Showing posts with label Lawak Anak-anak Izman. Show all posts
Showing posts with label Lawak Anak-anak Izman. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Telatah Anak Izman : Jangan Tengok Yang Belum Buat.

Jangan tengok yg belum buat.

selepas minggu lepas periksa sekolah kebangsaan, minggu ni periksa sekolah  agama... bagi anak, merdeka seketika.

Teringat anakku pika balik sekolah suatu hari dulu awal bln feb bgtau..
Pika : ayah, hari tu cikgu bg ujian dlm kelas. Pika jawab soalan semua betul.
Ayah : Alhamdulillah. Bagus.
Pika : ayah x nk bg apa2 ke?
Ayah : boleh. Nanti kita pergi kfc. ujian tu berapa org dpt betul semua?
Pika : 6 org. Cikgu sebut nama dlm kelas. Tapi cikgu x sebut nama pika.
Ayah : kenapa pulak? Kata betul semua.
Pika : yg 6 org tu betul semua 36 soalan, pika betul 29 soalan.
Ayah : oh.. pika salah 7 soalan la ni. Xpe blh cuba lg.
Pika : mana ada salah! Semua pika jawab, betul!
Ayah : kalau dpt 29 tu ada salah la sayang. Kalau 36 baru jwb semua betul.
Pika : Pika sempat buat 29 soalan, semua betul. Cikgu mana boleh tengok yg belum buat. Yg belum buat, belum salah. Cikgu ni suka cari salah org?
Ayah : cikgu mmg kerja dia mengajar dan cari salah murid utk dibetulkan. Takpe, ayah x marah. Ukuran cikgu, semua murid kena cemerlang periksa, utk ayah.. pika kn jd anak yg baik dan taat kepa Allah. Ok.. jgn marah2, jom kita gi mamak mkn roti jantan.
Pika : jomm..

Gambar Hiasan : Pika semasa hari pertama mendaftar darjah 3.

Nota : Dipetik daripada facebook Izman Pauzi bertarikh 13 Mac 2015.


Thursday, March 5, 2015

Telatah Anak-anak Izman : Pisang Nangka

Pisang nangka.

Tiada geng utk mkn tghari, so aku beli grg pisang je. (Aku dh kenyang mkn ke jamuan cny kt uob bank).
Mmm... pisang nangka.
Aku teringat kisah ptg2 hari cuti dgn anak2. 
Kelaparan ptg ahad, aku keluar beli kuih. Sorang diri.
Balik. Sampai pintu, anak bongsuku fahmi umur 3 thn tanya..
Fahmi : ayah.. ayah beli ape?
Ayah : ayah beli goreng pisang nangka. Kuih lain dh habis.
Fahmi : (Bungkusan kuih di ambik). Takdepun! Ayah tipu.
Ayah : aik.. tipu ape pulak?
Fahmi : ayah beli picang je.. nangka takde pun.
Ayah : ayah beli pisang nangka. Bukan pisang dengan nangka.
Fahmi : tak nak makan picang. Nak nangka jugak! (Merajuk lari masuk bilik).
Ayah : ok.ok.. jom kita pergi beli nangka sekarang.
Fahmi : yeey...
Ummi : mmm... kalau anak nk semua dpt terus. Ikut la semua kehendak anak tu.
Ayah : (buat tak dengar je).


Nota : Dipetik daripada facebook Izman Pauzi bertarikh 05 Mac 2015.

Tuesday, March 3, 2015

Telatah Anak-anak Izman : Titanium

Titanium. 

Sedang aku asyik dgn kerja menulisku, anakku luqman yg ulangkaji ugk ujiannya esok bertanya.

Luqman : ayah, titanium tu ape?
Ayah : sejenis logam.
Luqman : logam ape?
Ayah : mcm besi, tapi ia tahan karat.
Luqman : ayah ni betul ke? Kalau besi tahan karat tu stainless steel.
Ayah : dah la.. jgn kacau ayah. Google je kalau nk tau byk. Ayah nk siapkan kerja ni.

#TelatahAnakIzman


Gambar Hiasan : Anak-anak bermain air di Pantai Morib, Banting.


Nota : Dipetik daripada facebook Izman Pauzi bertarikh 03 Mac 2015.

Sunday, March 1, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : KAMERA

Kamera.


anakku mira membawa kamera yg dijumpai dlm stor.
Mira : ayah, ni apa?
Ayah : kamera sayang.
Mira : pelik je.. mcm mana nk guna?
Ayah : (menunjukkan fungsi kamera, filem).
Mira : blh ambik gambar lg je ayah?
Ayah : boleh, kamera tu x rosak.
Mira : ayah ambik gambar mira ( sambil posing).
Ayah : (ambik gambar tanpa filem).
Mira : ayah... nk tgk gambar baru ambik tu..
Ayah : x blh tgk, xde filem. Ini bukan kamera digital.
Mira : ayah ni tipulah... ini bukan kamera ni, kalau kamera mesti blh tgk gambar.
Ayah : aduihh...

