Friday, February 20, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : RUMAHTANGGA

Rumahtangga.

Usai solat & berdoa, anak-anak bersalam dan aku mencium mereka satu persatu.
Anak ke 3 ku mira sambil duduk diriba bertanya:

Anak: ayah... bila ayah nak ada rumahtangga?
Ayah: (terkejut sedikit... bila pulak aku berdoa utk berumahtangga lagi). Kan ayah dah                                     ada rumahtangga.
Anak : mana?
Ayah : inilah rumahtangga ayah. Ada ummi, ada abg luqman, kakak pika, ada mira, & ada adik fahmi.
Anak : mira tak nak rumahtangga ni. Ayah cari la rumahtangga baru.
Ayah: buat apa rumahtangga baru? Inikan dah seronok.
Mira : mira tak seronok la rumahtangga ni. Ayah cari la rumahtangga baru ye.
Ayah: ishh... jangan cakap kuat-kuat nanti ummi dengar, ummi marah. Mira nak ke ada ummi lagi                   satu? Cantik macam neelofa tapi garang? Ayah masa tu dah tak boleh ada kat rumah ni tiap-tiap           malam. Malam ni ngan ummi, malam esok dengan aunty neelofa pulak. Nak?
Anak: alah ayah ni! Mira bukan nak rumahtangga tu. Mira nak rumahtangga macam rumah tokma kat             kampung. Mira boleh main-main panjat-panjat tangga.
Ayah: oh... mira nak rumah yang ada tangga macam rumah tokma ke?
Mira : ye la. Rumah kitakan tak ada tangga. tak best la.
Ayah : (mmm... nak rumah yang ada tangga rupanya. Ingat nak suruh kawin lagi satu).


GAMBAR YANG DILUKIS DAN DIWARNAKAN OLEH MIRA, 6 TAHUN.

Thursday, February 12, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : PARK SHI ON

Park Shi On.

Tersenyum sendiri teringat peristiwa pagi tadi.
Nak keluar kerja, macam biasa bersalam dan mencium anak-anak (dan isteri). Aku melihat rambut luqman agak serabai.
Jd aku menegur.

Ayah : kenapa tak sikat rambut. Serabut nampak.
Anak: ala ayah ni... ni style rambut Dr. Park Shi On la...
Ayah : Dr Park Shi On cerita 'Good Doctor' tu ke?
Anak : ye la. Rambut dia style. Tu Dr Cha suka dia.
Ayah : pergi pakai minyak rambut dan sikat sekarang.
Anak : ala ayah ni...
Ayah : pergi sekarang.. sebelum ayah mengamuk macam ayah Dr Park Shi On.
Anak : yelah...


Sumber Gambar : internet /Google

Saturday, January 31, 2015

KARIPAP GERGASI @ JOHAN SETIA, KLANG

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.

Unuk kali ni aku nak cerita mengenai KARIPAP GERGASI.

No! No! No! bukan untuk gergasi makan, tetapi orang yang bernafsu seperti gergasi, aku la tu... hehehe

inilah rupanya karipap gergasi yang dijual di kampung Johan Setia, Klang. Aku plan nak beli 3 biji iaitu karipap ayam, daging dan telur tetapi yang daging dah habis. so... cuba dua jenis lah. 

Kalau tengok saiz dengan pembaris anak aku tu... memang panjang. dalam 18CM. 


Ini karipap gergasi berinti ayam... dan kentang. harga RM2.50 sebiji.

Ini pula karipap gergasi berinti telur. harganya RM2.00 sebiji.


Rasanya: sama macam karipap yang biasa, cuma saiznya yang digergasikan. secara jujur aku tak kan beli lagi sebab kepuasannya tak sama macam mekan karipap biasa. yang nyata... aku rasa intinya kurang menyengat.

Rating : 5/10 (Karipap)

Lokasi :
GERAI MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KG. JOHAN SETIA, KLANG

Friday, January 30, 2015

ALMAEDA ARABIAN CUISINE - AYER @ 8 PUTRAJAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

atas urusan syarikat, hari ni (29/1/2015) aku ke Putrajaya.

 selesai urusan ngam2 lunch, so aku ajak member pergi makan. dia cadangkan nasi arab. biarpun aku diet, sebagai orang yg menghormati sahabat, aku lupakan diet seketika (uwekkkk).

restoran makanan arab ni terletak dikawasan yang baru dibuka di presint 8. nama bangunan pun dah buat aku tergelak AYER @ 8.


view dari restoran ni cantik. mengadap tasik putrajaya. makan kat dalam buleh, kat luar buleh.



ini set nasi yang aku pilih. kawan aku tu pun pilih ni jugak, senang masak sekali.
kami pilih LAMB KABSA.


 kesimpulan :
sebab aku yang bayar, pada aku memang sedap. nasinya banyak dan terasa rempahnya. portion kambing nampak macam rebus biasa2 je, tapi percayalah mmg sedap. lembut dan juicy. 
menambah kelazatan ialah kuahnya. aku sampai order 2 mangkuk setengah.

 untuk restoran ni, memang pada aku terbaik. aku rekomen pada peminat nasi arab untuk rasa. kalau sedap, korang tag lah fb aku. kalau tak sedap, korang soundlah sikit tokey kedai tu.

 

 alamat? ini peta lokasi aku ciluk kat fb restoran tu. korang carilah. 
kalau nak belanja aku makan, call aku.



