Friday, March 13, 2015

Telatah Anak Izman : Jangan Tengok Yang Belum Buat.

Jangan tengok yg belum buat.

selepas minggu lepas periksa sekolah kebangsaan, minggu ni periksa sekolah  agama... bagi anak, merdeka seketika.

Teringat anakku pika balik sekolah suatu hari dulu awal bln feb bgtau..
Pika : ayah, hari tu cikgu bg ujian dlm kelas. Pika jawab soalan semua betul.
Ayah : Alhamdulillah. Bagus.
Pika : ayah x nk bg apa2 ke?
Ayah : boleh. Nanti kita pergi kfc. ujian tu berapa org dpt betul semua?
Pika : 6 org. Cikgu sebut nama dlm kelas. Tapi cikgu x sebut nama pika.
Ayah : kenapa pulak? Kata betul semua.
Pika : yg 6 org tu betul semua 36 soalan, pika betul 29 soalan.
Ayah : oh.. pika salah 7 soalan la ni. Xpe blh cuba lg.
Pika : mana ada salah! Semua pika jawab, betul!
Ayah : kalau dpt 29 tu ada salah la sayang. Kalau 36 baru jwb semua betul.
Pika : Pika sempat buat 29 soalan, semua betul. Cikgu mana boleh tengok yg belum buat. Yg belum buat, belum salah. Cikgu ni suka cari salah org?
Ayah : cikgu mmg kerja dia mengajar dan cari salah murid utk dibetulkan. Takpe, ayah x marah. Ukuran cikgu, semua murid kena cemerlang periksa, utk ayah.. pika kn jd anak yg baik dan taat kepa Allah. Ok.. jgn marah2, jom kita gi mamak mkn roti jantan.
Pika : jomm..

Gambar Hiasan : Pika semasa hari pertama mendaftar darjah 3.

Nota : Dipetik daripada facebook Izman Pauzi bertarikh 13 Mac 2015.


No comments: