalau aku makan bawang, dan kau akan dengarlah!. Kau seronok?
Sejujurnya bukan aku minta tak boleh makan makan bawang. Sumpah! Aku pernah cuba makan dan natijahnya aku terbaring di pembaringan lesu tak bertenaga seperti superman terkena kriptonite.
Pernah suatu ketika seorang kekasih yang sangat aku sayangi ( baca : semua kekasih aku sayang) bertanya padaku ketika makan di restoran makanan segera.
"Betulkah orang bercinta sanggup redah lautan api untuk kekasihnya?", soalnya menggoda. Aku angguk.
"Kalau betul izz cintakan honey ( nota : aku ubah nama panggillan untuk jaga hati insan yang terlibat), buktikan! Cuba makan onion ring ni. Sekali gigit pun cukup", mintanya dalam nada mengghairahkan.
"Awak cakap apa ni? Kalau nak saya mati, letak je racun tikus dalam burger tu. Awak bukan tak tahu saya pantang makan bawang , lagi nak paksa".
"Jika bawang menjadi ukuran kesetiaan saya pada awak, kita putus", kataku tegas.
Si dia menangis tersedu-sedu, sedang aku terus menghabiskan burger dan air karbonat. Tak baik membazir, aku yang membayarnya tau.
Tamat.
Korang tanya betulke putus?
Memang putuslah.
Jangan cuba membawangkan cinta aku, aku tak sanggup.

Wednesday, September 9, 2015

Paid for doing nothing.

Paid for doing Nothing.
Setelah menunggu dari 230pm, meeting yang kami tunggu dibatalkan.
sebagai seorang manusia yang positif, aku tidak mengeluh atau marah-marah (baca: aku tipu).
aku bersyukur kerana nak kena hadiri meeting, masuk waktu aku terus solat (baca : biasanya solat dihujung waktu). 
memang betul jika ia digunakan untuk bekerja, banyak kerja yang mampu diberesin. tapi siapa peduli kerja, jika majikan yang suruh jangan buat kerja. just sit and wait.
ya, aku tau ada yang sinis berkata yang orang HR memang tak ada kerjapun!. cakaplah depan aku, nanti tayar kereta kau aku suruh pekerja pancitkan. aku dah pernah buat dulu dengan 'trainer' yang pernah datang syarikat aku yang lepas-lepas.
dah HR bagi dia peluang bagi seminar, nak kenakan HR pula. apa kau ingat lawak jenis kerja dan batu-bata tu relevan lagi ke?. kereta kau tak kena baling dengan batapun dah kira baik.
berbalik kepada kisah aku duduk saja tadi, aku nak buat kerja tapi syarikat suruh aku relaks. so rilekslah! jika duduk saja-saja, syarikat kata kita curi tulang. tapi kalau syarikat suruh kita duduk saja, itu rejeki namanya.
syukurlah ada teknologi nokia 3310. dapat juga aku mengasah minda dengan bermain ular, tembak-tembak jet, soduku, facebook dan whatapp.
nota : jangan baca dengan mode yang serius. ia 70% adalah bahan lawak

Tuesday, September 8, 2015

Doa-doa yang dimakbulkan.

Doa-doa yang dimakbulkan.
Aku membaca whatapp rakan sekampung yang memberitahu aku yang dia telah membeli buku aku, 'JANGAN SENTAP, OKEY!' setelah ternampak buku aku di kedai buku. dia mengaku tidak berapa minat buku, tapi terbeli juga buku aku. terima kasih atas sokongan, aku menghargainya.
dalam pada aku bersyukur dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan pembaca yang langsung tidak mengenali aku, aku percaya ia adalah rezeki daripada Allah.
bermula dari kosong, aku mula mencoret, dibukakan peluang berkarya untuk penerbitan oleh rakan-rakan yang baik hati. malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa laluan ini dibuka hasil doa-doa orang-orang disekeliling aku.
ya, aku juga berdoa, tapi boleh jadi doa yang makbul itu datangnya dari rakan-rakan yang aku tidak kenali.
aku masih ingat, ketika aku baru pulang dari mengambil buku hasil karyaku buat kali pertama dari karangkraf, aku singgah minum di sebuah kedai makan. sedang menunggu roti canaiku sampai, seorang jurujual lelaki dalam usia 20an menghampiriku.
"Bang, bagi saya 5 minit bang. saya nak cerita mengenai produk saya ni", kata jurujual itu.
aku memandang wajahnya yang basah bermandi peluh.
"Berapa harga satu, saya beli", kata aku sambil menyeluk poket untuk membayarnya.
"biar saya terangkan dulu bang, nanti abang fikir nak beli ke tidak", katanya lagi.
Aku terus bertanya harga dan kemudian membayarnya. jurujual itu bertegas mahu terus bercerita mengenai kelebihan produk jualannya.
sebenarnya, aku tidak perlukan produk itu, tapi aku terasa ingin berkongsi kegembiraan aku dengan membeli produknya pula.
kerana dia bersungguh-sungguh, aku menyuruhnya duduk dan memaksanya memesan makanan jika ingin terus duduk bersamaku. dia akur. nasi ayam dan sirap ais menjadi pilihannya.
habis dia bercerita, aku menyuruhnya makan. sambil dia makan, seperti tabiat orang HR yang lain, aku pula bertanya pelbagai soalan mengenai kerjayanya.
dia bercerita mengenai hidupnya yang susah, merantau ke bandar mencari kerja tanpa bekalan apa-apa sijil. menjadi jurujual berasaskan komisen. jika terjual, dapatlah mereka Rm5 ringgit bagi setiap produk.
"Hari ini dah dapat berapa jualan?", soal aku lagi.
dia memandang wajahku dan kemudian air matanya meleleh. cepat-cepat di sapu air mata itu dengan lengan bajunya.
" sejak saya jadi jurujual 3 hari lepas, abanglah orang pertama beli. biasanya jika saya datang dekat, cepat-cepat orang halau saya. pagi tadi van syarikat letak saya dan 2 kawan saya kat kawasan sini, saya langsung tak dapat nak promosi, kena halau je. kata kami ganggu mereka nak makan."
" saya sendiri cuma makan roti 85 sen beli kat 7eleven je tadi". jelasnya lagi sambil mengelap air mata.
aku juga sebak, cepat-cepat aku menyuruhnya menghabiskan makanan sambil berpura-pura aku ada mesej yang perlu dijawab. aku tengok dia makan dengan berselera.
kami berbual-bual seketika sambil aku memberikannya nasihat dan beberapa tips ketika berurusan dengan orang ramai. seketika kemudian aku meminta diri untuk kembali ke pejabat.
dia menolak apabila aku hulurkan sedikit duit untuk belanja. "abang layan saya baik, abang belanja saya makan, dengar luahan saya, saya dah cukup berterima kasih. saya berdoa agar Allah makbulkan impian abang (baca : neelofa bukan impian aku, cuma khayalan. aku harap isteri aku faham).", katanya lagi.
aku sekadar mengaminkan doanya itu sambil tersenyum. sebelum berlalu, aku bersalam dengannya. segera dicium tangan aku. aku sekadar menepuk belakangnya dengan tangan kiriku.
di dalam kereta, aku menyeka air mata yang tadinya ku tahan.
semoga Allah merahmati dan memudahkan jalan buat anak muda itu.

Ayah buat baby boleh tak?

Ayah buat baby boleh tak?
Teringat kisah dua malam lepas, sedang aku asyik mengarang novel (baca : harap ia karya kedua aku selepas buku 'jangan sentap, okey!'), anak bongsuku menegurku.
"Ayah, ayah boleh buat baby tak?".
Dengan penuh sifat kebapaan aku memeluknya dan berkata, "boleh! Adik fahmi nak baby ye?".
Dia mengangguk.
"Malam ni adik tidur awal ye. Nanti lagi 9 bulan 10 hari, adik fahmi ada baby", kataku lagi.
"Tak nak semiyan buyan!. Nak ayah buat baby sekayang!", katanya tegas dalam pelat. Dia kemudiannya berlalu pergi kepada umminya.
"Maafkan ayah adik fahmi, permintaan 'Baby instant' tak dapat ayah penuhi", hatiku mengeluh. Aku meneruskan plot novel yang terhenti di bab 15.
Seketika kemudian fahmi datang semula kepadaku dan menunjukkan sesuatu. "Ayah... adik dah ada baby. Ummi buat", katanya girang.
Aku ketawa. Nak buat 'baby' ni je rupanya.