Saturday, February 28, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : SIPUT

Siput.

Teingat kisah anak2 yang bersungut bila byk siput babi di taman bunga kami.
Aku tanya, kalau nak bunuh siput tu guna apa? Kaca atau garam?
Mereka cakap tak tau.

Aku bg contoh yg sama cikgu zaini bagi masa di aku kelas 5 merah di sek keb damak.

Imbas kembali.....
Cikgu zaini adalah guru kelas 5 merah. Selain mengajar, beliau suka bg teka-teki.


Cikgu : dlm tmn bunga sek kita ni byk siput babi, mcm mana kita nk bunuh siput babi yg dtg? Cikgu ada tanya budak kelas lain, antara letak kaca dan garam, dia kata garam.
Cikgu ketawa... letak garam tu jika nk goreng siput babi. Letak garam sikit, taruk serbuk kunyit, gaul goreng.
Kelas ni pilih apa?


Kelas : kaca.
Cikgu : kenapa kaca?
Kelas : bila siput babi lalu, dia luka. Pastu mati.
Cikgu : salah! Garam jawapannya. Nak tau kamu cuba sendiri. Sekarang buka buku muka surat 57.

Blk rmh aku cuba. Ambik garam, tangkap siput & tabur garam atas siput.
Mak aiii! Berbuih siput.
Aku ambik lg garam.. letak atas siput. Berbuih siput.
Aku letak lagi....

Pap! Aduh!


Nenek aku bedal blkg aku dgn ranting kayu.
Aku sakit, tapi tak boleh lari. Kalau lari lagi kuat kena. Nenek membebel marahkan aku yg siksa binatang.

Mmm.. bukan salah aku. Salah cikgu zaini lah. Dia yg ajar.

#TelatahAnakIzman



Gambar sekadar hiasan.

Friday, February 27, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : SYAIR

Syair.

2 mlm lps, anakku pika beritahu dia akn masuk pertandingan syair sempena minggu bahasa melayu pd 27/2/15.

Dia minta umminya ajar cara bersyair, umminya x pandai.
Dan... aku terus offer diri. 

Ayah : Psl syair ni pika kena tanya ayah sbb ayah dulu kt sekolah rendah, ayah pandai mengayat perempuan... errr... maksud ayah pandai bersyair. 
Pika: ayah pernah masuk pertandingan?
Ayah : pernah. Ayah pernah menang tempat kedua peringkat kelas 6 merah. Cikgu haris fadillah ahmad buat pertndingan bersyair bertajuk 'ke makam bonda'. 
Ayah bersyair dgn penuh perasan & perasaan. 
" kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

(Bersyair sampai habis)
Pika : ayah menang tak?
Ayah : ayah kan champion.... err.. dpt nombor 2.
Pika : dpt hadiah apa?
Ayah : cikgu bg novel bertajuk ' dendam berbalas di caruk putih.
Buku ni mengisahkan komunis bernama chong chor, dia mengganas membunuh ramai org....
Pika : ayah.... bila ayah nk ajar pika syair pika ni?
Ayah : ye la..... (potong stim betul).



Wednesday, February 25, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : DALAM TELUR AYAH

Dalam telur ayah . 

Melayan anak2 yg membesar ni kita x blh lari dari soalan pendidikan seks . Cuma kn jwb ikut kematangan umur mereka . 

Aku teringat suatu kisah dulu semasa mereka berusia 7, 5 & 3 thn.

Luqman : ummi , masa dulu2 , luqman , pika & mira ddk kat mana ? 
Ummi : dlm perut ummi la .
Luqman : dalam perut mana blh ddk.
Pika : ummi tipu . . . Ummi tipu.
Ummi : tanya ayah .
Luqman : ayah , masa ayah baru kawin dgn ummi; luqman , pika & mira ddk kat mana ?
Ayah : dalam telur ayah.
Luqman & pika : ( terdiam seketika). Ummi, betul ke ayah kata dulu masa blm lahir, luqman, pika & mira ddk dlm telur ayah ?
Ummi : (tak terjawab) ...

#TelatahAnakIzman




GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Sunday, February 22, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : SUDU VS TANGAN

Sudu vs tangan. 

Masa ingin makan tengahari, anak bongsuku fahmi enggan membasuh tangannya.