Wednesday, January 28, 2015

WARUNG NASI AYAM BEREMPAH @ TMN SAINS SELANGOR 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam lunch aku dah bedal western food, so hari ni (28/1/15) dah sengkek, jadi aku makan kat warung tepi jalan je lah.

macam biasa, makan dekat2 je sebab aku lunch 45 minit je.

hari ni aku pergi makan di WARUNG NASI AYAM BEREMPAH yang terletak disebelah stesen minyak petronas Kota Damansara. Petronas tu ada Maybank Islamic.

area? taman sains selangor 1, Kota Damansara. ala.. korang cari je Segi College. tak jumpa SEGI? tepi jalan tu korang akan nampak TROPICANA MEDICAL CENTRE, jadi warung ni betul2 depan pagar hospital swasta tu.

kalau dalam 1130am korang nampak orang empat berbaris panjang tu, betullah tu. kalau ternampak muka aku tu, jangan lupa tegur. dah tegur tu tak reti2 nak belanja.



inilah rupa van/lori peniaga nasi ayam berempah. dulu pakai van je. sekarang dah siap ada warung. bungkus boleh, makan situpun boleh.

 ni rupanya hospital swasta Tropicana Medical Centre. warung tu tepi jalan dan diluar pagar,           jangan korang cari kat dalam pulak.
 
 kalau korang was-was, korang tengok kat van/lori tu nama ni. kalau betul, memang betullah.



 selain nasi ayam berempah, warung dan van ni ada jugak jual goreng pisang, 
buah2 potong, kerepok dan air bancuh.
 


ini set untuk yg nak bungkus. ada kuah ayam.

ini untuk set makan di warung. kuah siram sendiri nak banyak mana. tak cukup... tambah aje.

kesimpulan :
aku dah jadi pelanggannya dah dekat setahun, so memang sedaplah. lagi sedap bila hujung bulan macam ni, gaji tak masuk lagi, inilah sajian yg paling sedap.
harganya cuma RM5.50. complete set ada nasi, ayam berempah, sambal, timun, acar dan pilihan 2 jenis kuah.
kalau beli, korang ambik banyak sikit dia punya habuk ayam tu, memang marveles sedapnya.

ia banyak, ia sedap, dan yang penting ia murah.

alamat?
woi... alamat ke benda... kan aku siap bagi landmark kat atas tu. cari je lah.

oklah... aku bagi jugak lah...

WARUNG NASI AYAM BEREMPAH
Sebelah Petronas Taman Sains Selangor 1
Berdepan Tropicana Medical centre
Taman Sains Selangor 1
Kota Damansara, 47810 Kota Damansara
Selangor Darul Ehsan.

Tuesday, January 27, 2015

MR STEAK HOUSE @ SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

memulakan tahun 2015 ni aku bertekad untuk mengaktifkan semula blog ini yg telah lama bersarang labah2.

topik yg aku suka semestinya..... MAKAN.

hari ni, 27/01/2015, aku telah lunch di sebuah restoran berdekatan tempat kerja aku iaitu MR STEAK HOUSE.

dekorasi restoran ini menarik.






aku telah memilih chicken chop. itu je lah western food yang aku reti.



chicken chop ini didatangkan dengan mushroom souce. mmm....nice.
keseluruhannya aku suka. semestikan akan datang lagi.

alamat ? 
korang tengok je lah kat resit tu ye.
















Monday, January 26, 2015

PESANAN UNTUK ANAKKU : ROTAN

Rotan.

Anak2ku, ayah yakin kamu semua dh tau menteri ckp di masa dpn, kuasa rotan ayah tlh ditarik. Ayah blh dipenjara jika berani menggunakan terhdp kamu.

Sbg pengundi BN setiap kali pilihanraya ayah akur, itulah model pemimpin yg ayah selalu sokong biarpun datuk kamu ckp byk pemimpin mereka lebih bodoh dari unta mekah. 

Dlm kamu bergembira bila rotan ayah nanti sekadar buat telunjuk mengajar mengaji, ayah nk kamu ingat berapa kalikah ayah pernah gunakannya utk menghukum kamu?

Ya... ayah tau mmg sakit bila dirotan. Ayah kecil2 dulu lg byk kena berbanding kamu. 

Ayah merotan bukan kerana ayah suka, tetapi supaya kamu ingat agar tidak keterlaluan dlm bergaduh adik beradik, tidak lalai dlm urusan agama, dan tidak lalai dlm pelajaran.

Ketiga2 sebab itu bukan utk ayah, tp utk hidup kamu. 

Ayah tidak punya harta utk kamu bermewah. Ayah juga tidak mengharap harta kamu bila ayah dh tua nanti. Duit epf ayah ada, rasanya cukup rm500k sementara ayah pencen. 

Masa tu ayah dh cukup tua dan x larat utk berbini baru. Cukup sekadar ayah bawa ummi kamu bercuti ke paris dan buat haji di mekah.

Anak2 ku,
Dlm membesar dan menyekolahkan kamu, tlh bergunung hutang yg ayah buat. Ayah bawa bekal utk ke pejabat. Pagi roti, petang roti juga.

Perut ayah buncit bukan sebab makan mewah tp sbb kesan sampingan ibu roti yg ayah makan setiap hari.

Anak2 ku,
Ayah yakin kamu akan membaca entry ayah ini, jgn terlalu gembira dgn larangan rotan sbb ayah tak akan mematuhinya. 

Apalah sgt hukuman itu berbanding melihat kamu berjaya, hidup beriman dan rukun adik beradik.
Ayah puas hati di hadapan Allah nanti biarpun dihukum di dunia kerana ayah dah cuba laksanakan t/jwb ayah. Ayah harap kamu juga dpt berdiri disana dgn megah yg kamu bukan anak derhaka.