Ayah : nak makan nasi kena basuh tangan dulu sayang.
Anak : tak nak basuh tangan!
Ayah : tak basuh tangan tak boleh makan!
Anak : ummi... ambik sudu, nak makan nasi.
Ayah : kenapa nak makan degan sudu, tangankan ada.
Anak : nak makan dengan sudu jugak!
Ayah : kalau makan dengan sudu, abis tangan tu nak buat apa?
Anak : tangan pegang sudu la... (sambil menyuap makanan).
Ayah : (hanya menahan diri daripada menjadi incredible hulk).

#TelatahAnakIzman

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Friday, February 20, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : RUMAHTANGGA

Rumahtangga.

Usai solat & berdoa, anak-anak bersalam dan aku mencium mereka satu persatu.
Anak ke 3 ku mira sambil duduk diriba bertanya:

Anak: ayah... bila ayah nak ada rumahtangga?
Ayah: (terkejut sedikit... bila pulak aku berdoa utk berumahtangga lagi). Kan ayah dah                                     ada rumahtangga.
Anak : mana?
Ayah : inilah rumahtangga ayah. Ada ummi, ada abg luqman, kakak pika, ada mira, & ada adik fahmi.
Anak : mira tak nak rumahtangga ni. Ayah cari la rumahtangga baru.
Ayah: buat apa rumahtangga baru? Inikan dah seronok.
Mira : mira tak seronok la rumahtangga ni. Ayah cari la rumahtangga baru ye.
Ayah: ishh... jangan cakap kuat-kuat nanti ummi dengar, ummi marah. Mira nak ke ada ummi lagi                   satu? Cantik macam neelofa tapi garang? Ayah masa tu dah tak boleh ada kat rumah ni tiap-tiap           malam. Malam ni ngan ummi, malam esok dengan aunty neelofa pulak. Nak?
Anak: alah ayah ni! Mira bukan nak rumahtangga tu. Mira nak rumahtangga macam rumah tokma kat             kampung. Mira boleh main-main panjat-panjat tangga.
Ayah: oh... mira nak rumah yang ada tangga macam rumah tokma ke?
Mira : ye la. Rumah kitakan tak ada tangga. tak best la.
Ayah : (mmm... nak rumah yang ada tangga rupanya. Ingat nak suruh kawin lagi satu).


GAMBAR YANG DILUKIS DAN DIWARNAKAN OLEH MIRA, 6 TAHUN.

Thursday, February 12, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : PARK SHI ON

Park Shi On.

Tersenyum sendiri teringat peristiwa pagi tadi.
Nak keluar kerja, macam biasa bersalam dan mencium anak-anak (dan isteri). Aku melihat rambut luqman agak serabai.
Jd aku menegur.

Ayah : kenapa tak sikat rambut. Serabut nampak.
Anak: ala ayah ni... ni style rambut Dr. Park Shi On la...
Ayah : Dr Park Shi On cerita 'Good Doctor' tu ke?
Anak : ye la. Rambut dia style. Tu Dr Cha suka dia.
Ayah : pergi pakai minyak rambut dan sikat sekarang.
Anak : ala ayah ni...
Ayah : pergi sekarang.. sebelum ayah mengamuk macam ayah Dr Park Shi On.
Anak : yelah...


Sumber Gambar : internet /Google

Saturday, December 13, 2014

LAWAK ANAK-ANAK : AYAH TIPU

Ayah tipu.

Sampai rumah dari pasaraya tadi tiba2 anak bongsu ckp "ayah tipu. Ckp td nk gi LAUT".
Aku tergelak, ni kes silap fhm ni. Aku ckp " adik cepat gi mandi. Nanti ikut ayah pergi beli LAUK.".

Wednesday, December 18, 2013

Telatah Anak Izman : Lapik Kertas.

Lapik kertas.
Sambil keje tersenyum sendiri teringat telatah anak perempuanku, pika.
Anak2 bila mkn minum, suka depan tv. Bila bersepah, ummi dia bising. So... aku selalu pesan lapik dgn kertas.
Suatu hari pika nk mkn biskut dgn teh dpn tv, aku suruh lapik kertas. Pika ckp kertas xde. Dlm suara geram sbb pika x mau cari kertas, aku ckp 'xde kertas, ambik kertas fail ayah tu'. 
Bila aku nk sambung buat kerja, aku tgk kertas aku kurang. Mmmm.. pika guna kertas fail aku buat lapik air teh dia.
Aduii.... kertas ayah nk buat budget 2014 tu sayang oiii!
Marah? Ayah mana tega nk marah anak pompuan.


Catatan : 
Dipetik daripada facebook peribadi Izman Pauzi bertarikh 18/3/2013.